Penyakit kencing malam perkara lumrah yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 3 tahun. Hal ini kerana mereka tidak mampu mengawal pundi kencing lantas tanpa sedar, terkencing ketika tidur.
Pagi keesokannya bangun, tilam basah dan berbau hancing. Oleh itu, apakah rawatan kencing malam yang terbaik bagi selesaikan masalah ini?
Mudah saja, mummy boleh buat sendiri di rumah tanpa perlu berjumpa doktor pakar. Begini caranya…
Rawatan kencing malam – mengurut dan senaman ringan
1. Urutan di bawah abdomen
Pertama sekali, rawatan kencing malam ini boleh dilakukan dengan cara mengurut bawah abdomen anak. Lakukan urutan ini secara lembut dan perlahan dengan menggunakan sedikit minyak zaitun.
Mummy perlu lakukannya setiap malam sebelum anak tidur.
2. Melakukan senaman pada pundi kencing
Mesti anda tertanya-tanya bagaimana untuk lakukan senaman pundi kencing ini. Caranya, buat senaman ringan yang mudah bagi mengawal pundi kencing dari terkencing di waktu malam seperti:
- Sekiranya tak tahan nak terkencing, sila tahan dalam masa 10 ke 20 minit. Ia mampu meningkatkan kawalan pundi kencing anak. Lakukan 2 kali sehari.
- Minum air dengan kerap untuk melatih diri menahan kencing bagi mengembangkan otot abdomen.
Rawatan kencing malam – khasiat beberapa jenis makanan
3. Kayu manis
Sebenarnya, kayu manis mempunyai banyak khasiat. Ia bukan hanya mampu merawat kencing malam tapi ia boleh juga mengawal masalah kencing manis.
Pengambilannya tiap hari boleh membantu masalah ini dari berterusan. Caranya, mummy boleh meletakkan serbuk kayu manis sebagai topping susu, roti atau pencuci mulut.
4. Jus kranberi
Amalan minum jus kranberi boleh merawat kencing malam. Berikan secawan jus ini pada anak setiap malam sebelum dia masuk tidur. Secara tak langsung, ia bantu anak mengatasi masalah ini.
5. Kismis dan kacang walnut
Jangan tak percaya, tapi kismis dan kacang walnut juga boleh menjadi rawatan kencing malam anak anda. Berikan 2 makanan kering ini sebelum anak masuk tidur.
Ulang beberapa kali hingga nampak kesan positif.
6. Cuka epal dan madu
Cuka epal mengandungi banyak khasiat. Antaranya ia mampu mengurangkan asid pada perut di mana merangsang usus. Tapi cuka epal ini sedikit pahit, jadi untuk memberi kesedapan pada rasa mummy boleh letak madu dan minum bersama segelas air.
Di samping itu, mummy boleh juga beri makan sesudu kecil madu pada anak setiap pagi.
7. Buah gooseberry
Buah gooseberry merupakan antara buah yang efektif untuk merawat kencing malam. Caranya, ambil 3 biji buah gooseberry, kemudian potong kecil dan tumbuk halus. Tambah sedikit madu dan gaul, kemudian beri anak makan setiap pagi.
8. Gula jaggeri
Mummy tahu tak gula jaggeri? Jaggeri ini adalah sejenis gula yang bagus untuk kesihatan dan tubuh akan merasa sedikit panas.
Berikan sesudu jaggeri ini setiap hari pada anak sehingga tabiat kencing malamnya dapat dirawat dengan baik.
9. Biji sawi
Yang terakhir bagi merawat kencing malam adalah dengan beri anak makan biji sawi. Ia boleh membantu rawat jangkitan kuman pada saluran kencing dan secara terus merawat masalah kencing malam anak anda.
Tips mudah:
- Minta anak kencing terlebih dulu sebelum masuk tidur
- Set masa (alarm) tiap hari waktu malam mudahkan anak bangun untuk ke tandas.
- Kejutkan anak di pertengahan malam untuk membuang air kencing.
- Sapukan minyak angin di bahagian ari-ari anak setiap malam.
- Lapik tilam anak dengan plastik untuk mudahkan anda bersihkan tilam pada keesokannya.
Sumber: Momjunction
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Bagaimana Untuk Membantu Kanak-Kanak Yang Sering Terkencing Ketika Tidur