Senarai Resepi Baby 7 Bulan Yang Special & Mudah Untuk Si Manja, Ibu Patut Cuba!

Resepi baby 7 bulan yang mudah dan special ini patut ibu cuba di rumah. Ia bukan saja berkhasiat, malah lain daripada yang lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi anda dah masuk tujuh bulan dan ingin perkenalkan makanan baru untuk mereka? Kali ini kami kongsikan resepi baby 7 bulan yang ibu boleh cuba di rumah. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Resepi baby 7 bulan lain dari yang lain untuk anda cuba
  • Resepi bayi 7 bulan : mango sorbet, nasi goreng ayam labu, apple crumble

Perkongsian kreatif daripada di laman facebook, Alin Abdullah ini ternyata memberi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana untuk menyediakan hidangan berkhasiat untuk bayi.

Apa yang penting barangan yang digunakan kebanyakannya organik dan selamat untuk bayi!

Resepi baby 7 bulan lain dari yang lain untuk anda cuba

Mungkin jarang kita dengar bayi tujuh bulan makan pelbagai resepi. Tapi dengan perkongsian ini, ia mampu memberi idea kepada ibu atau ayah untuk sediakan menu untuk anak.

#1. Kuih lapis labu

Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu full cream
  • Puri labu
  • 1 cawan tepung beras
  • 1⁄4 cawan tepung gandum
  • 1⁄4 cawan tepung jagung

Cara-caranya:

  • Panaskan pengukus
  • Dalam periuk lain, panaskan susu full cream sehingga suam (jangan panas mendidih)
  • Satukan kesemua bahan-bahan dalam mangkuk
  • Masukkan susu full cream suam tadi
  • Gaul hingga sebati dan pastikan tidak berketul
  • Bahagikan kepada 2 bahagian
  • 1 bahagian warna putih (asal), 1 bahagian lagi warna kuning (masukkan puree labu dan kacaukan)
  •  Dalam bekas / loyang yang bersesuaian, masukkan lapisan pertama kuning
  •  Masak selama 5 minit
  • Masukkan lapisan kedua putih pulaMasak selama 5 minit
  • Ulang step yang sama sehingga habis adunan
  • Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit
  • Tambahkan lagi 5 minit kukus dengan membuka tutup pengukus
  • Pastikan kuih telah sejuk sepenuhnya barulah potong

Tips:
-Balut penutup kukus dengan kain untuk mengelakkan wap air dari jatuh ke atas kuih.

#2. Menu bayi 7 bulan: Roti jala kari ayam 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

Roti Jala

  • 1⁄2 sudu kecil minyak masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1⁄2 cawan susu full cream
  • Serbuk kunyit (sebagai pewarna kuning)

Kari ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1⁄2 sudu kecil minyak masak
  • Bawang holland – dikisar
  • Bawang putih – dikisar
  • Serbuk kari organic @loveearthorganic
  • Susu full cream
  • Air
  • Ayam – dicincang
  • Lobak merah
  • Kentang
  • Daun kari

Cara-caranya:

Roti jala

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender
  • Blend hingga sebati
  • Masukkan adunan ke dalam botol roti jala
  • Panaskan kuali non stick
  • Jalakan adunan tadi didalam kuali menggunakan api kecil supaya roti jala tidak cepat garing
  • Apabila telah kekuningan dan masak, boleh terus angkat tanpa perlu terbalikkan
  • Lipat roti jala ikut kreativiti
  • Ulang proses menjala sehingga adunan habis

Kari ayam

  •  Panaskan non stick pan dengan minyak masak
  • Buka api sederhana
  • Tumis bawang holland & bawang putih
  • Masukkan sedikit serbuk kari organic @loveearthorganic
  • Tumis sebentar
  • Masukkan ingredients bertanda
  • Masukkan ingredients bertanda
  • Kacaukan bila perlu
  • Pastikan kesemua ingredients telah dimasak sepenuhnya
  • Hidangkan roti jala bersama kari ayam

Resepi bayi 7 bulan : mango sorbet, nasi goreng ayam labu, apple crumble

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Manggo sorbet

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga – potong dadu dan bekukan semalaman
  • 1 tsp jus lemon

Cara-caranya:

  • Keluarkan mangga frozen dari peti sejuk
  • Biarkan mangga frozen berada diluar selama 5 minit
  • Blend kesemua bahan-bahan
  • Masukkan ke dalam bekas bertutup
  • Simpan dalam peti sejuk beku selama 2 jam
  • Keluarkan bekas dari peti sejuk
  • Cedok menggunakan ice cream scooper

#4. Makanan bayi 7 bulan: Nasi goreng ayam labu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  •  1⁄2 sudu kecil unsalted butter
  •  1⁄4 sudu kecil serbuk ayam homemade
  • Bawang holland – tumbuk
  • Bawang putih – tumbuk
  • Nasi
  • 1 cube chicken feet stock
  • 1 cube mirepoix
  • 1 tbsp puree labu
  • Isi ayam – cincang
  • Lobak merak – cincang

Cara-caranya:

  • Panaskan kuali dengan unsalted butter
  • Buka api sederhana
  • Tumis bawang holland dan bawang putih
  •  Masukkan bahan-bahan lain
  •  Kacaukan seketika
  • Pastikan ayam dan lobak merah telah dimasak sepenuhnya
  •  Masukkan nasi
  • Perasakan dengan serbuk ayam homemade

#5. Apple crumble

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 biji epal – buang kulit dan hiris
  • 1 sudu besar organic instant oats
  •  2 sudu besar organic instant oats
  • 1 sudu besar unsalted butter
  • Secubit serbuk cinnamon ground

Cara-caranya:

Lapisan bawah

  • Kukus epal sehingga lembut
  • Masukkan ke dalam bekas
  • Masukkan sedikit susu full cream untuk mengelakkan epal kering setelah dibakar

Lapisan atas

  • Blend kesemua bahan berserta dua sudu besar organic instant oats
  • Gaul bersama 1 tbsp organic instant oats
  • Tabur atas bekas epal tadi
  • Bakar dalam oven pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga golden brown
  • Sedia dimakan suam

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu, Jom Cuba Resepi Makanan Bayi 7 Bulan Yang Unik, Sedap & Berkhasiat Ini Pula!

Baca juga: 15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!

Baca juga: Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!

Penulis

Lala Annuar