Ramai 'Bayi PKP' Takut & Menangis Bila Lihat Ramai Orang, Ini Tips Berguna Buat Ibu Ayah!

Rasa takut berlebihan apabila berjumpa orang dikatakan sering terjadi kepada kumpulan bayi yang dilahirkan dalam tempoh PKP. Adakah ia normal?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap perkembangan bayi. Kebanyakan ibu berkongsi bahawa si manja mereka sering rasa takut berlebihan apabila berjumpa dengan ramai orang.

Seperti yang tular dalam media sosial menunjukkan reaksi seorang ‘bayi PKP’  kelihatan cuak apabila dirinya pertama kali berada dalam suasana ramai orang setelah sekian lama berkurung di rumah.

Rasa takut berlebihan pada bayi, adakah ia perkara yang normal?

credit to sources

Pakar penasihat tangisan dan tidur bayi, Uswatun Hasanah Mohd Habib menjelaskan bahawa rasa takut berlebihan pada orang atau stranger anxiety adalah salah satu fasa perkembangan mental yang perlu terjadi kepada semua anak.

Bukan itu sahaja, ia merupakan petanda anak sihat dan normal. Maka, bersyukurlah jika anak anda pandai takut orang.

Biasanya anak akan menangis, kelihatan takut, memaling muka atau ‘mengeraskan’ badan apabila disapa, disentuh, cuba diambil atau ditinggalkan bersama orang asing atau jarang dijumpai.

Perkara ini selalunya terjadi ketika si manja berada pada usia 6 hingga 9 bulan. Paling kritikal sekitar 12 hingga 15 bulan. Namun ibu jangan risau kerana stranger anxiety akan berkurang selepas usia 2 tahun.

Penyebab anak rasa takut berlebihan pada orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Stranger anxiety bermula sekitar 6 hingga 9 bulan kerana pada ketika ini anak telah mula faham mengenai:

#1. Self awareness

Anak mula sedar bahawa dirinya dan ibu/ayahnya adalah dua makhluk yang berasingan. Pada usia ini, si manja sedar kewujudan dirinya bersama-sama orang sekeliling.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Konsep hubungan

Kaitan sesuatu bunyi perkataan, bunyi suasana, bunyi objek, manusia yang membentuk sesuatu kejadian. Misalnya bunyi anak kunci diiringi pintu terbuka menandakan ayah sudah pulang dari kerja.

Anak ingat dan faham situasi biasa atau harian yang melibatkan orang-orang biasa wujud dalam hidupnya.

Ini menjadi punca anak kelihatan ‘blur’ atau teragak-agak bila nampak wajah asing kerana dalam mindanya ‘tiada rekod’ atau ‘kurang rekod’ kejadian sebelum yang melibatkan individu asing ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Anak faham konsep kategori perincian maklumat sesuatu perkara atau objek

Misalnya, gambar kucing di dalam buku= kucing dalam televisyen= kucing di rumah= semuanya kucing. Maka anak makin pandai membezakan wajah-wajah biasa dengan wajah-wajah asing.

Stranger anxiety kritikal pada 12 hingga 15 bulan kerana anak semakin faham dengan konsep sistem, iaitu perkara+ objek+ manusia biasa yang membentuk dunia kecil hariannya.

Anak tahu keluarga jiran dan keluarganya berbeza. Rumah nenek dan rumahnya berbeza walaupun kedua-duanya ialah rumah.

Tips penting dalam menghadapi anak rasa takut berlebihan terhadap orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: baby ibu

  • Perkenalkan anak kepada orang asing di dalam suasana yang anak sudah terbiasa. Misalnya rumahnya sendiri kerana ia lebih mudah dan anak tidak perlu memproses terlalu banyak input baharu. 
  • Jika si manja melihat wajah asing di luar rumah seperti kali pertama pulang ke rumah nenek, ibu ayah hendaklah memangku atau pegang anak sewaktu memperkenalkannya kepada orang lain. Elakkan terus memberikan anak kepada mereka untuk diambil.
  • Beritahu rakan atau ahli keluarga tentang anak anda yang sedang dalam fasa stranger anxiety. Jangan segan untuk minta mereka agar tidak terlalu agresif sewaktu mendekati anak dan jangan ambil hati jika anak tidak segera mesra dengan mereka.
  • Jangan mengelak anak berjumpa orang atau mengurung mereka di dalam rumah ketika fasa ini. Tindakan sebegini boleh menyebabkan keadaan bertambah teruk. Semua perkara baru memerlukan latihan dan pengalaman yang berulang. Ibu ayah hendaklah memainkan peranan dengan sebaiknya.
  • Ibu ayah hendaklah sentiasa bertenang. Kekalkan aras tenaga yang rileks dan bersahaja jika anak mula menangis apabila didekati orang asing atau ketika cuba ambil kembali anak yang menangis dari pegangan orang asing. Usah buat wajah cemas, bengang atau marah dengan kelakuan si manja. Anak perlu dapat mesej bahawa keseluruhan acara bersosial atau berjumpa orang ini adalah sesuatu yang santai dan menyeronokkan.

Kredit foto: najwaainnn

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah STOP Tabiat Suka Takut-Takutkan Anak, Ia Boleh Menganggu Psikologi Mereka 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan