Pelbagai Resepi Black Pepper Untuk Ibu Berpantang, Sedap & Berkhasiat!

Resepi black pepper memang antara makanan yang sering menjadi menu ibu berpantang. Ia sangat berkhasiat selain dikatakan mampu memanaskan badan ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lada hitam atau resepi black pepper untuk pelbagai jenis makanan wanita berpantang memang sangat popular. Ia memang banyak digunakan dalam masakan wanita berpantang kerana khasiatnya yang boleh memanaskan badan.

Resepi black pepper memang menjadi menu wajib wanita berpantang tidak kiralah berpantang secara moden atau tradisional, black pepper memang menjadi antara bahan wajib dalam masakan.

Di sini kami kongsikan resepi black pepper yang boleh diguna pakai dalam pelbagai jenis menu ibu berpantang. Pasti ia mampu membuka selera anda semua!

Baca juga: 7 Resepi Berpantang, Suami Tak Pernah Masuk Dapur Pun Confirm Boleh Buat!

Resepi black pepper buat ibu berpantang!

Kenapa lada hitam sentiasa jadi pilihan untuk ramuan dalam masakan pantang? Mesti ada sebabnya. 

Digelar Kali Mirch dalam bahasa Hindi, lada hitam mempunyai kandungan vitamin C dan K, manakala kandungan kalsium turut membantu wanita mendapatkan diet seimbang. Antara khasiat lada hitam yang lain termasuklah: 

#1. Sesuai untuk diet

Lada hitam membantu meningkatkan metabolisme kerana ia berupaya membakar kalori yang tidak diperlukan badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda mahu kurus, tidak perlu membazir membeli produk yang tidak diyakini tahap keselamatan. Apa kata, jadikan lada hitam antara bahan utama dalam menu diet anda.

Bagi mereka yang memiliki perut buncit, tidak perlu runsing kerana herba ini juga boleh membantu anda mengurangkan lemak pada bahagian perut dan angin dalam badan.

#2. Kulit halus

Penggunaan lada hitam dalam kecantikan begitu meluas. Ia bertindak merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan parut.

Bagaimanapun, pastikan penggunaan bahan ini bukanlah setiap hari kerana lada hitam memberikan rasa panas, dikhuatiri menyebabkan kulit wajah terbakar pula nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitiligo adalah keadaan kulit yang menyebabkan kulit kehilangan pigmentasi di kawasan tertentu kulit. Apabila kulit kehilangan pigmentasi semula jadi, ia bertukar putih. Terdapat banyak rawatan yang berbeza untuk penyakit kulit ini, tetapi bahan kimia menjadi majoriti kepada penyelesaian masalah ini.

Penyelidik dari London melihat Piperine (sebatian bioaktif dalam lada hitam) yang merangsang pengeluaran pigmentasi pada kulit, menyediakan alternatif semula jadi yang selamat berbanding rawatan berasaskan kimia.

#3. Hindari tekanan

Apabila rasa tertekan, lada hitam adalah terapi makanan yang cukup baik digunakan. Ia dikatakan herba antitekanan secara semula jadi. Bahan Piperine yang terdapat dalam herba ini merangsang sistem saraf dan mengurangkan ketegangan.

Hasilnya, keupayaan kognitif anda lebih baik selepas penggunaannya. Jadi ibu berpantang yang mungkin akan berasa sikit tertekan boleh memanfaatkan lada hitam ini untuk kebaikan mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Hilangkan pening kepala

Apabila hamil, biasanya wanita akan alami sakit kepala. Lada hitam dikatakan mampu menghilangkan sakit kepala. Jadi bolehlah cuba!

#5. Melawaskan kencing, baik untuk penghadaman

Ibu hamil kadang kala akan diserang kencing kotor. Jadi dengan mengambil lada hitam ia boleh melawaskan kencing. Ibu hamil boleh cuba. 

Ibu hamil juga sering diserang sembelit terutama ketika kandungan semakin membesar, jadi boleh cuba makan makanan yang berasaskan lada hitam bagi membantu sistem penghadaman yang sihat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu berasaskan lada hitam untuk ibu berpantang

#1. Daging masak black pepper

Bahan-bahan: 

  • 300gm daging batang pinang
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • ½ sudu teh kunyit
  • Sedikit garam dan gula
  • ½ sudu teh lada serbuk lada hitam

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula.
  2. Setelah itu, bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati. 

#2. Ikan bilis goreng lada hitam

Kredit: secukuprasa.com

Bahan-bahan:

  • Segenggam ikan bilis digoreng garing
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk / boleh guna yang ready made dalam botol (yang tak hancur)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 sudu besar sos tiram

Cara-cara:

  1. Lada hitam + halia + bawang putih ditumbuk.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk tadi hingga garing sedikit dan masukkan sos tiram, kacau.
  3. Masukkan ikan bilis gaul rata dan akhir sekali masukkan bawang besar. Kacau rata dan boleh dihidangkan.

#3. Salmon panggang lada hitam

Bahan A: 

  • 2 keping isi ikan salmon

Bahan B

  • 1 1/2 inci halia (dicincang)
  • 1 camca kecil ‘penuh’ lada hitam serbuk *kisar dari lada hitam biji
  • 1/2 camca teh kunyit serbuk *seeloknya guna kunyit segar
  • sedikit garam * Tak perlu masin seperti ikan goreng

Bahan C:

  • 2 labu bawang putih (dicincang)
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Satukan bahan B sehingga sebati dan salut pada ikan sehingga rata.
  2. Masukkan dalam bekas bertutup, atau plastik wrap dan perap semalaman dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga keemasan dan ranggup. Pastikan menggunakan api perlahan untuk ia garing dengan sekata dan tidak hangus.
  4. Angkat dan toskan minyak nya *minyak disimpan untuk panggang ikan.
  5. Menggunakan kuali non stick, panaskan 1 camca besar ‘minyak goreng bawang putih’ di atas.
  6. Masukkan ikan bersama bahan perapan, tutup tudung kuali dan perlahankan api.
  7. Panggang sehingga keperangan.
  8. Alihkan ikan dan terus kan proses memanggang sehingga masak sempurna.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: beritaharian

Baca juga: 6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!

Penulis

Lala Annuar