Lelaki Ini Kongsi Road Trip Raya 2023 'Round' Satu Semenanjung, Buatkan Ramai Terinspirasi Nak Ikut Sama!

Walaupun bukan kali pertama bagi keluarga ini beraya di merata tempat, tetapi untuk raya 2023 ternyata perjalanan lebih santai dan seronok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apalah erti Aidilfitri tanpa kehadiran orang tersayang di sisi. Meraikan hari yang mulia bersama keluarga dan meneruskan budaya ziarah-menziarahi sanak saudara berkumpul di satu-satu tempat menjadi tradisi wajib dalam kalangan masyarakat di negara ini, tidak hairanlah jika suasana raya 2023 kali ini semakin meriah! 

Lain pula kisahnya dengan seorang pemilik akaun Facebook, Razis Ronnie menceritakan perjalanan berhari raya sejauh 2,760 km bersama keluarga kecilnya yang melibatkan seluruh semenanjung Malaysia.

Perkongsiannya telah tular di media sosial, rata-ratanya meninggalkan ulasan positif yang memuji kesungguhan pasangan ini beraya di merata tempat menziarahi sanak saudara.

Malah, ada yang turut terinspirasi untuk ikut sama!

Road trip raya 2023 satu semenanjung, bermula dari Johor Bahru

Alhamdulillah syukur perjalanan kali ni dipermudahkan.

Laluan = Bermula dari Johor Bahru Melaka – Bandar Melaka Negeri Sembilan – Bandar Seremban Putrajaya Kuala Lumpur – Gombak Selangor – Shah Alam, Bukit Lanchong & Sijangkang Perak – Teluk Intan Pulau Pinang – Georgetown & Bukit Mertajam Kedah – Gurun & Alor Setar Perlis – Padang Besar & Bandar Kangar Gerik – Jeli Kelantan – Bandar Kota Bharu Terengganu – Bandar Kuala Terengganu, Marang, Rantau Abang, Kemasik Pahang – Muadzam Shah & Bandar Kuantan Mersing & Johor Bahru

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Jelasnya, dia banyak menggunakan laluan tol rahmah, laluan jalan lama dan pesisir pantai untuk penjimatan tol dalam perjalanan pergi dan balik selama 6 hari 5 malam sebanyak RM85.90 sahaja. Pemilik kereta perodua Bezza ini mengeluarkan perbelanjaan untuk kos minyak adalah sebanyak RM 344.69.
 
“Ada Tol Rahmah, guna laluan lama & pesisir pantai. Contoh dari Gurun – Gerik – Jeli – Kota Bharu – Kuala Terengganu – Kuantan – Mersing – JB”.

Banyak beraya di rumah keluarga dan saudara, jimat kos makan dan minum

Razis berkongsi pengalaman untuk mencari tempat persinggahan makan dan minum tahun ini juga lebih mudah berbanding tahun sebelumnya kerana kebanyakan kedai makanan di buka ketika hari raya. Jelasnya, dia hanya perlu mengeluarkan kos perbelanjaan untuk makan dan minum di negeri yang tiada keluarga atau saudara.

“Kos makan & minum = Rm565.02 . Negeri yg kami ada keluarga & kawan kami beraya dari rumah ke rumah, Rumah Makcik di Gombak, Jumpa keluarga di Bukit Lanchong & Sijangkang.

Rumah Abg Ipar di Penang. Jumpa Adik di Muadzam Shah & Adik Ipar di Kuantan kami di belanja makan”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia turut menceritakan mereka sekeluarga bermalam di rumah saudara di Gombak, Hotel Bukit Mertajam, Motel Kangar, Hotel Kuala Terengganu & Hotel Kuantan. Kos untuk penginapan yang dibelanjakan adalah sebanyak RM424.00 dan mengeluarkan sejumlah RM 174.00 untuk kos ubatan dan mainan anak-anak.

Tempuh laluan mencabar raya 2023 kali ini, berbaloi melihat pemandangan cantik

Jalan jem tapi tak teruk sangat di Jalan Changkat Jering, Lebuhraya Alor Setar/Georgetown, Jalan Salor-Pasir Mas & Jalan Kota Bharu-Backhok. Alhamdulillah lain tempat semua lancar.
Laluan paling mencabar & bahaya kali ni = Lebuhraya Gerik – Jeli tapi bila sampai puncak R&R Amiza Titiwangsa. Subhanallah view nya sangat cantik.
 
Laluan paling cantik semestinya = Marang-Kemaman-Dungun. Laluan pesisir pantai.

Dapat luangkan masa dan curi masa ambil gambar untuk kenangan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Perjalanan kali ni 5 malam 6 hari ternyata baginya sangat singkat. Keluarga ini mengenakan busana sedondon raya rona hitam sepanjang hari raya pertama. Dia turut berkongsi kegigihan mereka sekeluarga bekerjasama dalam menukar pakaian demi mengambil gambar kenang-kenangan.
 
“Di tempat-tempat lain tu kami ambil masa 15-20 minit tukar baju raya utk gambar raya kami sekeluarga. Tahun lepas Round Semenanjung gambar tak lengkap kami berempat. Kali ni bawa sekali Tripod mudah untuk ambil gambar kami sekeluarga.
 
Tak perlu susahkan orang ambil gambar kami. Perjalanan kali ni lebih santai & seronok. Banyak kelebihan yang kami dapat. Dapat luangkan masa semua bersama. Dapat berbual lama sepanjang perjalanan. Kami abadikan semua gambar untuk kenangan”, ujarnya mengakhiri perkongsian.

Facebook: Razis Ronnie

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Himpunan Iklan Raya 2023 Yang Cukup Menyentuh Jiwa, Penuh Pengajaran Buat Keluarga

Baca juga: Bagi Pasangan Baru Kahwin, Raya Pertama Sebaiknya Di Rumah Keluarga Isteri, Ini Sebabnya…

Baca juga: Amalan Ziarah Kubur Ketika Raya, Berpada-Padalah Bila Bersedih Dengan Kehilangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah