TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

ReadyCare Signature Melancarkan Barisan Produk Penjagaan Bayi Berasaskan Tumbuhan

3 min bacaan
ReadyCare Signature Melancarkan Barisan Produk Penjagaan Bayi Berasaskan Tumbuhan

Pilihan Penyelesaian Pembersihan yang Lembut, Selamat, dan Mesra Alam untuk Ibu Bapa

PETALING JAYA, 28 OGOS 2024 – ReadyCare Signature (ReadyCare), jenama perintis produk pembersihan berasaskan bio Malaysia, dengan sukacitanya memperkenalkan barisan produk Baby Care yang terbaru, menawarkan ibu bapa cara yang selamat dan mesra alam untuk penjagaan kebersihan si kecil mereka.

Barisan terbaru ini menampilkan produk yang diformulasikan dengan teliti seperti Baby Bottle & Utensil Cleaner, Baby Laundry Detergent, dan Baby Sanitizer Spray, semuanya dihasilkan dengan bahan berasaskan tumbuhan (bio) bagi menggantikan bahan kimia yang berasaskan fosil. Kajian menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak kecil mudah terdedah kepada toksin dari persekitaran mereka.

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2022, kanak-kanak di bawah lima tahun terdedah kepada tahap bahan pencemar yang lebih tinggi, dimana ia boleh membawa kepada pelbagai isu tumbesaran, masalah pernafasan, dan isu kesihatan yang lain.

Tambahan pula, permintaan terhadap produk yang tidak toksik dan selamat untuk bayi semakin meningkat, dengan pasaran penjagaan bayi global dijangka mencapai AS$206.68 bilion menjelang 2029, menurut laporan Research and Markets pada 2023.

ReadyCare Signature adalah jenama Malaysia pertama yang telah memperoleh persijilan berasaskan bio daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), dan barisan produk Baby Care tersebut, sama seperti rangkaiannya yang lain, semua penawarannya turut mempunyai sijil Halal serta diperakui mesra vegan oleh Persatuan Vegan UK.

Pelancaran ini menangani kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan ibu bapa mengenai pendedahan bahan kimia, dengan menawarkan alternatif yang lebih selamat bagi melindungi anak-anak mereka dan alam sekitar.

Pengasas dan Pengarah Urusan ReadyCare, Yeoh Eng Foo berkata, “Menurut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kanak-kanak yang lebih terdedah kepada pendedahan bahan kimia kerana organ dan sistem imun mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Rangkaian produk Baby Care kami direka dengan mengambil kira kebimbangan ini, memberikan pengalaman yang berkesan, sihat dan lembut, yang boleh dipercayai oleh ibu bapa.”

Sempena pelancaran ini, ReadyCare Signature turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Unifood International Pte Ltd bagi mengedarkan produknya di Singapura. Kerjasama strategik ini akan membantu ReadyCare Signature memperluaskan jangkauannya dan menyediakan penyelesaian pembersihan mesra alam kepada lebih banyak
ramai lagi pengguna di seluruh rantau ini.

“Kerjasama dengan Unifood, sebuah syarikat yang berakar umbi dalam segmen perniagaan makanan bernutrisi ‘on-the-go’, mewujudkan sinergi yang mantap dan selari dengan falsafah kami di ReadyCare Signature. Kepakaran dan rangkaian mereka di Singapura akan membantu kami memperluaskan penyelesaian pembersihan mesra alam kepada lebih banyak keluarga, mengukuhkan lagi peranan kami sebagai Teman Kehidupan Bersih yang dipercayai,” tambah Yeoh.

Produk Baby Care ReadyCare Signature kini boleh didapati di kedai-kedai terpilih dan dalam talian menerusi rcsignature.com.my, di mana pelanggan juga boleh memilih model langganan untuk menerima produk kegemaran mereka.

Stories Rakan Kongsi
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • ReadyCare Signature Melancarkan Barisan Produk Penjagaan Bayi Berasaskan Tumbuhan
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham