Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!

Resepi bubur ayam McD ini perlu dicuba oleh ibu-ibu di rumah kerana cara penyediaannya adalah sangat mudah. Jom cuba buat hari ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bubur antara makanan yang boleh dimakan semua lapisan usia terutama ketika masing-masing dalam keadaan tidak sihat. Jadi kami kongsikan resepi bubur ayam McD yang sering menjadi pilihan ramai.

Bubur ayam McD, antara bubur yang paling menyelerakan. Memang sedap dan cukup rasa. Bukan anak-anak saja suka, ibu bapa sekali gemar malah mudah rupanya resepi bubur ayam mcd ini kan? 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Resepi bubur ayam McD guna nasi lebihan sahaja
  • Kebaikan ayam untuk kesihatan anak
  • Tips masak bubur nasi untuk anak yang mudah dan cepat

Mudah saja nak buat bubur ayam ala McD ni tau. Guna nasi lebihan semalam pun boleh. Dapat juga elakkan pembaziran. Selalunya nasi lebihan ini digunakan untuk buat nasi goreng kan? Kali ini kita cuba buat bubur pula. Resepi ini dikongsikan seorang ibu, Nur Shakirah Sharifuddin.

Resepi bubur ayam McD, guna nasi lebihan je

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Beras / Nasi
  • Hirisan halia
  • Lada putih
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Lobak merah (jika suka)
  • Minyak bijan
  • Daun bawang / daun sup
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Rebus ayam. Mula-mula rebus ayam. Lagi bagus kalau guna ayam bahagian dada. Potong sederhana besar sebab nanti kita akan carikkan isinya.
  2. Serentak dengan tu masak bubur nasi. Jika ada lebihan nasi semalam yang tidak habis lagi, bolehlah digunakan. Jika tiada, boleh masak beras macam biasa dan lebihkan sedikit air. Masukkan halia ke dalam rebusan nasi atau beras tadi.
  3. Bila ayam sudah empuk/ masak, keluarkan ayam. Biar sejuk sekejap. Air rebusan ayam tu boleh masukkan ke dalam bubur nasi tadi. Agak-agak ayam dah sejuk dan dah boleh di pegang dengan tangan, carikkan isi ayam tu. Carikkan dengan garfu boleh juga.
  4. Bila bubur sudah cantik dan kembang, masukkan pula hirisan lobak merah dan ayam rebus yang sudah dicarik tadi.  dah dicarik tadi. Pastikan anda kacau supaya tidak melekat.
  5. Seterusnya perasakan dengan garam dan lada sulah / lada putih. Kalau suka, boleh letak 1/2 kiub pati ayam. Tapi kalau nak buat untuk bayi yang dah boleh makan, tak perlu letak. Biarkan kosong saja tanpa garam juga.
  6. Akhir sekali, kalau ada minyak bijan di rumah, renjiskan sikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya. Boleh taburkan hirisan bawang goreng dan siap untuk dimakan!

Kebaikan ayam untuk kesihatan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Pertumbuhan otot yang sihat

Menurut MomJunction, 100 gram ayam mengandungi 18.6 gram protein di dalam setiap hidangan. Semua orang tahu bahawa protein merupakan nutrisi penting yang patut ada dalam setiap hidangan makanan kerana boleh membantu kepada perkembangan otot yang sihat.

Tambah pula untuk bayi, lagilah penting untuk pembesaran mereka. Selain itu, protein yang datang dari sumber haiwan ini sangat bagus dan mudah untuk diterima oleh sistem penghadaman bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Baik untuk salur darah

Ayam juga mempunyai kandungan iron yang tinggi yang mana dapat melancarkan dan memperbaiki sistem saluran pendarahan badan.

Bukan itu sahaja, ayam juga dapat membantu untuk menambahkan sel-sel darah merah. Bukan itu sahaja, potassium yang terkandung dalam ayam juga dapat menstabilkan darah supaya berada dalam kondisi yang baik.

#3. Menguatkan tulang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda bahawa 100 gram ayam mengandungi 15 mg kalsium dan 182 mg phosphorus. Ternyata, dua mineral ini mampu untuk menguatkan tulang badan kita.

Jadi, amat bagus untuk anak-anak khususnya bayi dibiasakan dengan menu ayam supaya proses pembinaan tulang yang kuat dapat berjalan dengan lancar.

#4. Vitamin baik untuk otak

Isi ayam juga adalah kaya dengan vitamin yang boleh membantu untuk merangsang perkembangan otak bayi. Antara vitamin yang terkandung dalam ayam adalah Vitamin C, A, dan B12.

Vitamin B12 yang juga dipanggil sebagai ‘cobalamin’ adalah kandungan yang penting di dalam ayam yang dapat membantu perkembangan otak anak. Anak boleh jadi genius la ni!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Menguatkan imuniti badan anak

Nutrisi yang pelbagai yang boleh dijumpai dalam ayam juga sebenarnya dapat menguatkan immuniti badan anak-anak. Nutrisi seperti zinc dan magnesium ini ternyata dapat menjadikan tubuh badan anak anda lebih kuat.

Jadi, kalau anak selalu demam dan asyik lemah tu, boleh lah anda menambahkan kekerapan menu ayam dalam diet anak supaya badan mereka akan cepat sembuh dan terhindar dari penyakit.

Tips masak bubur nasi untuk anak yang mudah dan cepat

Bagi ibu yang ada bayi atau anak kecil, pastinya menu bubur menjadi kegemaran mereka. Oleh kerana jadual seharian ibu agak padat, kami kongsikan beberapa cara paling cepat untuk menyiapkan hidangan mudah ini.

Percaya mahupun tidak, masa yang diperlukan untuk memasak bubur nasi hanyalah 7 minit sahaja. Bagi anda yang bekerja, sambil bersiap pun boleh sediakannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Basuh beras sehingga bersih, tidak perlu tos
  2. Masukkan beras ke dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi untuk 5 hingga 6 hari)
  3. Bila mahu memasak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan ke dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk
  4. Jika ibu mahu masukkan ayam ataupun sayur, letak pada waktu ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat
  5. Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan sesekali tinggalkan bubur di atas dapur jika tidak mahu ia hangit
  6. Minit ke-7 beras sudah kembang dan menjadi bubur. Bila bubur sudah siap dan disejukkan, ibu-ibu boleh tengok ia kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Masak Bubur Bayi & Nasi Ikut Cara 2 DALAM 1 Ini, Mudah & Jimat Masa Ibu Di Dapur!

Penulis

Lala Annuar