Menyusukan atau mengepam susu adalah pengalaman istimewa yang melibatkan ikatan antara ibu dan bayi. Walau bagaimanapun, bagi beberapa ibu, pengalaman ini mungkin disertai dengan rasa puting sakit menyusu yang menjejaskan keselesaan ibu dan bayi.
Bagi menjawab segala persoalan mengenai puting sakit ketika menyusu, kami sediakan Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Ms. Simranjit Kaur, International Board of Certified Lactation Consultant (IBCLC) dari Pantai Hospital Cheras di laman komuniti theAsianparent Malaysia.
1. Kenapa breast belah kanan saya cepat full? sedangkan sebelah kiri masih terasa lembut walaupun sudah 2 jam? adakah breast belah kanan saya mengalami susu tersumbat?
Jawapan: Kedua dua belah payudara adalah lain. Ada waktu satu belah lebih produktif dari yang lain. Tidak semestinya susu tersumbat. Kalau susu tersumbat akan ada ketulan yang menyakitkan.
2. Baby saya baru 1 bulan tapi dia refuse direct feed. Nak botol je. Macam mana nak bagi baby direct feed balik ya?
Jawapan: Untuk direct latch;
a. Banyakkan skin to skin contact
b. berjumpa dengan pakar untuk mempelajari posisi & teknik yang betul
dan ya, masih mungkin untuk direct feed
3. Kenapa semasa pam saya tidak rasa payudara sebelah kanan ‘kosong’? Pemilihan saiz corong betul, setelah 20 minit pam susu tidak keluar. Bila saya marmet masih ada susu yang memancut. Kalau macam ni sebab apa ya?
Jawapan: Ukur semula saiz corong kemungkinan tidak betul dan boleh periksa alat ganti pam untuk ditukar. Kemungkinan pam susu sudah digunakan untuk lama (valve pam perlu ditukarkan setiap 2-3 bulan, kalau tidak boleh menjejaskan sedutan)
4. Sebelah direct feeding, masih rasa breast penuh, bila pump hasil tak sampai 1oz, adakah sebab salah pemilihan breastpump?
Jawapan: Breast rasa penuh kemungkinan;
a. bayi mempunyai lekapan yang salah
b. oversupply
c. payudara belum menyesuaikan dengan keperluan/demand baby
5. Macam mana nak tahu kalau ada bengkak susu? saya 1st time mummy bakal bersalin next week. Saya nak tahu tanda-tanda dan macam mana nak rawat.
Jawapan: Tanda bengkak susu:
a. ketulan pada payudara
b. payudara bengkak & sakit
Rawatan
a. Massage payudara anda sebelum latch
b. Latch sekerap yang mungkin (on demand)
c. Marmet
6. Bagaimana cara untuk elak Mastitis? Walaupun sudah kerap pam dan menyusu bayi
Jawapan: Mastitis ialah infeksi payudara yang berlaku jika susu tidak dikeluarkan pada masa. Kalau dah kerap pam, menyusu bayi dan masih tidak pulih, berkemungkinan lekapan puan salah atau saiz corong pump puan tidak betul, dan cara pam salah. (Untuk mastitis kita menyarankan untuk berjumpa dengan pakar laktasi atau doktor)
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia