Ramai wanita yang sejak di usia muda lagi mula terdetik persoalan “jika aku mempunyai anak suatu hari nanti, aku akan jadi ibu yang bagaimana ya?” Betul saya juga dulu mempunyai persoalan yang sama. Malah memasang angan-angan ingin jadi ibu yang sporting, jenis boleh buat kawan dengan anak-anak mesti seronok! Tapi sebelum menjadi kenyataan, ramalan horoskop dibawah menjelaskan ada diantara anda akan menjadi ibu yang terbaik!
Mestilah anda tak boleh nak percaya bulat-bulat, tapi seronokkan kalau zodiak kita tersenarai dalam zodiak ibu terbaik?
Jika anda sudah pun menjadi ibu sekarang mungkin anda boleh semak, mana tahu kebetulan ada betulnya. Namun kalau tak sama atau pun zodiak anda tidak tersenarai pun tak mengapalah, benda ini kan suka-suka dan sekadar ramalan. Ingat, menjadi ibu bapa terbaik bukan satu pertandingan tau. Malah apa yang penting adalah apa yang anak kita akan menjadi kelak, kalau jadi manusia tu memang cukup bagus. Bersyukurlah kita.
Ramalan horoskop ibu terbaik
Cancer
Antara tanda zodiak yang cukup emosi, ibu-ibu cancer sentiasa ingin anak-anaknya tahu yang mereka sentiasa ada bersama tidak kira apa jua keadaan. Karakter keibuan cancer sangat bersifat melindungi sanggup bersusah payah demi anak-anak.
Ibu-ibu cancer juga miliki sifat sensitif, emosi ini sangat terserlah apabila tiba momen-momen yang penting. Sifat keibuan mereka ini lebih kepada yang sangat lembut dan lebih kepada memberi stail keibubapaan yang menasihati.
Baca juga: Rahsia Zodiak Menandakan Si Isteri Queen Control
Virgo
Ibu-ibu Virgo cukup terkenal dengan skill serba boleh. Sentiasa memastikan kehidupan anak mereka seimbang walaupun anak-anak mereka mempunyai aktiviti yang penuh.
Mereka ini adalah sejenis ibu-ibu yang gigih, kalau dalam ‘group chat’ guru-guru dan ibu bapa, merekalah yang paling lantang bersuara, dan berilah apa tugasan kepada anak atau ibu mereka akan melaksanakannya dengan cemerlang!
Dalam ketegasan mereka menjadi ibu, mereka juga sangat memanjakan anak-anak. Jenis yang akan membawa anak terus menikmati aiskrim jika berjaya dalam sesuatu.
Gemini
Ibu-ibu Gemini, anda memang deifinisi ‘girl just wanna have fun’! Mereka ini adalah ibu-ibu yang selalunya menjadi teman baik anak-anak mereka.
Mereka adalah orang yang peramah dan cukup pandai berkawan, jadi tidak hairanlah dengan anak pun mereka jadi ‘bff’. Ibu-ibu yang berbintang Gemini ini, tidak percaya dengan terlalu menjaga kelakuan anak, mereka lebih relaks dan biarkan anak melalui hidup ini dengan penuh cabaran, dan dari situlah mereka belajar.
Tidak disangkal lagi bintang ini agak terkenal di kalangan zodiak, malah mereka juga dikenali oleh kanak-kanak lain sebagai emak-emak yang cool.
Pisces
Ramalan horoskop selalu meletakkan Pisce sebagai bintang yang selalu bermimpi. Tapi tiada mimpi yang musthil untuk dicapai bagi ibu-ibu Pisces. Perwatakan mereka tenang, mudah bersimpati dan sensitif menjadikan ibu-ibu Pisces ini cukup boleh diharap.
Mereka sentiasa menjadi sistem sokongan yang kuat untuk anak-anak tetapi dalam cara yang senyap. Mereka tidak suka menunjuk kepada anak yang mereka terlalu prihatin kerana ibu-ibu Pisces percaya dengan anak mereka serta diri mereka sendiri. Mereka tahu pentingnya menjadi orang yang baik hati berbanding dengan benda lain.
Aries
Dalam dunia astrologi, zodiak Aries antara yang sangat energetik, dan terbukti ibu-ibu Aries adalah jenis yang berdikari dan tidk gentar dengan cabaran. Tidak kira apa dugaan dan cabaran sekalipun, ibu-ibu Aries mampu menanganinya dan mengharapkan anak-anaknya juga mampu menyelesaikan masalah dengan sendirinya.
Mereka ini cukup bertenaga dalam segala aktiviti dan mereka sangat menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai segala aktiviti yang ada. Mereka mahu anak-anak mencuba benda-benda baru dan mewarisi tenaga mereka dalam dunia ini.
Tapi apa-apa pun, semua ibu di dunia ini punya karakter mereka yang unik dan stail keibubapaan juga berbeza-beza. Jika bintang anda tidak tersenarai di sini bukanlah bermakna anda bukan ibu yang baik. Ia sekadar ramalan zodiak yang menyatakan mereka ini punyai sifat yang berkaitan dengan ibu-ibu.
Yang penting semua ibu-ibu di dunia ini dikurniakan naluri keibuan yang tiada tandingannya. Tahniah kepada semua ibu-ibu dunia ini!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!