Rebung adalah sejenis anak buluh lembut yang akan membesar jadi matang. Ia popular dalam pelbagai jenis masakan terutama masak lemak cili api. Rasanya yang unik membuatkan ia digemari ramai. Namun selamatkah makan rebung untuk ibu hamil?
Isi Kandungan
Adakah Selamat Makan Rebung Semasa Hamil?
Ada mitos mengatakan ibu hamil yang makan rebung ketika kehamilan berpotensi melahirkan bayi dengan bulu dan rambut yang lebat. Namun sejauh mana kesahihannya tidak dapat disahkan.
Manfaat Rebung Untuk Kesihatan
1.Baik Untuk Sistem Pencernaan
Rebung kaya dengan serat yang cukup penting selama kehamilan kerana ia melancarkan sistem pencernaan dan mengelak sembelit. Apabila sistem pencernaan lancar metabolisme tubuh meningkat dan mencegah pelbagai penyakit. Serat juga membuatkan ibu rasa kenyang lebih lama yang sangat bermanfaat untuk mengelak risiko obesiti.
2.Mengurangkan Risiko Strok Ketika Hamil
Rebung kaya dengan nutrisi penting seperti air, protein, thiamin, lemak, kalium, fosforus, zat besi, karbohidrat, vitamin A dan vitamin C. Ia juga mempunyai kandungan kalium yang tinggi baik untuk mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko ibu hamil diserang strok.
3.Mencegah Kanser
Ia kayan sumber antioksidan seperti flavonoid dan fenolik yang membantu melawan radikal bebas dalam tubuh dan mampu mencegah kanser.
Rebung Tidak Digalakkan Makan Mentah
Walaupun banyak manfaat, penting untuk ibu hamil pastikan mereka tidak makan rebung secara berlebihan. Rebung juga perlu dimasak dengan sempurna kerana rebung mentah berpotensi menghasilkan sianida dalam usus manusia yang boleh menyebabkan keracunan. Bagi mengelak sebarang risiko tidak diingini pastikan anda masak rebung dengan sempurna sebelum makan.
Cara Memasak Rebung Yang Tepat Agar Tak Berbau
Rebung yang tidak diproses dengan betul sebelum dimakan akan mengeluarkan bau hancing dan memiliki rasa pahit. Malah jika kulit luar rebung tidak dibersihkan sepenuhnya ia mengandungi kadar sianida yang cukup tinggi dan boleh menyebabkan keracunan.
Berikut adalah langkah memasak rebung dengan betul:
- Pastikan anda kupas kulit rebung hingga bersih. Buang bulu-bulu halus yang melekat di bahagian batang dan potong hujungnya
Cara menghilangkan bau tidak enak:
- rebus rebung hingga empuk dan buang airnya
- kukus rebung setelah dicuci bersih
- rendam rebung dalam air garan selama 10-30 minit
- rebus rebung menggunakan air kelapa
- rendam rebung dalam larutan air kapur sirih
orami
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Makanan Untuk Ibu Mengandung Terbaik, Nak Bayi Lahir Sihat Ibu Kena Amal Semasa Kehamilan
Baca juga: 10 Menu Diet Ketika Trimester Ketiga, Penting Untuk Tumbesaran Bayi Yang Sihat
Baca juga: Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor