Hari-hari makan benda sama, bosan juga kan? Kali ini kami kongsikan resepi carbonara tanpa prego yang anda boleh cuba di rumah!
Ia sudah pasti senang dan mudah untuk anda masak dan hidangkan kepada anak-anak, mesti anak anda akan sukakannya!
Tidak salah pelbagaikan menu di rumah supaya seisi keluarga tidak jemu. Jadi bolehlah cuba resepi carbonara tanpa prego ini!
Resepi carbonara tanpa prego yang anda boleh cuba di rumah!
Resepi ini dikongsikan di laman facebook Ibu Resepi:
Bahan-bahan:
- 1/2 paket spaghetti
- cendawan butang/sup cendawan (3/4 tin)
- 500ml fresh milk
- 1 biji bawang besar – potong dadu
- 6 ulas bawang putih – potong dadu
- 1/4 paket ayam kisar
- 2 batang sosej ayam
- mix herb/oregano
- garam
- lada hitam
- parmesan cheese
Cara-caranya:
- Rebus spaghetti sehingga lembut. Lebih kurang 20 minit. Ketika rebus tu letak sedikit minyak dan garam.
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan ayam kisar, bila dah separuh masak, masukkan pula sosej.
- Selepas itu masukkan mushroom soup dan susu segar. Jika terlalu pekat, boleh masukkan sedikit susu segar / air. Sebabnya carbonara ni akan menjadi pekat bila sejuk.
- Akhir sekali masukkan mix herb, lada hitam dan garam.
- Tabur sedikit cheese dan gaul. Siap untuk dimakan.
- Untuk lebih senang, tak perlu letak mushroom soup pun boleh. Guna susu segar saja dan boleh letak cendawan butang atau apa-apa sayur.
Adakah pasta berkhasiat untuk anak?
Pasta adalah makanan yang sangat popular. Menurut National Pasta Association, rata-rata individu di Amerika Syarikat makan 9 kg pasta setiap tahun.
Walau bagaimanapun, penyelidikan pada tahun 2017 menunjukkan penurunan populariti pasta yang sebahagiannya disebabkan oleh masalah kesihatan dan pemakanan.
Pasta boleh menjadi makanan tambahan yang baik untuk diet yang sihat. Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa pasta membantu dalam penurunan berat badan.
Kajian menyimpulkan bahawa pasta tidak mempengaruhi peningkatan berat atau peningkatan lemak badan.
Pasta juga dikatakan mempunyai kebaikan seperti berikut:
1. Mempercepat metabolisme
Pengasilan metabolisme yang cepat akan membantu anak anda sentiasa sihat dan kekal fit setiap masa. Metabolisme kanak-kanak memang tinggi tetapi lebih elok jika beri mereka makan makanan yang boleh meningkatkan metabolisme
2. Kandungan tryptophan membantu mengatasi kemurungan
Ada anak yang mudah saja mengamuk, atau buat perangai. Ada juga kes anak yang kemurungan, kandungan tryptophan dalam pasta membantu mengatasi kemurungan kerana ia akan menghasilkan hormon gembira.
3. Mengandungi vitamin kumpulan B
Vitamin B terdapat dalam banyak bentuk, termasuklah B1, B2, B6, B12, niacin, asid folik, biotin, dan asid pantotenik. Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam aktiviti metabolisma, yang membantu membina tenaga dan membebaskannya pada saat tubuh anda perlukannya.
Selain itu, ia juga penting untuk membolehkan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh anda. Kumpulan vitamin ini penting untuk mental kanak-kanak serta pertumbuhan dan perkembangan fizikal.
Baik untuk kawal berat badan
Glycemic Index (GI) adalah ukuran seberapa cepat dan ketara makanan yang tinggi karbohidrat dapat meningkatkan gula darah. Semakin cepat penyerapan, semakin tinggi kadar gula darah seseorang.
Secara amnya, makanan rendah glisemik dapat membantu seseorang mengawal berat badannya dan menurunkan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2.
Menurut American Diabetes Association, makanan berkanji seperti pasta boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat bagi penghidap diabetes. Tetapu adalah penting untuk mengetahui kuantiti pengambilan pasta untuk meminimumkan penghasilan lemak tinggi.
Tinggi kalori tetapi boleh diolah menjadi makanan sihat
Untuk menjadikan hidangan pasta anak anda lebih berkhasiat, anda boleh:
- menambah banyak sayur-sayuran
- menggunakan protein tanpa lemak, seperti ikan
- mengehadkan jumlah minyak hingga 1-2 sudu besar
- menggantikan keju dengan yis pemakanan
- Akhir sekali, ia juga penting untuk anda meletakkan had pengambilan untuk setiap hidangan. Anda boleh mengisi separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan lebih kurang seperempat untuk karbohidrat, seperti pasta.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: tajria, Ibu Resepi
Baca juga: Anak Hanya Mahu Makan Pasta, Benarkah Ia Tidak Boleh Dimakan Setiap Hari?