Remaja Maut Akibat Kafein Berlebihan

David meninggal dunia akibat pengambilan kafein berlebihan yang telah menyebabkan aritmia, jantung berdegup secara tidak normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

David Allen Cripe merupakan seorang remaja berusia 16 tahun. David meninggal dunia akibat pengambilan kafein berlebihan yang telah menyebabkan aritmia, jantung berdegup secara tidak normal.

Mayat David telah dibedah siasat oleh Dr. Gary Watt. Menurutnya, David mempunyai tubuh badan yang sihat sehinggalah dia melihat jantungnya. David mengalami aritma akibat pengambilan yang berlebihan di bawah dua jam.

Pengambilan kafein berlebihan boleh membawa maut

Hasil bedah siasat menunjukan  David telah mengambil kafein daripada minuman berkarbonat Mountain Dew, kafe latte dari McDonalds dan sejenis minuman tenaga dua jam sebelum kematiannya.

Jumlahnya di dalam badan David ialah 470mg berbanding 100mg sehari seperti saranan American Academic of Pediatric. 

Menurut ahli medikal dan forensik toksikologi yang turut menyertai bedah siasat, berdasarkan berat badannya, pengambilan David melebihi tahap yang selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambah Dr. Watt, ramai yang tidak sedar sebenarnya pengambilan berlebihan boleh menyebabkan artimia. David seperti anak muda yang lain, membuat sesuatu yang mereka rasa tidak merbahaya, mengambil .

Apa itu kafein?

Ia merupakan satu bahan yang pahit dan selalunya terdapat pada tumbuh-tumbuhan antaranya:

  • biji kopi
  • daun teh
  • kacang kola 
  • biji koko

Ia juga terdapat yang dibuat secara sintetik. Selalunya digunakan di dalam makanan, minuman dan ubatan. Contohnya sesetengah ubat tahan sakit. Begitu juga minuman, makanan atau snek penambah tenaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalunya seseorang itu mengambilnya melalui minuman dan secara amnya, di dalam minuman mempunyai:

  • 240ml kopi = 95-200mg 
  • 355ml kola = 35-45mg 
  • 240ml minuman tenaga = 70-100mg
  • 240ml teh = 14-60mg 

Tanda anda sudah mengambilnya terlalu banyak

Jika anda mempunyai tanda-tanda di bawah, anda mungkin mahu mengurangkan pengambilannya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • migrain
  • insomnia
  • selalu berdebar-debar (nervousness)
  • tidak senang duduk (restlessness)
  • mudah terganggu/mudah marah 
  • kerap buang air kecil atau tidak dapat mengawal kencing
  • perut tidak selesa
  • degupan jantung laju
  • otot bergegar (muscle tremors)

Kesannya terhadap orang dewasa boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan, apatah lagi pada anak muda dan bayi. 

Perkongsian ini bukanlah ingin meletakan salah pada satu-satu jenama, tetapi ingin menegaskan yang kita harus tahu apa yang kita makan atau minum.

Ramai yang memandang ringan dengan apa yang mereka masukan ke dalam badan hingga terlupa kesan sampingan sesuatu bahan.

Sumber: medlineplus

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu Menyusu Elakkan Percaya 11 Mitos Penyusuan Ini, Ia Hanya Boleh Buat Anda Terganggu

Penulis

Aqma