Tiga Anak Hilang Tempat Bergantung, Ibu & Ayah Terkena Renjatan Elektrik Di Bilik Air

Renjatan elektrik boleh berlaku di dalam rumah disebabkan oleh pelbagai faktor. Siapa sangka kali ini ia meragut nyawa pasangan suami isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitulah nasib dialami tiga anak yang hilang tempat bergantung dan bermanja selepas ibu bapa mereka meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Suami isteri terkena renjatan elektrik ditemui terbaring tidak bernyawa
  • Renjatan elektrik, anak perempuan jadi saksi 
  • Bantu anak kecil yang kehilangan ibu ayah mereka

Berdasarkan agensi Bernama, siasatan polis mendapati kanak-kanak lingkungan umur 2 hingga 10 tahun iaitu dua lelaki dan seorang anak perempuan kehilangan ibu bapa mereka yang bekerja sebagai buruh kebun serta berasal dari Sarawak.

Suami isteri terkena renjatan elektrik ditemui terbaring tidak bernyawa

Kejadian tersebut dilaporkan di sebuah flat di Taman Puncak Tringkap, Brinchang di Cameron Highlands pada 10 Mac waktu pagi.

Laporan itu menyebut, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf yang dipetik berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 9.45 pagi dan sebaik tiba, pasangan suami isteri tersebut terbaring di bilik air rumah di tingkat 2, flat lima tingkat tersebut.

“Sampai di tempat kejadian, kami mendapati masih ada arus letrik di sekitar bilik air dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), dipanggil untuk membantu mematikan arus eletrik rumah.

“Siasatan awal menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri, 35, dipercayai terkena arus elektrik ketika cuba membantu suaminya, 46, yang sedang mandi menggunakan pemanas air semasa kejadian berlaku,” menurut laporan berita itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Renjatan elektrik, anak perempuan jadi saksi 

Dalam laporan itu turut menyebut, Ramli berkata, menurut saksi iaitu anak perempuan mangsa berusia 10 tahun, ketika kejadian ibunya sebelum itu meminta pertolongan dari bilik air supaya mengambil kayu dipercayai untuk digunakan sebagai penebat arus letrik, bagi membantu bapanya yang terkena renjatan pada masa itu.

“Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata untuk bedah siasat, manakala ketiga-tiga anak pasangan itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan anak-anak mangsa,” katanya dan menambah tiada unsur jenayah yang berlaku dan siasatan lanjut masih diteruskan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bantu anak kecil yang kehilangan ibu ayah mereka

Tidak dapat bayangkan keadaan ketiga-tiga kanak-kanak tersebut menjalani kehidupan hariannya tatkala kehilangan ibu bapa yang menjadi tempat bergantung hidup dan bermanja.

Tiada lagi gelak ketawa bersama, berkongsi cerita suka duka di saat kesemua mereka yang masih kecil belum berupaya berdikari sepenuhnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laman web GoodTherapy, apabila kanak-kanak kehilangan ibu ayah, ia akan mewujudkan pergolakan emosi untuk memahami kejadian yang berlaku.

Kebiasaannya, kanak-kanak tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan perasaan itu.

Justeru, bagi mereka yang masih hidup sama ada  ibu, bapa, penjaga dan orang dewasa di sekelilingnya mempunyai tugas yang sukar membantu kanak-kanak dalam proses kesedihan mereka seterusnya meneruskan kehidupan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Perkara paling penting bagi orang dewasa untuk membantu kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa adalah memberi masa kepada mereka mengharungi kesedihan yang dilalui. Ia tidak berlaku dalam masa tertentu dan setiap kanak-kanak sudah tentu berbeza penerimaan dalam menghadapi situasi ini.
  • Orang dewasa boleh menggalakkan kanak-kanak berkongsi perasaan tanpa menghakimi mereka. Sebolehnya tidak menggunakan perkataan seperti ‘seharusnya’ atau ‘tidak boleh’ apabila berbual bersama kanak-kanak mengenai kehilangan atau trauma yang dilalui mereka. Kita juga boleh memudahkan rasa kebersamaan atau berkongsi kesedihan dalam memastikan mereka tidak berasa bersendirian.
  • Bagi ibu bapa yang hidup juga berdepan cabaran dalam memberi sokongan kepada anak seperti mana mereka menghadapi kesedihan itu. Ada ibu bapa yang merasakan cenderung untuk melalui proses ini secara peribadi dengan percaya bahawa, ia adalah terbaik bagi melindungi anak. Walau bagaimanapun, wajar sebenarnya membenarkan anak-anak melihat orang dewasa bersedih kerana ini memberi isyarat kepada mereka mengenai kesan kehilangan. Secara terbuka, mereka akan menyatakan kesedihan dan objektif ini adalah untuk membantu kanak-kanak memahami mereka disayangi, disokong selain tidak bersendirian menghadapi proses kesedihan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Sayu Tengok Anak Terpaksa Tidur Atas Tikar Di R&R, Terpaksa Keluar Dari Rumah Sewa

Baca juga: Anak Sanggup Berhujan & Berpanas Teman Ayah Jual Aiskrim, Tertidur Kerana Kesejukan

Baca juga: Baru Umur 11 Tahun Dah Boleh Harap, Anak Lelaki Dipuji Pandai Jaga Adik & Memasak