Rengat Selepas Bersalin Tanda Rahim Sedang Mengecut! Doktor Kata Ia Normal, Ini 6 Cara Atasinya!

Pernahkah anda rasa sakit rengat selepas bersalin? Rasa seperti macam sedang contraction sekali lagi kan? Rasa nak give up dibuatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda rasa sakit rengat selepas bersalin? Rasa seperti macam sedang contraction sekali lagi kan? Rasa nak give up dibuatnya tambah-tambah lagi jika bayi meragam pula.

Ada yang kata sakit rengat ini seperti sakit senggugut tetapi lebih kuat daripada senggugut. Hanya yang pernah rasa saja tau seksanya. Tidak tergambar oleh kata-kata. 

Jika yang pernah merasa pasti jika boleh tak mahu rasa lagi sakit rengat selepas bersalin ini. Pasti setiap wanita yang pernah melahirkan dan berpantang serta pernah diserang rengat selalu teringat-ingat kesakitan tersebut. mengapa sebenarnya terjadi sakit rengat selepas bersalin?

Rengat selepas bersalin tanda rahim sedang mengecut

Merengat ini suatu perkara normal menandakan uterus atau rahim sedang mengecut, kembali kepada keadaan asalnya sebelum mengandung.

Katanya rasa merengat ini akan menjadi lebih kerap kalau ibu menyusukan badan. Itu adalah normal. Tetapi jika sakit tidak tertahan sangat, eloknya berjumpa doktor dan buat pemeriksaan lanjut.

Menurut patient saya, katanya rengat ni macam sakit senggugut. Ada yang kata sakit macam nak beranak lagi tetapi tiadalah keluar baby sekali lagi pun!

Jadi anda yang tidak pernah rasa mungkin boleh bayangkan sedikit bagaimana rasanya sakit rengat ini kan. Serba tak kena jadinya nanti. Duduk tak kena, berdiri tak kena baring pun tak kena. Ibarat macam sedang contraction semasa bersalin! Bukan main-main sakitnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia boleh terjadi kepada sesiapa saja

Tidak semestinya jika pada kandungan yang pertama anda tidak mengalaminya, anda boleh terlepas pada kandungan kedua. Rengat boleh terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengira usia dan orangnya.

Menurut perkongsian, Salju Warisan Ibu, rengat ni sebenarnya rasa sakit macam sengugut atau rasa macam contraction. 

Sakit ini trjadi  disebabkan pengecutan peranakan ibu lepas melahirkan. Memang rengat ni terjadi selepas bayi dilahirkan tidak mengira anak yang keberapa. Jika ia mahu terjadi, memang secara tiba-tiba akan terjadi. Berpeluh juga dibuatnya dalam menahan kesakitan itu!

Diikutkan, rengat ni bukanlah satu masalah serius dan berbahaya. Sebabnya kalau diikutkan logik  rahim kita sudah menghabiskan masa selama 9 bulan untuk membesar.

Lebih kurang 25 kali lebih besar daripada saiz asal. Sebenarnya  rengat ni membantu rahim kita untuk mengecut kembali dalam masa 4 ke 6 minggu selepas melahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak bahaya tapi buat ibu tak selesa

Ada juga yang kata, bagi ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri maka mereka berisiko mendapat sakit rengat. Menurut bidan urut berpengalaman, kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu yang diserang rengat sama seperti kesakitan kontraksi hendak melahirkan anak.

Ketulan darah yang bergerak-gerak dalam rahim ibu atau merian seolah-olah seperti ada seorang bayi lagi yang perlu dikeluarkan.

Biarpun semasa proses kelahiran, darah kotor ibu sudah keluar banyak bersama uri namun sekiranya tertinggal secebis darah, rasa sakit rengat tetap dirasakan oleh ibu.

Kesannya ibu mungkin mengalami masalah rahim yang tidak mengecut. Perut ibu tetap buncit sehingga menyebabkan bentuk badan serta wajah sembab atau masih kelihatan seperti wanita hamil. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun tidak merbahaya tetapi ia menyebabkan ketidak selesaan pada ibu. Ada ibu yang sampai hampir terlepas bayi yang dipegang kerana terlampau sakit. Biasanya doktor akan bagi ubat tahan sakit untuk melegakan sakit berkenaan. 

6 petua atasi rengat selepas bersalin.

#1. Bertungku

Menggunakan tungku moden atau tungku tradisional (batu sungai), ianya dapat meredakan kesakitan dan mengeluarkan lebih banyak lagi darah terkumpul dari dalam peranakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya menghadapi kesulitan untuk mendapatkan batu tungku atau batu sungai, boleh gunakan beras atau pasir yang dipanaskan sebagai alternatif. Terdapat juga ibu yang menggunakan cara moden seperi tungku bantal atau sterika untuk bertungku dengan segera. Tetapi hati-hati jika menggunakan sterika kerana ditakuti akan mendatangkan kecederaan.

#2. Berurut

Kredit: PantangPlus

Kebanyakan ibu akan membuat urutan selepas bersalin, maklumkan pada orang yang mengurut tentang masalah rengat yang dihadapi. Urutan juga dapat mengeluarkan darah yang terkumpul dalam peranakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Sapu minyak panas

Ini adalah kaedah biasa apabila mengalami rengat, minyak yang panas dapat meredakan rengat.

#4. Pakai stokin, baju lengan panjang

Pemanasan badan dapat mengurangkan kesan rengat.

#5. Letakkan botol berisi air panas di tempat yang sakit

Kaedah ini menyerupai rawatan bertungku.

#6. Ambil ubat tahan sakit

Ini adalah alternatif terakhir sekiranya ibu tidak dapat menahan kesakitan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.

Terdapat ibu-ibu yang tidak mengalami rengat atau kesakitan selepas bersalin. Jangan bimbang, ini tidak bermakna peranakan anda tidak mengecut.

Bagi ibu-ibu yang mengalami rengat, sekiranya sakit bertambah teruk dan pendarahan semakin banyak, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  6 tips mudah dan berkesan untuk kurangkan rasa sakit selepas bersalin

Baca juga: 3 Jenis BENTAN Selepas Bersalin Yang Ibu Wajib Tahu, Bahaya Kalau Tumpah Darah

Baca juga: Jika Anda Sedang Berpantang, Tolong Jangan Ambil Ringan 5 Jenis Jangkitan Selepas Bersalin Ini!

Penulis

Lala Annuar