Resepi Bayi 7 Bulan Yang Tinggi Karbohidrat & Protein, Bantu Naikkan Berat Badan Si Manja

Resepi bayi 7 bulan tidak semestinya bubur nasi sahaja. Ibu boleh pelbagaikan menu makanan bayi 7 bulan yang bergoreng dan bertumis pula

Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada si manja, anda perlulah try and error pelbagai makanan dengan tekstur sesuai agar si manja dapat menikmatinya. Justeru kami kongsikan beberapa resepi bayi 7 bulan ke atas sebagai panduan para ibu.

Selain menyediakan bubur nasi atau puri buah-buahan, sebenarnya anda jangan berasa takut untuk mengubah menu simple kepada lebih special melalui kombinasi bahan buat si manja.

Resepi bayi 7 bulan yang mudah dan berkhasiat

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Nurul Liyana, ketika bayi sudah memasuki usia 7 bulan, ibu-ibu sudah boleh memperkenalkan mereka dengan menu bayi 7 bulan jenis yang bertumis atau bergoreng.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyediakan hidangan sup atau singgang. 

Ketika usia ini juga, makanan baby boleh dipelbagaikan seperti kentang goreng, cucur, cekodok dan banyak lagi mengikut penerimaan si kecil. Selain itu, bayi perlu diperkenalkan dengan menu makanan berasaskan tepung.

Namun ramai ibu mempersoalkan jenis tepung apakah yang sesuai? Jawapannya ialah unbleached flour iaitu tepung gandum tanpa bahan peluntur. Jadi, ibu boleh memberikan anak makan kuih cek mek molek, potato stick dan lain-lain.

Boleh juga tambah unsalted butter ketika membuat biskut bayi atau ayam buttermilk bagi membangkitkan selera si manja. 

Menu makanan bayi 7 bulan jenis mee juga boleh diperkenalkan. Sebagai contoh, ibu masak bihun goreng, bihun sup atau bihun tomyam. Selain itu, oat juga sangat sesuai dimasukkan dalam menu bayi 7 bulan.

Anda boleh menggunakan jenama orang dewasa, organik atau jenama oat yang khusus untuk bayi dan kanak-kanak. Asalkan bahan-bahan masakan ibu tidak mengandungi sebarang tambahan garam ya!

Saya paling suka menggunakan oat sebab ia sesuai dijadikan menu sarapan pagi yang mudah dan pantas.

Biasanya oat digabung dengan buah, atau oat bersama buah dan biskut bayi. Anda juga boleh buat pankek dan biskut bayi homemade juga dengan hanya menggunakan oat ini!

#1. Nasi goreng mirepoix

Resepi makanan bayi 7 bulan ini amat mudah disediakan. Lagipun saiz hidangan untuk si manja hanya sedikit memandangkan perutnya masih kecil.

Nasi goreng mirepoix ini lengkap dengan sumber karbohidrat, protein dan juga vitamin.

Bahan-bahan untuk resepi makanan bayi 7 bulan:

  • Nasi
  • Telur
  • Unsalted butter atau minyak zaitun
  • Lada hitam
  • Mirepoix 
  • Veggie stock

Cara-cara memasak

  1. Goreng telur hancur menggunakan unsalted butter. Masukkan mirepoix, veggie stock dan sedikit air.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain, gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.

#2. Sweet potato keria

Resepi makanan bayi 7 bulan menggunakan kentang manis mungkin menjadi hidangan terbaik untuk waktu snacking atau makan petang.

Cara pemberiannya adalah potong kepada beberapa bahagian yang kecil. Ibu jangan risau jika bayi tiada gigi, mereka masih boleh mengunyah menggunakan gusinya yang kuat!

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Kukus ubi keledek sehingga empuk. Kemudian lenyekkan sehingga hancur. Masukkan tepung gandum dan adun sempurna.
  2. Goreng sehingga masak dan siap!

#3. Chicken buttermilk

Resepi makanan bayi 7 bulan ini paling populor dalam kalangan ibu. Rasanya yang berlemak dan sedap mampu memikat selera si manja untuk makan lebih banyak.

 

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Mirepoix
  • Tepung jagung + air
  • Serbuk ikan bilis
  • Bawang putih dan daun kari
  • Unsalted butter

Cara memasak

  1. Perap ayam dengan mirepoix, tepung jagung dan serbuk ikan bilis. Lagi lama lagi sedap. Kemudian goreng sehingga masak.
  2. Cairkan unsalted butter dan tumis bawang putih. Masukkan pula susu, daun kari dan bancuhan tepung jagung.
  3. Kacau sehingga ia sedikit pekat. Tuang kuah buttermilk ke atas ayam dan siap untuk dihidang.

