Tidak semua suami isteri dikurniakan rezeki anak dengan mudah, ada yang perlu menanti sehingga bertahun lamanya atau melalui pelbagai rawatan kesuburan. Ketika ini, rata-ratanya memilih rawatan ivf yang berjaya bagi memperoleh anak kembar dengan mudah.
Setiap pasangan yang bergelar suami isteri pastinya mengimpikan untuk memiliki cahaya mata. Kemajuan teknologi perubatan hari ini telah membolehkan suami isteri membuat pilihan mengikut kemampuan mereka.
Kisah rawatan IVF yang berjaya, wanita ini berjaya hamil dua kali
Seorang wanita berusia 35 tahun dari Australia, Kimberley Tip menjadi tular apabila rawatan IVF yang berjaya dan memperoleh dua orang bayi sekaligus.
Difahamkan pada dia menghidap penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS) ketika berusia 15 tahun. Disebabkan oleh masalah ini, peluang untuk Kimberley mengandung secara semula jadi adalah sangat tipis, malah mungkin tidak akan terjadi sama sekali.
Setelah berbincang dan memperoleh sokongan daripada suami, Kimberley akhirnya mengambil keputusan untuk menjalani empat prosedur IVF dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Selepas enam minggu melalui prosedur menempelkan embrio pada rahimnya, Kimberley melakukan ujian imbasan buat kali pertama. Namun hasilnya amat mengejutkan.
Rawatan IVF yang berjaya, dua bayi dalam kandungan bukan kembar
”Kami begitu terkejut setelah mendapat tahu dalam rahim saya ada dua janin. Sedangkan kami hanya meletakkan satu embrio sahaja. Apa yang terjadi ini benar-benar buat kami tidak faham,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, kejadian ini boleh dikatakan begitu ajaib kerana bayi yang dikandung Kimberley sebenarnya bukanlah anak kembar.
Menurut doktor yang memeriksa kandungan Kimberley, salah satu janin telah terbentuk secara semula jadi. Manakala satu lagi terhasil disebabkan oleh rawatan IVF.
Fenomena ibu mengandung dua kali dalam jangka masa singkat ini dipanggil sebagai superfetation, iaitu bayi yang lahir sering dianggap kembar kerana mereka keluar pada hari yang sama.
”Pakar mengatakan bahawa keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan bagi meningkatkan kesuburan sewaktu tempoh saya menjalani rawatan IVF,” kata Kimberley.
Pada Mac tahun lalu, Kimberley telah selamat melahirkan dua orang bayi lelaki. Mereka telah diberi nama Patrick dan Leo, kini sudah berusia 15 bulan.
Sebab pasangan perlu menjalani rawatan IVF
Proses in vitro fertilization (IVF) atau bayi tabung uji merupakan rawatan kesuburan yang terbaik bagi membantu pasangan memperoleh cahaya mata. Untuk pengetahuan anda, proses pertama perlu bermula dengan sperma lelaki dan telur wanita dikeluarkan dari badan. Kemudian ia akan disenyawakan di dalam makmal.
Apabila berjaya menjadi embrio, ia akan dipindahkan ke dalam rahim wanita untuk proses mengandung. Biasanya ia memerlukan masa sehingga 3 minggu.
Kejayaan rawatan IVF ini bergantung kepada banyak faktor. Sekiranya tidak berjaya, pasangan boleh menetapkan janji temu dengan doktor untuk cuba sekali lagi.
Antara sebab pasangan perlu melakukan rawatan IVF ialah:
#1. Endometriosis
Masalah ini berlaku apabila tisu yang sepatutnya berada di luar rahim dan boleh menjejaskan fungsi ovari, rahim dan tiub falopio.
#2. Masalah sperma lelaki
Tidak hanya wanita yang berdepan dengan masalah kesuburan, lelaki juga berisiko memiliki masalah sama ada pada kualiti, kuantiti, morfologi atau mobiliti sperma.
Sekiranya suami mengalami masalah ini, anda boleh mempertimbangkan untuk melalui rawatan IVF bagi membantu anda menimang cahaya mata.
#3. Berlakunya kerosakan atau tiub falopio tersumbat
Jika tiub falopio ini mengalami kerosakan atau tersumbat, ia boleh menyebabkan sperma lelaki sukar memasuki ke dalam telur wanita. Embrio juga tidak mampu menempel pada bahagian rahim dan sekaligus menjejaskan peluang anda untuk mengandung.
#4. Gangguan pada kitaran haid
Masalah ini sering terjadi terhadap kebanyakan wanita. Jangan mengambil mudah sekiranya anda memiliki masalah gangguan ovulasi.
Proses kitaran haid yang tidak menentu atau tiada langsung boleh menyebabkan kekurangan atau ketiadaan telur bagi proses persenyawaan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Adakah Bayi Yang Terhasil Dari Rawatan IVF Sihat Seperti Bayi Normal? Ini Jawapan Pakar