KUALA LUMPUR, 7 Mac 2025 – Bulan Ramadan yang mulia bukan sahaja menandakan permulaan ibadah puasa, tetapi juga masa terbaik untuk seisi keluarga dan rakan taulan untuk meluangkan masa bersama. Sama ada untuk bersahur atau berbuka puasa, tradisi yang dikongsi bersama ini memberi peluang bagi mengeratkan ikatan dengan keluarga tersayang.
Menyedari betapa pentingnya jalinan hati sesama insan pada bulan yang penuh berkat ini, The LEGO Group melancarkan kempen “Main Bersama, Eratkan Silaturahim”, yang bertujuan menggalakkan keluarga-keluarga menerokai semula keseronokan bermain sambil merapatkan hubungan antara generasi.
Bina Hubungan Di Luar Skrin Menerusi Kuasa Main
Dalam dunia digital masa kini, amalan balik kampung yang bertujuan merapatkan hubungan sesama keluarga sering terganggu oleh aktiviti digital – sama ada bermain permainan mudah alih, melayari media sosial dan menjawab e-mel. Pelbagai keutamaan ini boleh menjejaskan usaha menjalin hubungan sejati.
Dalam usaha menggalakkan interaksi yang bermakna, The LEGO Group mempersembahkan sebuah video yang mengharukan perasaan dengan kisah seorang atuk yang ingin menjalin semula hubungan dengan cucu-cucunya melalui mainan LEGO bricks. Dengan mengajak mereka membina bersama adegan suasana kampung menggunakan LEGO, beliau menjadikan aktiviti masa lapang ini sesuatu yang merapatkan hubungan antara generasi, mengingatkan kita bahawa ikatan kekeluargaan sebenar boleh dijalin bukan sahaja dengan berada di tempat yang sama, tetapi juga dengan berkongsi pengalaman bersama.
Jadikan Permainan LEGO Sebahagian Daripada Tradisi Ramadan dan Raya anda
Semasa menunggu waktu berbuka puasa atau mengunjungi sanak-saudara di rumah terbuka, mainan LEGO bricks menyediakan cara yang menarik dan menyeronokkan untuk mengeratkan silaturahim dengan rakan dan keluarga. Ibu bapa boleh menjadikan aktiviti bermain LEGO bricks sebagai sesi menjalin ikatan antara datuk, nenek dan cucu, mencabar si manja untuk membina sesuatu yang istimewa untuk pertemuan keluarga dan menjemput kawan baik mereka untuk turut sama bermain! LEGO bricks menyediakan pelbagai pilihan yang tidak terbatas, yang boleh membawa sentuhan kreativiti kepada tradisi Ramadan dan Raya sambil mengukir memori indah bersama.
Peluang Bermain Bersama Kawan Baik Anda di Kampung
Bagi ramai orang, balik kampung merupakan peluang untuk berjumpa semula dan bermain dengan kawan baik mereka di kampung – sahabat karib sejak dari kecil yang hanya mereka temui semasa Raya tetapi tidak pernah dilupakan. Untuk meraikan persahabatan istimewa ini, LEGO Malaysia melancarkan peraduan media sosial #LEGOMYKampungBestie dari 14 Mac hingga 24 Mac, menawarkan hadiah set LEGO menarik bernilai lebih RM2,400!
Untuk turut serta, para peminat LEGO hanya perlu meninggalkan ulasan di media sosial #LEGOMYKampungBesties LEGO Malaysia dan menyatakan:
- Siapakah Kampung Bestie atau kawan baik anak anda di kampung?
- Mengapa mereka mempunyai hubungan erat?
- Apa yang akan mereka lakukan bersama pada Raya ini?
Tiga penyertaan paling menambat hati akan memenangi LEGO set eksklusif – amat sesuai untuk membina memori indah baharu bersama kawan baik mereka pada Raya ini!
Promosi Raya Tempoh Terhad
Mulai 1 Mac, pembeli boleh menebus paket Raya LEGO tempoh terhad dengan perbelanjaan minimum RM88 bagi sebarang pembelian set LEGO (selagi stok masih ada). Selain itu, dari 10 Mac hingga 6 April, diskaun 20% akan diberikan bagi pembelian set LEGO yang dinyatakan dalam Lampiran.
Rebut tawaran Raya LEGO yang eksklusif di Gedung Sah LEGO dan di dalam talian menerusi LEGO Malaysia, Box of Bricks, LEGO Lazada Malaysia, LEGO Shopee Malaysia dan Brick Magic. Ikuti LEGO Malaysia Facebook dan rakan-rakan kami di media sosial di Box of Bricks Facebook, Box of Bricks Instagram, Brick Magic Facebook dan Brick Magic Instagram untuk promosi terkini.


Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!