Setiap ibu bapa pasti ingin anak-anak membesar dengan gembira dan menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti supaya kehidupan mereka lebih terjamin. Apabila anak sukses, ibu bapa seolah-olah dapat melepaskan nafas lega.
Namun, apakah yang boleh dilakukan bagi memastikan anak sukses dalam kehidupannya yang mendatang?
Anak Sukses: Kajian 70 Tahun Terhadap 70,000 Kanak-Kanak
Dalam sebuah kajian dijalankan terhadap para ibu yang melahirkan anak selepas Perang Dunia ke-2, saintis telah mengeluarkan 14,000 soalan bancian tentang kelahiran di Britain.
Satu generasi kemudian, mereka melakukannya sekali lagi, dan lagi, terhadap 70,000 orang kanak-kanak yang sama sepanjang 70 tahun kehidupan mereka. Ini bagi melihat gaya hidup mereka melibatkan kesihatan, pendidikan dan keseluruhannya.
Anda pasti boleh bayangkan betapa banyak data yang dikeluarkan hanya bagi tujuan ini!
Helen Pearson, seorang pengarang, mempunyai beberapa kesimpulan yang kuat untuk dikongsi mengenai kajian ini. Dalam ucapan TED pada tahun 2017, dia menerangkan apa yang dia pelajari sebagai seorang saintis dan ibu dari pengalaman menulis buku beliau, The Life Project, dalam kajian kohort.
Apakah Data Kajian 70 Tahun Yang Terhasil?
Perkara pertama yang dikatakan oleh Pearson adalah, sebaik-baiknya, kanak-kanak tidak dilahirkan dalam keluarga yang tidak berkemampuan.
Ini kerana anak-anak yang mempunyai latar belakang miskin selalunya tidak akan melalui kehidupan yang cukup untuk mendapat didikan yang sempurna.
Walau bagaimanapun, kita semua tahu yang ibu bapa tidak boleh dipilih sama ada mampu atau tidak mampu. Malah ada di kalangan anak-anak kurang mampu ini menjadi sukses dalam kehidupannya!
Ini menyebabkan keluar satu lagi data penting berkaitan kejayaan anak dalam kehidupan, pastinya ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti anak yang menentukan kehidupannya yang berjaya atau tidak.
7 Rahsia Membesarkan Anak Sukses Dalam Kehidupan
Menjadi ibu bapa yang baik sebenarnya adalah lebih mudah daripada yang anda fikirkan.
Pearson telah menyenaraikan pelbagai tingkah laku orangtua yang dikaitkan dengan hasil yang lebih baik untuk kanak-kanak.
Ini merupakan 7 sikap ibu bapa yang mendorong kejayaan anak di masa hadapan:
- Bercakap dan mendengar anak-anak anda
- Mempunyai matlamat untuk masa depan mereka
- Memberi sokongan emosi kepada anak-anak.
- Mengajar mereka huruf dan nombor
- Membawa anak melakukan aktiviti riadah.
- Membacakan buku kepada mereka setiap hari dan menggalakkan mereka membaca untuk bersantai.
- Menetapkan rutin waktu tidur.
Ia mungkin kelihatan sangat biasa bagi kebanyakkan dari kita, namun kadangkala ibu bapa lalai dengan kesibukan kerja dan kurang meluangkan masa bersama anak dalam sehari. Apa kata selepas ini anda tetapkan 15 minit masa sebelum tidur untuk bercakap bersama anak dan jadikan ia rutin?
Selamat berjaya!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: inc.com
Baca juga:
Nak Anak Berjaya Dalam Hidup? Kita Mungkin Beri 6 Nasihat Yang Salah