Ada bermacam jenis variasi bubur asyura mengikut negeri tetapi kali ini kami kongsikan resepi bubur asyura simple sempena menyambut bulan Muharram.
Jika ada yang teringin menikmati bubur asyura versi utara, resepi perkongsian Surina Abadi di dalam grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) antara yang wajib anda cuba.
Resepi Bubur Asyura Simple Cara Orang Utara
Walaupun nampak renyah tetapi sebenarnya tidaklah sesusah mana, asalkan ikut bancuhan yang betul dan masak dengan api perlahan supaya bahagian bawah tidak hangit. Kalau nak masak menggunakan api kayu lagi bertambah sedap dengan rasa aromanya yang harum semerbak.
Bahan-bahan:
Bahan A
- Tepung beras 2 cawan
- Tepung jagung 2 sudu besar
- 3 cawan pati santan
- 4 cawan air
- 1 sudu kecil garam
- Daun pandan
- Gula putih 1 cawan
- Gula melaka 2 ketul saiz kecil
Bahan B
- Jagung 1 tin
- Buah labu sebelah (potong dadu)
- Ubi keledek 2 biji (potong dadu)
- Kacang hijau 1 cawan (rebus)
- Kacang merah 1 cawan (rebus)
- Pisang 6 biji atau lebih ikut citarasa
Cara Penyediaan:
- Mula-mula, rendam dan rebus semua jenis kacang sehingga lembut.
- Cairkan gula merah dengan satu cawan bancuhan air. Biar sejuk terlebih dahulu.
- Untuk bahan A, campur tepung beras, tepung jagung, pati santan, air, gula dan garam secukup rasa dalam satu bekas besar.
- Jangan lupa tapis terlebih dahulu sebelum tuang ke dalam kuali elak berketul.
- Untuk bahan B, campur semua bahan seperti jagung, buah labu, ubi keledek, jenis kacang dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
- Gaul sebati sehingga bancuhan tadi jadi pekat.
- Bila adunan hampir masak, akhir sekali baru masukkan pisang.
- Kemudian, masak bagi lama dengan api yang perlahan selama 1jam 20 minit.
- Tutup api. Cara ini akan membuatkan bubur asyura nampak berkilat.
- Biarkan sejuk seketika baru potong.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Serawa Durian Pekat & Berkrim, Sedapnya Makan Bersama Keluarga
Baca juga: Bubur Kacang Hijau Ada Banyak Kebaikan Untuk Bayi, Mudah Saja Cara Membuatnya!
Baca juga: Resepi Pengat Pisang Yang Sedap & Berlemak, Menu Pencuci Mulut Paling Ramai Suka