Raya Haji 2024 & Tarikh Cuti Sekolah 2024 KPM Sempena Aidiladha, Jom Bawa Anak Balik Kampung!

Sempena raya haji 2024 tidak lama lagi dikongsikan tarikh cuti sekolah tambahan sempena Aidiladha untuk panduan ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha adalah salah satu perayaan utama umat islam selain Hari Raya Aidilfitri. Raya Haji 2024 dijangka jatuh pada hari Isnin, 17 Jun walau bagaimanapun ia bergantung kepada pengesahan hilal (anak bulan).

Pengumuman Tarikh Hari Raya Haji 2024

Hari Raya Haji disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha belum dinyatakan lagi, namun biasanya ia diadakan pada 29 Zulkaedah, bersamaan dengan 6 Jun 2024.

Oleh itu, terdapat kemungkinan besar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan 7 Jun 2024 adalah bersamaan dengan 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah, iaitu 17 Jun 2024 adalah Hari Raya Haji.

Pengumuman Hari Raya Aidiladha 2024

Pengumuman Hari Raya Aidiladha akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa penetapan tarikh Hari Raya Korban akan dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.

Cuti Hari Raya Haji Setiap Negeri

Berikut dikongsikan jadual cuti hari raya haji 2024,2025 dan 2026  bagi setiap negeri di Malaysia.

Tahun Tarikh Hari Cuti Negeri
2024 17 Jun Isnin Hari Raya Haji Semua Negeri
  18 Jun Selasa Hari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
2025 6 Jun Jumaat Hari Raya Haji Semua Negeri
  7 Jun Sabtu Hari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
  8 Jun Ahad Hari Raya Haji Hari Ketiga Kedah & Terengganu
2026 27 Mei Rabu  Hari Raya Haji  Semua Negeri
  28 Mei Khamis Hari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

Cuti Sekolah Tambahan KPM Sempena Aidiladha 2024

Cuti raya haji berapa hari? Untuk Raya Haji 2024 tahun ini, tiada cuti tambahan diberikan oleh KPM sempena Hari Raya Aidiladha.

Namun berita baiknya, anda dan keluarga boleh mula bercuti pada 15 Jun sehingga 18 Jun iaitu selama empat hari bagi negeri yang terlibat. Sebarang penambahan cuti akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk panduan ibu bapa, kami kongsikan kalendar akademik bagi sesi 2024/2025.

Kalendar Akademik Persekolahan Sesi 2024/2025

Peristiwa Korban

Selain raya haji, perayaan ini juga dipanggil sebagai Hari Raya Korban. Perayaan ini dikenang sebagai peringatan tentang kisah Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail sebagai tanda ketaatan dan keimanannya terhadap Allah SWT.

Dengan izin Allah, sembelihan tersebut bertukar kepada seekor kibas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab itu, Aidiladha sering dikaitkan dengan ibadah korban.

Perbezaan Sambutan Hari Raya Aidil Adha Dengan Hari Raya Aidil Fitri Di Malaysia

Cara sambutan hari raya haji disambut secara sederhana dengan menjadikan ibadah korban sebagai amalan utama di pagi raya. Daging yang dikorbankan akan diagih kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin.

Berbeza dengan Aidilfitri yang disambut dengan lebih meriah dengan hidangan raya seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih-muih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempoh sambutan Aidiladha juga lebih singkat berbanding Hari Raya Aidilfitri yang biasanya disambut selama empat hari dari 10 hingga 17 Zulhijjah.

Manakala, untuk raya Aidilfitri secara rasminya disambut selama satu hari namun boleh berlanjutan selama sebulan dengan jemputan rumah terbuka dan jamuan raya.

Hari Raya Haji merupakan kemuncak kepada pelaksanaan ibadah haji termasuk wukuf di Arafah, melontar jamrah di Mina, dan penyembelihan korban.

Kedua-dua perayaan ini mempunyai makna penting di dalam islam dengan tujuan dan cara sambutan yang berbeza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

eCentral

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 & Tarikh Cuti Sekolah 2024 Yang Dikeluarkan KPM

Baca juga: 20 Tempat Menarik Di Cameron Highland (Terkini), Wajib Lawati Dengan Keluarga

Baca juga: 30 Tempat Menarik Di Melaka Percuma Untuk Seisi Keluarga, Jimat Poket & Berbaloi

Penulis

Noorhidayah