Mahukan Ruang Belajar Anak Jadi Lebih Tersusun? Pilih Salah Satu Rak Buku Terbaik Ini Untuk Susun Koleksi Buku Anak Anda!

Rak buku pelbagai reka bentuk untuk ruang sempit dan luas, sesuai untuk simpan koleksi buku anak yang sentiasa bertambah. Juga tips untuk memilih rak terbaik dan ciri keselamatan yang harus ada.

Buku yang tersusun rapi di atas rak buku semestinya nampak lebih menarik dan mudah diambil berbanding dengan buku yang disimpan di dalam kotak. 

Kami pasti, setiap tahun koleksi buku anak anda akan bertambah, lebih-lebih lagi apabila mereka sudah memasuki sekolah. 

Jadi, kali ini kami ingin membantu ibu ayah untuk atasi masalah buku yang terlalu banyak, dah tidak ada tempat praktikal untuk menyimpan buku-buku tersebut, iaitu dengan berkongsi beberapa pilihan bookshelves yang terbaik untuk anak-anak anda.

Kenal Pasti Rak Buku Yang Paling Sesuai Dengan Keperluan Anak Anda

Kini terdapat pelbagai jenis rak untuk penyusunan buku yang dijual di pasaran yang direka dengan material dan saiz berbeza, serta ciri tambahan lain yang membuatkan rak susun buku sekarang lebih menarik dan sesuai dengan selera kanak-kanak.

Tips Memilih Rak Buku Untuk Anak

Semasa anda hendak memilih rak yang sesuai untuk anak anda, ingat beberapa tips ini, ya!

1. Ukur ketinggian anak anda dan pilih rak yang sesuai dengan ketinggian mereka

Rak buku setinggi 200cm membenarkan anda untuk menggunakan ruang yang ada semaksimum mungkin, tetapi anak anda akan menghadapi kesukaran untuk mengambil buku pada rak yang paling atas. 

Jika anda tetap ingin membeli rak yang tinggi, beli juga bangku (stool) yang selamat untuk anak anda gunakan untuk mencapai buku di rak yang paling tinggi.

2. Pilih rak yang dibuat menggunakan bahan yang sesuai dengan ruang

Rak yang dibuat daripada plastik nampak lebih ceria dengan corak berwarna-warni, sesuai untuk diletakkan di ruang main atau ruang belajar kanak-kanak. 

Manakala, rak buku jenis kayu dengan warna neutral adalah pilihan yang lebih sesuai jika anda bercadang untuk meletakkan rak tersebut di common area, dan jika rak itu akan dikongsi oleh ahli rumah yang lain juga.

3. Ciri tambahan yang ada pada rak

Rak penyimpanan buku kanak-kanak biasanya datang dengan pelbagai ciri tambahan menarik seperti roda untuk memudahkan ianya dialihkan dan kotak simpanan di sebelah bawah.

Jadi, sebelum membuat pembelian, kenal pasti ciri tambahan yang ada dan fikir bagaimana ia boleh membantu anda menjadikan ruang belajar dan main anak anda lebih tersusun dan praktikal.

4. Beli rak yang praktikal untuk anak

Untuk kanak-kanak yang lebih kecil, rak jenis display adalah lebih praktikal untuk mereka kerana mereka boleh melihat gambar kulit buku dari depan, tanpa perlu membaca tajuk buku untuk mencari buku kegemaran mereka. Tetapi rak jenis ini biasanya tidak dapat menampung bilangan buku yang terlalu banyak.

Jika anak anda sudah memasuki sekolah rendah, rak buku yang disusun masuk seperti biasa adalah lebih baik kerana mereka sudah pandai membaca dan boleh memuatkan koleksi buku yang lebih banyak di atas rak. 

6 Rak Buku Terbaik Dan Menarik Untuk Susun Buku Kanak-kanak

Pemilihan rak susun buku adalah penting bagi memastikan ruang belajar atau bilik tidur anak anda kelihatan sentiasa kemas dan teratur.

Selain itu, apabila buku (dan mainan) disusun mengikut keperluan dan sistematik untuk anak anda, mereka juga akan menjadi lebih berdikari untuk belajar dan mengemas sendiri setelah selesai. 

Nak tahu rak buku yang terbaik untuk susun koleksi buku anak anda? Jom lihat 6 bookshelves yang paling kami suka!