#4. Singgang ikan

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa resepi baby 7 bulan ini amat digalakkan kerana ia membantu mempercepatkan proses pemulihan sekiranya bayi demam ataupun selesema.

Manfaat bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup dikatakan dapat mengurangkan gejala batuk serta menurunkan panas dalam badan.

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • Ikan
  • Lobak merah, saderi dan kacang pis
  • Serbuk ikan bilis

Cara memasak

  1. Tumbuk bawang, kunyit dan lengkuas. Kemudian tumiskan.
  2. Tambah lobak merah, saderi dan kacang pis. Biarkannya sehingga empuk.
  3. Masukkan ikan dan serbuk ikan bilis. Reneh sehingga ia masak.

#5. Tomyam ayam

Tomyam ayam antara resepi baby 7 bulan yang paling mudah untuk ibu sediakan. Selain hidangkannya bersama nasi, anda juga boleh sajikan bersama dengan mee bayi.

Bahan-bahan untuk resepi makanan bayi:

  • Halia
  • Serai
  • Ayam
  • Kubis
  • Lobak merah
  • Daun limau
  • Bawang putih
  • CFS homemade
  • Bawang holland
  • Tomato paste

Cara memasak

  1. Tumis bawang, serai, halia dan daun limau
  2. Masukkan pula air, ayam serta lobak merah
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Renehkan sehingga ia masak.

#6. Nasi impit goreng

Nasi impit goreng antara resepi makanan bayi yang jarang dikongsi oleh ibu.

Sekali sekala cubalah berikannya kepada bayi untuk pelbagaikan menu. Anak yang sudah terbiasa dengan bermacam-macam makanan sejak dari kecil kebiasannya kurang masalah memilih makanan.

Bahan-bahan untuk resepi makanan bayi:

  • Ayam
  • Nasi impit (beli yang segera)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 kiub CFS baby homemade
  • 1-2 kiub tomato paste homemade

Cara memasak makanan baby

  1. Tumis bawang, masukkan tomato paste dan tumis sehingga sedikit kering.
  2. Masukkan air, ayam dan CFS. Kacau-kacaukan sehingga ia sebati.
  3. Setelah kelihatan hampir kering, masukkan pula nasi impit yang telah dipotong. Gaul sebati dan siap untuk hidang makanan baby. 

Hanis Zalikha resepi makanan bayi 7 bulan

Selain beberapa menu di atas, ibu juga boleh mencuba perkongsian Hanis Zalikha resepi makanan bayi 7 bulan.

#1. Nasi tomato versi bayi

Hanis Zalikha resepi makanan bayi 7 bulan biasanya jenis yang mudah dan lengkap dengan nutrisi.

Bahan-bahan:

  • Nasi yang dimasak tidak terlalu keras
  • Tomato segar

Cara-cara resepi bubur nasi:

  1. Rebus kedua-dua bahan dan kisar kedua-duanya hingga halus.

Tomato kaya dengan khasiat Vitamin A dan Vitamin C. Sebahagian besar kandungan di dalam tomato boleh bertindak untuk kesihatan kulit serta mengelakkan daripada masalah kerosakan sel kulit.

#2. Nasi, ayam tumis minyak Zaitun dan kepingan keju nipis

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Isi ayam
  • Minyak zaitun
  • Kacang edamame
  • Keju nipis

Cara memasak:

  1. Masak nasi sehingga kembang
  2. Tumis ayam menggunakan minyak zaitun. Masukkannya ke dalam nasi
  3. Rebus kacang edamame hingga empuk. Masukkan kepingan keju nipis untuk rasa lemak masin

#3. Avokado, bayam dan oat organik

Pagi-pagi lagi Chef Mommynis sudah sediakan makanan baby Yusuf. Avokado + sayur bayam organik + cooked organic oats. Lepas itu kisarkan ia halus-halus supaya cukup untuk jadi puree pagi dan puree petang.”

Cara buat CFS baby dan manfaatnya

Memandangkan bayi tidak boleh mengambil gula, garam ataupun MSG, chicken feet stock atau CFS boleh menjadi penambah perasa dalam makanan si manja.

CFS baby amat berkhasiat kerana menggunakan kaki ayam sebagai bahan utama. Ibu juga boleh simpan dalam peti sejuk beku dan masukkannya dalam masakan.

Bahan-bahan untuk buat CFS baby ini adalah:

  • 700g kaki ayam (nak tekstur jeli guna kaki ayam)
  • 1 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang lobak merah
  • Saleri (lagi banyak lagi bagus , bagi rasa masin )
  • rempah 4 sekawan
  • herba campuran
  • 1 sb minyak zaitun
  • 12 biji tomato ceri
  • air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Satukan ke semua bahan ke dalam periuk dan masak selama 7 jam (bergantung kepada jenis periuk yang digunakan)
  2. Kemudian, tapiskan bahan bahan tersebut sambil lenyek
  3. Buang bahan tapisan dan ambil airnya sahaja
  4. Masukkan ke dalam bekas kecil agar mudah untuk digunakan nanti.
  5. Simpan di dalam peti bahagian sejuk beku.

Nota: Bahan tambahan yang lain boleh dimasukkan, mengikut kesesuaian bayi anda.

Periuk yang sesuai untuk buat CFS baby

1. Periuk Kaca
2. Periuk Tanah
3. Seramik
4. Stainless Steel

Periuk aluminium dan non stick tidak boleh digunakan sebab ia akan bertindak balas dengan asid dan jadi toksik. Aluminium pula larut dan akan menjadi racun.

Rice cooker boleh digunakan jika inner pot dia bukan aluminium. Namun kebiasaannya rice cooker guna aluminium,jadi elakkan.

Tempoh memasak: reneh lagi lama lagi berkhasiat, gunakan api kecil. 

👉 dapur biasa 4 -5 jam
👉 slow cooker 7 – 8jam
👉 pressure cooker 1 jam ( cuma kena pastikan inner pot dari stainless steel)

Resepi bubur nasi untuk anak 7 bulan

#1. Resepi bubur nasi cheese

  • Beras
  • Brokoli
  • Krim keju
  • Minyak zaitun

Cara penyediaan resepi bubur nasi:

  1. Masak kesemua bahan di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga beras menjadi nasi. Kemudian sejukkan dan kisar sehingga hancur.

  2. Sedia untuk dihidangkan.

#2. Bubur nasi style McDonalds

  • Beras
  • Ayam
  • Bawang putih
  • Bunga kubis
  • Lobak merah
  • Minyak bijan (4 titik)
  1. Masak kesemua bahan di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga beras menjadi nasi. Kemudian sejukkan dan kisar sehingga hancur. Siap!

#3. Bubur nasi tomyam

  • Beras
  • Buah mangga
  • Sayur sawi
  • Minyak zaitun

Cara penyediaan resepi bubur nasi

  1. Masak kesemua bahan di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga beras menjadi nasi. Kemudian sejukkan dan kisar sehingga hancur.

Cara masak bubur nasi untuk bayi

Bagi ibu yang baru pertama kali, anda mungkin tidak berapa tahu cara masak bubur nasi bayi dengan betul dan cepat kan?

Justeru kami kongsikan cara masak bubur nasi untuk panduan anda.

  1. Basuh bersih beras. Terpulang nak guna berapa banyak beras. Kalau nak buat stok banyak, letaklah banyak.
  2. Buang air atau tapis.
  3. Masak atas kuali tanpa minyak (sangai) sehingga beras kering seperti asal menggunakan api sederhana
  4. Sejukkan sekejap beras. Kisar menggunakan pengisar kering hingga halus
  5. Simpan dalam bekas kedap udara
  6. Bila nak buat bubur baby, anggarkan 1 sudu besar untuk sekali makan. Sukatan air pula agak-agak. Pastikan ia masak sehingga kembang sebelum diberikan pada si manja.

Jadual makanan bayi 7 bulan

#1. Sarapan pagi (jam 7 hingga 9)

Berikan bayi anda lebih kurang 150 ml susu ibu atau susu formula sebelum berikan makanan pejal untuk sarapan pagi.

Untuk menu sarapan pula, ibu boleh cuba untuk berikan tiga ke empat sudu besar bijirin beras atau oat yang dicampur dengan 60 ml susu.

#2. Tengah hari (12-2petang)

Jadual makan bayi 7 bulan untuk tengah hari hendaklah bermula jam 12 petang. Kebiasaannya menu makan tengah hari adalah jenis berat seperti nasi, mee ataupun pasta.

#3. Petang (4 atau 5 petang)

Makanan untuk petang biasanya jenis yang ringan. Ibu boleh beri biskut ataupun buah-buahan yang dilenyek halus.

#4. Makan malam

Untuk makan malam, ibu boleh suapkan makanan jenis berat sebelum jam 7 malam. Seterusnya barulah boleh mandikan si manja dan bersedia untuk tidurkannya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Cheesecake Baby 7 Bulan Guna Tiga Bahan Sahaja, Berkesan Pikat Selera Si Manja

Baca juga:  Resepi Bayi 10 Bulan Yang Mudah & Berkhasiat, Mampu Pikat Selera Anak Makan Banyak

Baca juga: Resepi Bayi 9 Bulan Yang Sedap & Naikkan Selera Si Manja, Bantu Tambah Berat Mereka