Jangan Buang Lebihan Nasi, Boleh Buat Kuih! Resepi Apam Nasi Mudah Ini Boleh Dicuba

Kami kongsikan resepi apam nasi yang mudah ini untuk anda cuba sebagai hidangan minum petang anda sekeluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain enak dibuat nasi goreng, lebihan nasi semalam juga enak jika dibuat apam nasi yang memang sinonim dengan masyarakat kita. Cara penyediaannya juga sangat mudah, sangat sedap jika dimakan bersama kelapa parut. Jom tengok resepi apam nasi yang dikongsi oleh Puan Habsah Ngah di laman Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN).

Bahan-bahan :

  • 1 cawan nasi sejuk 
  • 3/4 cawan gula
  • 2 cawan air suam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 peket yis
  • Garam sedikit
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara penyediaan :

1. Kisar nasi, gula,dan  air sampai halus. Gaul sebati masukkan dalam bekas.

2. Masukkan pula tepung gandum, tepung beras, yis, garam dan baking powder dan gaul hingga sebati. Adunan memang agak  pekat dan perap selama satu jam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Bila dah perap, adunan akan menjadi lembut dan ringan. Bila adunan dah kembang, gaul sedikit. 

4. Boleh asingkan dengan buat beberapa bahagian, tambah pewarna. Kalau nak satu warna pun boleh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
5. Kemudian panaskan pengukus dahulu. Acuan jangan lupa sapu minyak dahulu supaya mudah nak keluarkan nanti. Kalau acuan kecil hanya ambil masa 10 minit sahaja untuk apam nasi masak. Siap!

6. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Tips :

  • Untuk hilangkan pedas dalam blender, kisar 1 cawan air dan 1 sudu besar garam.
  • Tapis adunan apam dengan penapis jarang untuk tapis ketulan tepung.
  • Letak 1-2 titik sahaja pewarna kalau nak warna adunan pastel.
  • Jangan buka penutup semasa mengukus, ia akan menggangu proses dan hasil apam nanti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Serawa Durian Pekat & Berkrim, Sedapnya Makan Bersama Keluarga

Baca juga : Resepi Kuih Kaswi Gedik Viral Perisa Jagung Lemak Manis Ikut Sukatan Cawan

Baca juga : Donut Asyik Tak Menjadi? Boleh Cuba Cara Buat Donut Gebu Mudah Ini, Guna Cawan Sahaja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi