Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Lepas Guna Ubat Gigi Yang Ada Tindak Balas Pada Alahan

Jangan buat main kalau anak ada alahan sebab ia boleh membawa maut jika ibu bapa terlepas pandang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan reaksi alergi yang dialami sejak kecil, kanak-kanak perempuan Denise Saldate, berumur 11 tahun meninggal dunia selepas menggunakan sejenis ubat gigi yang dikhabarkan boleh menguatkan kesihatan giginya. 

Kanak-kanak perempuan meninggal lepas alami reaksi alergi dari ubat gigi 

Ketika berumur satu tahun, Denise pernah didiagnosis dengan reaksi alergi yang teruk terhadap produk tenusu seperti susu.

Disebabkan itu, ibu bapa Denise sangat berhati-hati apabila memberi makanan kepada anak mereka itu. Malah di sekolah juga, mereka sangat yakin tiada makanan yang boleh mencetuskan alahan terhadap anak perempuan mereka. 

Bahkan, setia label makanan proses akan diperhatikan dari segi ramuan dan ibu bapa tersebut sangat berhati-hati memilihnya supaya kesihatan anak mereka terpelihara.

Namun begitu, pada 4 April yang lalu, Denise dibawa berjumpa dengan seorang doktor gigi untuk merawat kesihatan giginya dan telah diberikan sejenis ubat yang dapat menguatkan gigi.

Dari zaman kanak-kanak, ibu Denise bernama Monica sangat menitikberatkan setiap ubat gigi yang digunakan Denise. Namun, kali ini dia telah membuat kesilapan. 

Ini kerana, Monica tidak melihat terlebih dahulu bahan dalam produk tersebut dan hanya teruja untuk mendapatkan ubat gigi khas bagi anak perempuannya itu. 

Reaksi alergi yang diterima selepas guna produk terbabit 

Semasa menggunakan ubat gigi tersebut, Denise tiba-tiba menangis di dalam bilik mandi. Kemudian dia mengatakan kemungkinan mengalami reaksi alahan terhadap ubat gigi tersebut kerana secara tiba-tiba bibirnya bertukar kebiruan yang dipanggil sebagai kejutan anaphylactic

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika pesakit mengalami kejutan ini, ia akan memberi kesan berbahaya terhadap tindak balas alahan pada tubuh seseorang.

Sesiapa yang mengalaminya juga akan mendapat pening kepala, degupan jantung yang laju, kekeliruaan, kebimbangan dan tidak sedarkan diri. Gejala ini muncul biasanya pada mereka yang ada masalah alahan yang serius.

Kemudian, gejala tersebut akan disertai dengan gatal-gatal, pergelangan tangan yang lemah, bengkak lidah dan tekak. Ini berlaku kerana sistem imun mengeluarkan bahan kimia bagi memerangi alergi pada tubuh seseorang. 

Akibatnya, tekanan darah perlahan-lahan menurun dan boleh membawa maut. 

Namun ada cara yang boleh menyembuhkan keadaan ini iaitu memasukkan ubat suntikan ke dalam otot paha pesakit bagi melegakan saluran darah dan memulihkan tekanan darah mereka. Ia sekaligus dapat melegakan saluran pernafasan yang betul. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam kes Denise, ibunya segera memberinya ubat dan menggunakan inhaler asma untuk bernafas dengan baik namun semuanya tidak dapat membantu.

Kemudian pihak hospital segera ke rumah mereka lalu Denise diberi bantuan pernafasan sebelum di bawa ke hospital. Namun selepas dua hari menerima rawatan akhirnya Denise pergi buat selama-lamanya. 

Apabila ibu bapanya melihat kembali bahan ubat gigi tersebut yang dikenali dengan nama MI Paste One, rupa-rupanya ia mengandungi bahan yang disebut Recaldent. Protein yang berasal dari susu lembu dalam ubat gigi tersebut mencetuskan alergi alahan pada Denise. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan buat ibu bapa yang lain 

Ibu bapa Denise mengingatkan kepada ibu bapa yang lain supaya sentiasa memerhatikan bahan tidak kira ubat atau makanan yang diambil anak supaya tidak mencetuskan reaksi alergi. 

Selain itu, doktor atau ahli farmasi seharusnya bertanyakan terlebih dahulu kepada pesakit sebelum memberi atau mencadangkan sebarang ubat kepada pesakit terutama yang ada sejarah alergi. Ia sekaligus dapat mengelak gejala yang boleh membahayakan kesihatan pesakit.

Makanan yang boleh mencetuskan alahan: 

  • Telur
  • Kacang tanah dan beberapa jenis kekacang yang lain. 
  • Soya 
  • Gandum atau bijirin seperti barli atau oat
  • Beberapa jenis ikan
  • Kerang atau makanan laut. 

Beberapa makanan di bawah ini juga boleh mencetuskan reaksi alahan seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jagung
  • Daging lembu atau kambing
  • Ayam
  • Bunga matahari 
  • Rempah ratus 
  • Garam, bawang putih atau daun ketumbar 

Justeru, jika anak ada alahan tertentu terhadap makanan atau ubat-ubatan sebaiknya elakkan mereka mengambil bahan-bahan tersebut bagi mengelak risiko buruk dari terjadi.

Semoga artikel ini memberi informasi berguna kepada anda. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Irish Mae Manlapaz. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Filipina untuk diterjemah. 

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.combahayanya-infeksi-gigi/