Seorang ibu bernama Aprill Lane yang memiliki lima anak memutuskan untuk menderma rahimnya kepada orang lain supaya wanita berkenaan turut diberi kesempatan mengandung dan mendukung bayi sendiri.
Meskipun Aprill telah mempunyai lima anak, namun perjalanannya menjadi ibu bukannya sesuatu yang mudah. Ini kerana, doktor mengatakan dirinya dan suami mengalami masalah ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan.
Atas sebab itu, mereka mengalami kesedihan kerana impian mereka ingin memiliki cahaya mata sendiri. Keadaan ini biasa terjadi bagi pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat.
Jadi, bagi memastikan dirinya hamil, maka kedua-dua mereka melakukan pelbagai cara dan salah satunya adalah melalui proses bayi tabung uji selama empat tahun.
Tidak lama selepas itu, Lane didapati hamil melalui IVF dan melahirkan bayi kedua. Kemudian siapa sangka, Aprill berhasil melahirkan anak perempuan kembar dan selang beberapa tahun hamil lagi bayi perempuan.
Lane ingin menderma rahim wanita kepada perempuan lain
Bercakap kepada ABC News, Lane mengatakan pengalamannya dalam proses IVF benar-benar menguji emosi dan fizikal. Oleh sebab itu, dia terbuka hati untuk membantu orang lain supaya dapat mengandung sama seperti mana dirinya.
Apa yang dilakukan Lane adalah mengumpul ibu-ibu yang ingin melakukan IVF melalui yayasan biasiswa sekaligus membantu mendapatkan rawatan infertiliti dan pembiayaan kos rawatan tersebut.
Mengetahui maklumat tentang derma rahim wanita dari Pusat Medical University Baylor
Pada masa yang sama, Lane ada mendengar tentang kaedah derma rahim melalui Pusat Medical University Baylor di Dallas yang sedang melakukan ujian klinikal tentang bagaimana cara untuk menderma rahim.
“Saya dan suami merasakan kami sudah bahagia dengan kehadiran cahaya mata sekarang dan rasanya sudah mencukupi.
Namun, pada mulanya kami belum membuat keputusan untuk derma rahim itu tetapi apabila menerima panggilan telefon bahawa kami terpilih, dari situ saya yakin untuk melakukannya.
Proses derma rahim ini memerlukan prosedur yang agak panjang.
Paling tidak penerima rahim itu adalah perempuan yang memang lahir tanpa rahim, mungkin memiliki kanser, mempunyai bentuk kelainan rahim seperti infeksi atau kerosakan rahim akibat keguguran dan sebagainya.
Proses derma rahim – Kesihatan penderma dan penerima mesti dalam keadaan baik
Apa yang menarik tentang proses derma rahim ini, setelah dipindahkan, rahim tersebut tidak akan menetap dalam tubuh penerima selama hidupnya selepas melahirkan satu atau dua anak. Rahim boleh dikeluarkan dan penerima tidak perlu bergantung dengan ubat untuk menguatkan rahim.
Lane merupakan penderma rahim yang ke-15 di Baylor. Proses pembedahannya mengambil masa kira-kira 9 jam. Setelah rahim dikeluarkan, ia akan diperiksa bagi memastikan sepadan dengan tubuh penerima.
Menurut Dr. Liza Johannesson, ahli bedah Lane di Baylor, Lane sangat memahami bagaimana perjuangan suami isteri untuk mendapatkan anak. Malah, dia tahu bagaimana perasaan wanita yang sukar untuk mengandung.
Walau bagaimanapun, penerima rahim Lane masih tidak diketahui kerana menjadi kebiasaan penderma dan penerima tidak akan mengenali antara satu sama lain kecuali jika kedua-duanya bersepakat untuk bertemu.
Kata terakhir Lane, dia berharap lebih ramai perempuan yang berkeyakinan untuk melakukan derma rahim ini supaya dapat memberi kesempatan bagi wanita lain mengandung dan memiliki zuriat sendiri.
Hukum menderma organ rahim mengikut ajaran Islam
Pada asalnya hukum menderma atau pemindahan rahim adalah HARAM kerana tujuan untuk mendapatkan zuriat itu hanya bersifat takmiliyyah iaitu pelengkap kepada kehidupan berkeluarga.
Selain itu, keperluan mendapatkan anak melalui pemindahan rahim di Malaysia belum sampai tahap darurah. Bahkan, keperluan mendapatkan zuriat melalui cara ini bagi wanita yang dilahirkan tidak mempunyai rahim atau organ rahim yang bermasalah hanya berada pada tahap tahsiniyyat.
Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah TIDAK HARUS kerana keperluannya belum mencapai di tahap dharurah sekaligus membenarkan sesuatu perkara yang diharamkan.
Apatah lagi di Malaysia terdapat alternatif lain yang boleh digunakan sekiranya seseorang itu ingin mempunyai zuriat seperti pengambilan anak angkat dan berpoligami.
Apa yang dijalankan di negara luar masih berada di peringkat eksperimental yang belum membawa kepada kelahiran hidup. Malah, Malaysia juga belum mempunyai pakar dan teknologi dalam bidang tersebut.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa follow Facebook theAsianparent Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Adisty Titania. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-menjaga-rahim/