Resepi Berbuka Puasa Untuk Diet, Boleh Hilang 10KG Tau! Raya Nanti Confirm Boleh Pakai Kebaya
Kali ini khas untuk anda yang sedang berjuang untuk pakai kebaya raya nanti, kami kongsikan resepi diet berbuka puasa untuk anda cuba! Semoga berjaya!
Bila tiba bulan puasa, ramai yang mengadu diet ke laut sebabnya selalu teringin nak makan yang manis-manis terutamanya. Jadi kali ini kami kongsikan, resepi berbuka puasa untuk diet!
Seperti yang dikongsikan wanita ini, Wani Mustafa, berpuasa di bulan Ramadan bukanlah penghalang untuknya meneruskan misi diet yang dibuat selama ini.
Malah katanya ia jadi lebih mudah kerana badan sudah terbiasa untuk berpuasa. Kuncinya, nak atau tak nak saja sebenarnya. Jadi bagi yang sedang berdiet, jangan putus ada ya di bulan puasa. Mana tahu boleh pakai kebaya semula!
Resepi berbuka puasa untuk diet, nak kurus cubalah!
Ramai yang kata bulan puasa ni makanlah apa saja yang anda mahu kerana jarang menu-menu menarik keluar ketika bulan lain tetapi ia banyak dijual atau disediakan pada bulan puasa.
Bagaimana pun, bagi yang sedang berjuang untuk mendapatkan berat ideal atau mahu kurus daripada yang sebelumnya, mesti struggle juga nak berdiet kan, yelah makanan sedap-sedap terhidang depan mata. Telan air liur saja melihatnya.
Tetapi jika anda benar-benar tekad ia bukanlah penghalang untuk anda berkebaya di pagi raya nanti. Jom ikuti perkongsian resepi berbuka puasa untuk diet bagi wanita ini.
Dia bukan hanya berkongsi resepi berbuka puasa untuk diet yang diamalkannya tetapi juga keseluruhan menu dari sahur untuk anda cuba!
#1. Sahur
Kata wanita ini, untuk sahur anda perlu ambil karbohidrat untuk kekalkan tenaga seharian
1. Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ni boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing2.
2. Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet brown rice.
3. Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur.
4. Biasanya wani ambil 3 roti wholemeal cicah dengan mila coklat, itu je. Kenyang sampai berbuka. Sebab dalam mila coklat slym ada rolled oat, badam, kurma so dah cukup bagi rasa kenyang dan bekalkan tenaga seharian wani. Kalori dalam mila coklat 110 kalori sahaja tapi kenyang macam makan nasi 200 kalori. Tapi kalau jenis kena makan nasi boleh ambil nasi takda masalah
Kesimpulan menu:
- Roti wholemeal 3 keping, cicah milo coklat
- Kurma
- Beras perang
#2. Berbuka puasa
1. Minum segelas air masak dan makan kurma
2. Wani akan minum secawan mila coklat supaya wani rasa kenyang jadi nafsu nak makan itu ini dah berkurang.
3. Makan nasi segenggam, lebihkan sayur (ni memang letak banyak) ikan atau ayam. Better masak sendiri lauk2 ni dari beli dekat bazaar sebab bila masak sendiri lebih healthy dan rendah kalori.
4. Tak minum air manis langsung. Sebab ini la punca berat badan susah turun.
5. Tak ambil ais langsung. Kalau nak minum sejuk2 letak la dalam peti ais.
6. Tak makan kuih muih yang manis itu. Benda2 manis semua wani elakkan kecuali kurma je wani ambil.
Kesimpulan menu:
- Segelas air masak dan kurma
- Secawan milo coklat
- Makan nasi segenggam, lebihkan sayur-sayuran, ikan atau ayam.
- Tidak minum air manis atau berias dan tidak makan kuih muih yang manis (elak ambil makanan manis)
#3. Moreh
1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter
2. Makan buah buahan. buah feveret wani adalah tembikai dan limau
3. Minum teh detox (takda gula gaiss, apa apa jenama pun takpe)
4. Atau boleh ratah lauk2 berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah2nya okey.
Kesimpulan menu:
- Roti wholemeal dan peanut butter
- Buah-buahan (tembikai, limau)
- Air teh detox (tidak kisah sebarang jenama)
- Ratah lauk sahaja (lauk berbuka sebelum ini)
Tips tambahan
Jika larat, selain amalkan resepi berbuka puasa untuk diet, boleh lakukan senaman 20 hingga 30 minit. Boleh juga gantikan dengan aktivti kemas rumah!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Wani Mustafa
Baca juga: Resepi Overnight Oat Untuk Menu Sahur Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Kenyang Lebih Lama!