Resepi Bergedil Daging berasal dari masakan Melayu dan juga popular dalam masakan Indonesia. Dengan teksturnya lembut dan kaya dengan rasa, menjadikannya sesuai sebagai pelengkap hidangan soto ayam atau bihun sup.
Ia adalah hidangan yang agak berkalori tinggi kerana mengandungi karbohidrat dari kentang, protein dari daging dan lemak dari proses menggoreng. Jadi sesuai dinikmati dalam kuantiti yang sederhana.
Resepi Bergedil Daging
Bahan-bahan:
- 500 gram ubi kentang
- 150 gram daging kisar
- 1/2 biji bawang besar, didadu
- 2 biji cili merah, dihiris halus
- 2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
- 2 sudu besar bawang goreng
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- 1 biji telur ayam
- sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
- Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.
- Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan “masher” .
- Gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
- Setelah sebati, ambil sedikit doh dan buatkan jadi bentuk bulat. Kemudian, tekan untuk leperkan sedikit.
- Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu.
- Celup begedil ke dalam bancuhan telur tadi.
- Dalam kuali dengan minyak yang panas, goreng bergedil sehingga betul-betul masak. Biarkan api sederhana.
- Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.
Jangan alihkan bergedil sehingga bahagian bawah dimasak dengan baik supaya bergedil tidak menjadi hancur apabila diterbalikkan semula.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Tauhu Bergedil Paling Mudah&Cepat Siap, Yang Penting Sedap!
Baca juga: Resepi Soto Ayam Istimewa, Ini Rahsia Kuah Sedap, Pekat & Likat
Baca juga: Resepi Bihun Goreng Singapore, Tak Pedas Sesuai Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak!