10 Rahsia Seorang Ibu Yang Tidak Diketahui Sesiapa

Ibu... sungguh bernilai insan bernama ibu ini. Kalaulah saya tahu 10 rahsia ini dengan lebih awal, pasti saya tak akan sia-siakan kasih sayang seorang ibu lagi!

Ibu... sungguh bernilai insan bernama ibu ini. Setiap kali berbicara tentang ibu, saya teringat akan kekuatan mak saya. Ibu tunggal yang membesarkan anak dalam kota metropolitan liar.

Kemudian, setelah saya berkeluarga... saya teringat detik-detik saya hamil.

Dua kali saya periksa ujian kehamilan yang dibeli dari farmasi. Dan... saya hamil. Ya, saya hamil! Akhirnya saya hamil! Gementar, teruja, takut, gembira... semua bercampur!

Tapi apa yang saya tak tahu, sembilan bulan selepas itu -- saya akan menggalas tanggungjawab seorang ibu yang sebenar.

Selepas saya membaca tulisan Natasha dalam Huffington Post tentang 10 rahsia seorang ibu, saya terus menangis!

Baru kini saya faham apa seorang ibu rasa. Mari lihat apa 10 rahsia seorang ibu ini -

1. Anak-anak selalu buat dia menangis

Betul. Dia menangis bila dia tahu dia hamil. Dia menangis ketika melahirkan anda. Dia menangis ketika pertama kali memegang anda. Dia menangis kegembiraan. Dia menangis ketakutan. Dia menangis sebab bimbang. Dia menangis sebab dia sayang anda. Dia tahu semua kesakitan anda, tanpa anda sedar.

2. Dia mahu makanan terakhir dalam pinggan itu...

Tapi bila dia lihat anda, anak kesayangannya - teruja ingin makan makanan itu, dia beralah. Dia beralah melihat mata anda galak kegembiraan. Dia tahu anda akan lebih gembira jika anda kenyang.

3. Semuanya sakit...

Bila anda tarik rambut dia, sakit. Bila anda rentap badannya dengan kuku tajam anda, sakit. Bila anda gigit dia ketika minum susu badan, sakit. Bila anda tendang dia dalam perut, sakit. Seluruh tubuh badan kecil ibu sentiasa sakit demi anda.

4. Dia sentiasa takut

Ketika tahu dirinya hamil, dia akan lakukan apa saja untuk lindungi anda dalam kandungan. Selepas anda lahir, dia paling risau bila ada orang lain ingin pegang anda. Dia rasa, tiada tempat yang lebih selamat melainkan dengan diri dia. Dia takut bila anda mula berjalan. Dia tak tidur tunggu anda balik rumah. Dia bangun pagi untuk hantar anda ke sekolah.

Ibu akan bersedia di mana-mana untuk sambut anda jika anda jatuh.

5. Dia jaga anda lebih daripada sembilan bulan

Selepas bersalin, dia yang mendukung anda sambil mencuci pinggan. Dia dukung anda sambil makan. Dia peluk anda sambil tidur. Tangan ibu tak pernah penat, walaupun pinggangnya sakit. Tapi dia tetap akan berada dekat dengan anda. Dia tak mahu jauh dari anaknya.

6. Dia tahu dia tak sempurna

Dia tahu dia pengkritik paling teruk. Dia tahu semua kelemahan dia. Sampai sekarang dia masih salahkan dirinya atas semua perkara. Tapi dia manusia biasa. Dia buat kesilapan. Semua ibu pasti berharap dia boleh memutar waktu, untuk membetulkan mana-mana kesilapan ketika membesarkan anda.

Jadi, beri dia kasih sayang yang sepatutnya. Dia telah lakukan yang terbaik untuk anda.

7. Dia sentiasa tengok anda tidur

Memang ada sesetengah malam, dia berharap anda akan tidur dan tak berjaga hingga pukul 3 pagi. Tapi selepas anda tidur, dia akan memandang anda tanpa henti.

Anak yang dia lahirkan ini... anak dia.

Segala penat lelah dia sudah hilang bila dia lihat anda.

8. Hati dia retak melihat anda menangis

Tiada kesedihan yang paling teruk melainkan melihat air mata tumpah dari anak sendiri. Dia sendiri menangis bila lihat anda menangis! Dia akan melakukan apa saja untuk buat anda berhenti menangis. Walaupun hatinya retak...

9. Anda keutamaan dia

Dia tak makan, tidur atau mandi demi anda. Anda keutamaan dia di mana-mana saja, pada bila-bila masa. Dia takkan pernah tolak permintaan anda. Dia bangun setiap hari demi anda, anak kesayangan dia.

10. Dia sanggup buat semua benda sekali lagi demi anda

Susah sebenarnya ingin jadi seorang ibu. Semua ibu akan pernah menangis, sedih, cuba pelbagai perkara, gagal, dan berjaya. Tapi, walau pelbagai kesakitan dan kepedihan yang harus dia lalui, dia sanggup buat ini semua seberapa banyak yang dia mampu!

Sebab dia tahu, anak-anak ini bernilai...

Jadi semua, sayangilah insan yang bernama ibu ini selagi mereka ada. Mereka telah berkorban pelbagai perkara demi anda - anak tercinta.

Sekurang-kurangnya, balaslah kasih sayang yang telah mereka taburkan pada anda dari dulu hingga kini. Tiada orang yang dapat menggantikan tempat seorang insan bernama ibu.

Kongsikan artikel ini untuk membuka mata masyarakat tentang kasih sayang seorang ibu yang tiada tandingannya!

 

Sumber rujukan: Blog Natasha dan Huffington Post