Resipi Rendang Daging Sedap Untuk Hari Raya Ikut Cara Che Nom

Tak lengkap raya nanti tanpa hidangan rendang daging yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Cuba resepi ini di rumah, mudah dan menjadi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rendang daging adalah salah satu menu wajib ada masa raya nanti. Kalau belum cuba lagi, apa kata masak sendiri di rumah menggunakan resepi rendang daging ikut cara Che Nom yang mudah. Sesuai untuk dijadikan menu rumah terbuka nanti!

Rendang Daging Simple

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 7-8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 15-20 tangkai cili kering
  • sedikit air

Bahan-bahan untuk sangai:

  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil biji jintan putih
  • 1 sudu kecil biji jintan manis

Bahan tambahan untuk masakan:

  • 2 cawan minyak masak
  • 1 kilo daging lembu
  • 2 cawan santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 1-2 helai daun kunyit
  • 2-3 helai daun limau purut
  • gula nisan atau gula melaka secukup rasa
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  •  
  1. Buang tulang tengah daun kunyit kemudian gulung dan hiris nipis-nipis. Simpan dalam bekas bertutup untuk elakkan daun kering.
  2. Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai.
  3. Masukkan ke dalam pengisar bahan cincang tadi, air dan cili kering yang telah direbus.
  4. Kisar halus tetapi biarkan ada serat2 halus).
  5. Potong daging arah lawan urat kepada ketulan sederhana dalam 2 inci.
  6. Sangai biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau.
  7. Masukkan rempah tadi ke dalam lesung batu dan kisar halus.

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan rempah yang telah dikisar. Kacau sikit.
  3. Masukkan santan cair dan renehkan sehingga daging masak empuk.
  4. Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat.
  5. Masukkan asam keping separuh dahulu jika besar.
  6. Masak sehingga kuah pekat.
  7. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
  8. Masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah.
  9. Masukkan gula melaka @ gula nisan.
  10. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.

Cara Jadikan Rendang Daging Wangi Dengan Daun Kunyit

  • Guna daun kunyit dan kunyit segar akan buat rendang lebih wangi dan lebih sedap. Taburkan hirisan daun kunyit di penghujung masakan. 
  • Tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan adalah salah satu cara untuk tahu arah lawan urat daging. Ia akan membuatkan daging mudah empuk dengan cepat.
  • Lebihkan sikit minyak bila menumis supaya bahan kisar dimasak garing dan naik bau. Boleh buang lebihan minyak sekiranya perlu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Terliur Melihat Hidangan Raya Orang Dewasa? 7 Resepi Makanan Baby 6 Bulan Edisi Raya, Lengkap Dengan Nutrisi!

Baca juga: Bosan Dengan Menu Berbuka Biasa? Cuba Hidangan Hari Raya Unik & Lazat Ini

Baca juga: Menu Hari Raya Rumah Terbuka Yang Jarang Orang Buat & Jadi Kesukaan Para Tetamu

Penulis

Noorhidayah