Rak buku kanak-kanak terbaik
Children creative simple bookshelf
Rak buku terbaik jenis display
BELI DI LAZADA
THE Kids Landing Bookshelf
Rak buku terbaik dengan tiga pilihan warna
BELI DI SHOPEE
360° Rotating Bookshelf
Rak buku terbaik boleh berpusing
BELI DI SHOPEE
4 Tiers Plastic Kids Book Rack
Rak buku terbaik empat tingkat
BELI DI LAZADA
Rotating Bookshelf
Rak buku terbaik jenis tower
BELI DI LAZADA
Picture book shelf
Rak buku terbaik atas meja
BELI DI SHOPEE

Children creative simple bookshelf 

Terbaik jenis display

Rak jenis display ini datang dengan lima tingkat slot untuk menyusun buku menghadap ke depan seperti dalam gambar di atas. Ukuran rak ini adalah 100cm x 32cm x 90cm, sesuai untuk memuatkan lebih 10 – 12 buku di setiap tingkat. 

Rak ini dibuat daripada WPC Board, kalis air, bebas toksik dan mudah untuk dibersihkan. Pembeli harus lakukan pemasangan sendiri mengikut arahan mudah yang diberikan. 

Apa yang kami suka:

  1. Cara pemasangan yang mudah dan boleh dilakukan seorang diri.
  2. Mempunyai corak ukiran beruang comel di sebelah atas rak.
  3. Tinggi dan lebar rak membuatkannya stabil dan praktikal untuk kanak-kanak.

THE Kids Landing Bookshelf

Terbaik dengan tiga pilihan warna

Datang dengan tiga warna pilihan, rak ini semestinya pilihan yang baik untuk ibu bapa yang ingin menghias bilik anak lelaki atau perempuan mengikut tema warna kesukaan mereka – merah jambu, biru muda atau putih. 

Saiz rak ini adalah 60cm x 24cm x 100cm. Rak ini mempunyai ruang tiga tingkat dengan pembahagi tetap untuk mengasingkan buku mengikut genre. Selain itu, kedalaman rak ini juga sesuai dijadikan ruang untuk menyimpan mainan. 

Apa yang kami suka:

  1. Reka bentuk rak ini adalah anti-falling dan datang dengan kit untuk melekatkan rak pada dinding.
  2. Mempunyai tapak tertutup yang tidak boleh dimasuki habuk.
  3. Tidak mempunyai bucu tajam yang membahayakan kanak-kanak.

360° Rotating Bookshelf

Terbaik boleh berputar

Berbeza dengan rak dikongsikan di atas, rak ini berbentuk seperti menara dan mempunyai mekanisma yang membolehkannya untuk berputar 360°.

Reka bentuk rak ini amat sesuai untuk ruang yang sempit seperti di bucu bilik anak anda. Kombinasi ruang untuk susunan biasa dan susunan display pada rak ini membuatkannya sesuai untuk anak-anak yang berlainan umur untuk kongsi rak yang sama.

Apa yang kami suka:

  1. Reka bentuk yang moden, menarik dan praktikal, sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada perabot hiasan rumah.
  2. Tidak memerlukan ruang yang luas, tetapi tetap mampu menampung bilangan buku yang banyak.
  3. Ketinggian rak 95cm yang memudahkan kanak-kanak untuk capai buku pada rak yang paling atas.

4 Tiers Plastic Kids Book Rack

Terbaik empat tingkat

Dibuat menggunakan plastik bebas toksik, rak ini datang dengan tiga tingkat ruang untuk buku dan satu tingkat ruang dengan kotak untuk menyimpan mainan. 

Saiz rak ini adalah kecil, sesuai untuk dibeli sebagai rak pertama untuk anak anda atau diberikan sebagai hadiah hari jadi kanak-kanak. Bertemakan corak dragon, semestinya rak ini akan membuatkan ruang belajar dan bermain anak anda nampak lebih ceria.

Apa yang kami suka:

  1. Mempunyai tapak empat kaki yang menjadikannya stabil.
  2. Kecil dan mudah untuk dialihkan ke lokasi lain sekitar rumah.
  3. Mudah untuk dibersihkan dengan hanya gunakan kain basah sahaja.

Rotating Bookshelf 

Terbaik jenis tower

Rak berbentuk tower ini datang dengan pilihan empat atau lima tingkat. Yang menariknya tentang rak ini ialah kebolehannya untuk menampung bilangan buku yang banyak tetapi tidak menggunakan ruang lantai yang luas. 

Ketinggian keseluruhan rak ini adalah 160cm, dan ketinggian setiap ruang adalah 30cm, sesuai unutk kebanyakkan jenis buku kanak-kanak dan dewasa.

Apa yang kami suka:

  1. Warna rak yang ceria, sesuai untuk bilik kanak-kanak.
  2. Menggunakan roda heavy duty untuk rak berputar dengan lancar.
  3. Tidak mempunyai bucu tajam yang boleh menyebabkan kanak-kanak tercedera.

Picture book shelf 

Terbaik atas meja

Saiz rak ini amat kecil berbanding rak lain yang dikongsikan sebelum ini. Disebabkan saiznya yang kecil, rak ini lebih sesuai untuk diletakkan di atas meja belajar anak anda.

Selain membuatkan meja belajar lebih kemas, rak ini juga boleh digunakan untuk mempamerkan buku kanak-kanak dengan kulit buku berilustrasi menarik.

Apa yang kami suka:

  1. Datang dengan pilihan rak dua belah, sesuai untuk diletakkan di bahagian tengah meja.
  2. Mempunyai pemegang yang memudahkan anak anda untuk mengalihkan rak.
  3. Rekaan yang ringkas dan praktikal, serta mudah dipasang.

Perbandingan Harga Rak Buku

Jenama

Harga (RM)

Children creative simple bookshelf 

RM156.70

THE Kids Landing Bookshelf

RM109.90

360° Rotating Bookshelf 

RM108.63

4 Tiers Plastic Kids Book Rack

RM58.80

Rotating Bookshelf 

RM235.60

Picture book shelf

RM88.22

Ciri Keselamatan Pada Rak Buku Penting Untuk Elak Kemalangan Di Rumah

Tahukah anda rak buku juga boleh menyebabkan berlakunya kes kemalangan di rumah?

Rak yang tidak stabil, jika dipanjat oleh kanak-kanak boleh tumbang ke depan dan timpa atas badan mereka, dan akhirnya boleh menyebabkan kecederaan.

Jadi, walaupun nampak remeh, anda harus pastikan rak yang digunakan di rumah mempunyai ciri keselamatan yang kukuh dan sesuai untuk elak kemalangan. Berikut adalah antara perkara keselamatan yang perlu anda berikan perhatian:

1. Lekatkan rak pada dinding

Kebanyakkan rak kini datang dengan skru tambahan dan bracket berbentuk L untuk anda lekatkan rak pada dinding agar tidak mudah jatuh. Kebanyakkan rak buku keluaran IKEA datang dengan skru dan bracket ini secara percuma. 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pelekat velcro untuk memastikan rak anda tidak mudah tumbang. Cara ini lebih sesuai digunakan untuk menambah ciri keselamatan pada rak lama. 

2. Pastikan buku disusun dengan rapi 

Buku yang tersusun bukan saja nampak kemas, malah boleh mengelakkan kemalangan juga. Buku yang lebih berat perlu disusun pada tingkat paling bawah supaya tapak rak menjadi lebih stabil. 

Tambahan lagi, pastikan lebar buku tidak melebihi lebar para pada rak buku, dan jika terdapat buku bersaiz lebih besar, susun buku tersebut menghala ke depan seperti pada rak jenis display

Ini adalah kerana kanak-kanak boleh terlanggar buku yang tersembul keluar, lalu mengakibatkan kemalangan dan menyebabkan luka jika terkena pada bucu buku yang berkulit keras.

3. Semak berat maksimum yang disarankan untuk rak tersebut 

Biasanya, pada risalah amaran yang disediakan oleh pengeluar rak akan ada maklumat tentang berat maksimum yang selamat. Muatan berlebihan boleh menyebabkan para pada rak roboh.

Jika rak tersebut tidak memberikan sebarang maklumat tentang tindakan keselamatan yang perlu diambil, buat kajian sendiri dan pastikan rak tersebut selamat digunakan oleh kanak-kanak sedang membesar yang sentiasa lincah dan aktif.

4. Pastikan bookshelves tidak menghalang laluan

Kadangkala, ruang yang ada untuk diletakkan rak adalah terlalu sempit, dan menyebabkan sebahagian rak tidak disokong oleh dinding, atau pintu tidak boleh dibuka dengan habis.

Ini boleh menyebabkan rak jadi mudah jatuh apabila dilanggar oleh orang yang lalu lalang secara tidak sengaja, terutama sekali di kalangan tetamu yang tidak mahir dengan keadaan susun atur perabot di rumah anda.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu ayah yang sedang mencari rak buku untuk anak.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanak-kanak ini terhempap almari ketika sibuk bermain! Sebab itu pentingnya childproof

Baca juga: Cara Simpan Mainan Anak Yang Banyak Supaya Nampak Kemas, Ibu Kena Cuba Tips Ini!

Baca juga: Katil Budak Terbaik: Nak Anak Belajar Tidur Di Bilik Sendiri? Ibu, Belikan Katil Dalam Senarai Ini!

Penulis

Najibah