Mesti ada ibu berpantang yang pernah dengar petua ini. Malah mungkin ada yang pernah buat pun. Picit puting baby untuk hilangkan benjolan kecil yang ada pada puting.
Tolong jangan ulang lagi ya perkara ini, ia akan membahayakan bagi bayi anda kerana boleh undang luka dan nanah pada payudara bayi anda.
Bagi yang pernah buat dan bayi tidak mengalami sebarang masalah, mesti rasa bersalahkan? Ingat tak masa anda picit dulu, bayi anda mesti menangis kan? Jadi jangan ulang lagi ya kerana menurut doktor tidak perlu pun dipicit sebenarnya.
Puting baby jangan dipicit jika ada benjolan
Kredit: alodokter
Tolonglah jangan buat sesuatu yang boleh mengundang kesakitan kepada bayi lebih-lebih lagi jika anda tidak mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan.
Buruk padahnya nanti. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Ikuti penjelasan Dr Redza Zainol mengenai benjolan di payudara bayi yang akan memberi pemahaman kepada kita mengenai perkara ini.
Menurut Dr Redza, secara anggaran, 70 peratus bayi akan ada benjolan kecil ini semasa minggu pertama hingga kedua yang mana saiznya antara 1 hingga 2 sentimeter.
Benjolan kecil pada puting bayi itu sebenarnya disebabkan oleh pendedahan terhadap hormon estrogen ibu semasa di dalam rahim. Disebabkan itu wujudnya benjolan kecil berkenaan.
Ia dinamakan Neonatal Mastauxe yang mana benjolan kecil ini adalah kejadian bersifat semulajadi dan akan hilang dengan sendirinya apabila kepekatan hormon estrogen dalam badan bayi makin berkurang dalam masa beberapa minggu.
Masyarakat sering ikut kebiasaan
Tapi disebabkan ibu mahu ikut kebiasaan masyarakat, benjolan kecil tu dipicit berkali-kali hingga luka. Malah ada juga ibu-ibu yang tak tahu kenapa perlu picit puting berkenaan.
Hanya menurut kata kebiasaany dibuat. Jadi tolong hentikan ya ibu-ibu sekalian. Jangan benarkan sesiapan pun picit puting baby anda kerana ia akan mendatangkan bahaya pada mereka.
Boleh jadi nanah, benjolan membesar
Menurut Dr Redza lagi, apabila luka, benjolan kecil tadi berisiko dijangkiti kuman dan membengkak dengan teruk. Dan hanya Allah saja yang tahu betapa terseksa bayi ini menanggung rasa sakit.
Bayangkan anda ada benjolan bernanah di tempat sensitif, pasti nak bayangkan pun rasa takut. Jadi apalah dosa bayi kecil ini diperlakukan begitu. Tidak perlu dan tidak membawa sebarang manfaat pun pada mereka.
Jadi jika sudah terlajak perbuatan atau bayi anda alami pembengkakan pada puting mereka anda perlu lakukan perkara yang doktor ini sarankan:
- Jika bayi anda ada benjolan kecil pada puting, cukup sekadar memantau.
- Jika puting membesar lebih dari 3 cm diameter, boleh rujuk ke klinik atau hospital.
- Bawa segera ke hospital jika kulit pada puting bayi bertukar warna menjadi merah dan bayi jadi demam. Rawatan dengan antibiotik boleh diberi.
Jadi ibu-ibu, sebelum perbuatan anda yang tidak diketahui boleh mendatangkan kesakitan kepada bayi ada eloknya untuk anda merujuk kepada mereka yang pakar seperti doktor perubatan dan sebagainya.
Bukan hanya dengar dan ikut cakap orang saja kerana yang menanggung sakitnya nanti adalah bayi anda. Anda juga bersekali akan runsing memikirkan keadaan bayi yang pastinya akan meragam kerana dia sedang dalam kesakitan.
Mitos mengenai penjagaan bayi baru lahir
Pasti banyak yang anda dengar mengenai baru lahir. Tetapi tahukah anda kadang kala ia hanyalah mitos saja dan secara kebetulan berlaku kepada bayi-bayi ini.
#1. Bayi menangis sebab gangguan makhluk halus
Kredit: siraplimau
Mungkin ada yang kebetulan. Tetapi hakikatnya, bayi baru lahir ini baru saja menjengah dunia, jadi mereka masih dalam fasa membiasakan diri dengan perubahan di sekeliling dari dalam perut ibu ke luar.
Ada juga bayi yang dilahirkan kolik atau senang kembung perut. Ketidakselesaan ini membuatkan mereka selalu menangis.
#2. Perlu pakaikan mitten dan booties setiap masa
Kredit: mymiracle baby
Tidak perlu setiap masa. Anda patut beri ruang dan peluang untuk bayi explore anggota badan mereka. Jika dipakaikan setiap masa, anak anda tidak dapat meneroka dengan baik anggota badan mereka.
Jika risau mereka cakar muka, pastikan kukunya sentiasa pendek
Sumber: Dr Redza Zainol
Kredit foto: popmama, Dr Redza Zainol
Baca juga: Adakah Beri Puting Kosong Bagus Untuk Bayi Anda? Ini Apa Harus Anda Tahu
Baca juga: Kenapa bayi berhenti menangis bila anda dukung dan bawanya jalan mundar-mandir?
Baca juga: Cara Tenteramkan Bayi yang Sedang Menangis, Seperti yang Dikongsikan Oleh Seorang Pakar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!