Refleks Menghisap Pada Bayi: Bagaimana Ini Mempengaruhi Penyusuan & Penerimaan Khasiat Anak
Refleks menghisap pada bayi membantu bayi baru lahir menyusu. Baca bagaimana ia mempengaruhi penyusuan dan pemakanan, dan mengapa bayi pramatang mungkin menghadapi masalah menghisap.
Refleks menghisap pada bayi adalah salah satu gambaran paling penting yang dimiliki bayi anda, kerana ia membantu bayi untuk menyusu.
Refleks menghisap berkaitan dengan refleks rooting. Refleks rooting merupakan pergerakan yang normal untuk bayi baru lahir seolah-olah membolehkan bayi mencari dan bergerak ke arah sentuhan.
Refleks menghisap berlaku apabila lelangit mulut bayi yang baru lahir disentuh dengan jari, puting atau pun dengan puting botol. Apabila kawasan ini dirangsang, bayi anda akan mula menghisap atau mengeluarkan susu.
Isi Kandungan
Refleks menghisap pada bayi baru lahir
Refleks bayi adalah salah satu daripada tujuh refleks semula jadi yang ada pada bayi baru lahir. Refleks ini adalah pergerakan automatik yang berlaku sama ada secara spontan atau sebagai tindak balas terhadap rangsangan yang berbeza.
Refleks menghisap terjadi sewaktu bayi masih dalam kandungan. Mungkin anda perasan bayi sudah menghisap ibu jari atau ternampak menghisap jarinya semasa ultrasound anda! Refleks bayi ini bermula sehingga minggu ke-32 kehamilan dan tidak berkembang sepenuhnya sehingga kira-kira 36 minggu.
Refleks pada bayi sebenarnya terdapat 2 proses iaitu pertama, bayi memegang puting di antara lidahnya dan bumbung mulutnya. Kemudian, dia akan menutup bibirnya dan mula menghisap dengan menggerakkan lidah ke atas dan ke bawah. Tindakan ini adalah perahan susu.
Menjelang usia 2 hingga 3 bulan, bayi anda akan menghisap secara sedar. Ia tidak lagi menjadi refleks.
Masalah menghisap pada bayi pramatang
Bayi yang dilahirkan pramatang mungkin tidak mempunyai refleks menghisap yang kuat semasa lahir. Mereka juga mungkin tidak dapat menyelaraskan antara menghisap dan menelan sambil bernafas.
Bayi pramatang akan mengalami masalah refleks menghisap dalam beberapa minggu pertama kelahiran mereka. Oleh sebab itu, bayi akan diberi makan melalui tiub penyusuan yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut.
Berikut merupakan masalah refleks pada bayi baru lahir:
- Cara menghisap yang tidak teratur atau tidak cekap
- Ikatan bibir yang lemah
- Bentuk atau pergerakan lidah terjejas
- Kestabilan pipi dalam yang lemah
- Tidak dapat menyelaraskan ketika menghisap, menelan dan bernafas bersama-sama.
Masalah dalam menyelaraskan menghisap dan menelan dengan bernafas mungkin menjadi punca Sindrom Gangguan Pernafasan Bayi (RDS), komplikasi yang menjejaskan bayi pramatang.
Bayi yang terjejas oleh keadaan ini tidak dapat menahan penyusuan yang lama dan cenderung untuk mudah letih. Mereka mungkin berisiko kekurangan pemakanan.
Refleks menghisap pada bayi dan penyusuan
Refleks bayi adalah penting untuk bayi mula menyusu. Kadangkala anda sukar untuk memulakan penyusuan susu ibu, dan ini mungkin kerana anda tidak mencetuskan refleks menghisap pada bayi baru lahir.
Untuk refleks menghisap bayi areola juga perlu masuk supaya hujung puting boleh menyentuh lelangit bayi. Menghisap yang tidak betul boleh menyebabkan puting sakit yang membawa kepada penyusuan yang menyakitkan.
Proses penyusuan susu ibu sebenarnya adalah rangsangan dua hala. Payudara ibu secara automatik merangsang bibir bayi untuk mula menyusu, dan pada masa yang sama hisapan bayi merangsang ibu untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayinya.
Refleks bayi juga memberi kesan menenangkan pada bayi. Selain daripada memenuhi keperluan pemakanannya, hubungan dengan ibunya memenuhi keperluan bayi untuk berasa selamat dan selesa. Itulah sebabnya, bayi kelihatan paling selesa semasa tidur di payudara ibu.
Sebarang isu berkaitan refleks bayi baru lahir boleh menyebabkan kekurangan zat makanan pada bayi. Jika anda bimbang tentang refleks bayi anda atau perasan bahawa dia tidak mengakar, atau menghisap dengan baik, dapatkan nasihat Pakar Pediatrik anda atau Perunding Laktasi.
Semoga bermanfaat.
- 1. RSIA Puri Bunda. (2017, Ogos 10). 16 Refleks Pada Bayi Yang Harus Dikenali Sejak Lahir. https://www.puribunda.com/16-refleks-pada-bayi-yang-harus-dikenali-sejak-lahir/
Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bila Menyusu Ramai Ibu Rasa Mengantuk & Boleh Lelap Sekali Dengan Anak, Ini Sebabnya!
- Cara Merawat Demam Campak Bayi Dengan Berkesan, Bahaya Boleh Berjangkit! Ini Apa Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan
- Berat Bayi Naik Sedikit Sahaja Setiap Bulan, Adakah Ibu Patut Risau? Ini Panduan Buat Anda
- Tak Perlu Pakaikan Stokin Selepas Umur Bayi Sebulan, Si Manja Perlu Rangsangan Sensori & Kuatkan Otot Kaki