X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Jenis-Jenis Perut Wanita, Ada Perut Mummy & Perut Stres! Anda Yang Mana Satu?

6 min bacaan
Jenis-Jenis Perut Wanita, Ada Perut Mummy & Perut Stres! Anda Yang Mana Satu?Jenis-Jenis Perut Wanita, Ada Perut Mummy & Perut Stres! Anda Yang Mana Satu?

Memang bukan mudah untuk mendapat perut rata melainkan anda memang jenis yang bersenam dan rajin membuat 'sit up'. Terdapat empat jenis perut wanita yang sebenarnya bukanlah asing bagi anda.  Tapi di sini kami sertakan cara untuk anda mengempiskan perut mengikut jenis-jenis perut. Jom cuba!

Masalah perut buncit itu memang biasa bagi semua. Tidak kiralah sama ada anda masih anak dara atau sudah menjadi ibu. Disebabkan itulah ada pelbagai jenis perut buncit ni. Ada jenis perut kembung disebabkan gas, perut emak-emak dan lain-lain. Dan jika tahu perut anda jenis yang mana, mudah untuk anda tangani masalah perut buncit!

Memang bukan mudah untuk mendapat perut rata melainkan anda memang jenis yang bersenam dan rajin membuat 'sit up'. Terdapat empat jenis perut wanita yang sebenarnya bukanlah asing bagi anda.  Tapi di sini kami sertakan cara untuk anda mengempiskan perut mengikut jenis-jenis perut. Jom cuba!

Jenis-Jenis perut wanita

perut buncit

#1. Perut kembung

Bentuknya: Perut anda tampak seperti terkeluar. Apabila anda duduk ia terbentuk seperti tayar simpanan. Namun bila disentuh ia agak keras dan terasa sakit.

Puncanya: Perut anda selalunya pada waktu pagi akan tampak sedikit rata. Namun selepas makan dan minum air, (terutama air gas) perut anda akan mulai membesar. Tapi tidak kira betapa ia membesar, ia tidak akan efek berat badan anda.

Punca biasa untuk perut kembung ini adalah kerana makanan yang masuk ke dalam perut akan melalui intestin, kemudian bakteria yang ada akan menghasilkan enam hingga lapan liter gas.

Malah jika perut anda gagal untuk mencernakan makanan anda secepat yang mungkin ia akan mulai hasilkan lebih banyak gas yang mana mengakibatkan dinding abdomen ditolak ke depan.

Cara mengatasinya
Elakkan makanan yang boleh mengakibatkan kembung perut. Apabila perut anda sukar untuk mencerna makanan yang masuk ia akan sering mengakibatkan perut buncit. Jadi tentunya anda tidak mahu perut anda kelihatan buncit setiap kali selepas makan tengahari bukan? Lagi-lagi bila ada meeting!

Makanan bebas laktosa juga elok diamalkan untuk anda yang sukar untuk mencerna susu dan laktosa dengan mudah.

#2. Perut stres

Bentuknya: Perut ini buncit ke depan namun lebih lembik dan kendur. Ia selalunya bermula bawah payudara dan membentuk satu lekukan lembut. Malah ia seperti mengelilingi pinggang anda.

Puncanya: Dr. Marilyn Glenville, penulis Fat Around the Middle berkata "dalam situasi yang cukup stres, hormon kortisol membantu merembeskan gula ke dalam saluran darah, jadi badan anda akan mempunyai tenaga untuk melawannya.

Jadi jika anda tidak bersenam waktu ini, disebabkan itulah lemak itu tiada tempat untuk pergi, maka ia akan kekal dibahagian perut.

Kalau kita sentiasa stres, lemak akan mudah terkumpul di bahagian bawah jadi ia lebih dekat dengan hati dan akan bertukar kembali menjadi tenaga apabila berhadapan dengan kecemasan.

Cara mengatasinya

Kurangkan tahap stres anda dengan teknik relaks seperti bernafas dalam-dalam dan bermeditasi. Tidur dengan cukup supaya badan anda tidak terasas seperti diserang.

Makan dengan kuantiti yang sedikit dan elakkan perasaan tiba-tiba kecut perut, ia akan memberi signal kepada badan bahawa anda dalam ketakutan.

perut buncit

#3. Perut Pir

Bentuknya: Walaupun anda mempunyai pinggang yang kecil anda akan mempunyai lipatan sepanjang garisan bikini anda. Ia akan membuatkan peha anda kelihatan besar lantas menjadikan perut anda kelihatan seperti buah pir.

Puncanya: Ada sesetengan wanita menghidap dominasi oestrogen yang mana mungkin adalah punca genetik, tapi juga mungkin dirangsang oleh hormon wanita yang tidak seimbang.

Oestrogen bertanggungjawab dalam pembentukan badan wanita apabila mereka menginjak baligh. Apabila sel-sel lemak pada kawasan ini berterusan dirangsang, maka beratnya akan terus terkumpul lantas menjadikan wanita berbentuk badan pir.

Keadaan ini juga termasuklah endometriosis, di mana tisu yang berkembang di dalam uterus, akan membesar di luarnya dan merembeskan lebih banyak oestrogen dan fibroid yang merupakan tumor tidak merbahaya yang tumbuh di dalam rahim.

Cara mengatasinya
Elakkan makanan-makanan yang diperbuat dari lemak tepu yang mana tinggi dengan kandungan oestrogen.

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Amalkan pemakanan yang tinggi serta seperti bijian, sayur hijau seperti bayam dapat mengumpulkan oestrogen tambahan dan membuangnya dari badan.

Jenis-Jenis Perut Wanita, Ada Perut Mummy & Perut Stres! Anda Yang Mana Satu?

#4. Perut emak-emak

Bentuknya: Jenis perut yang ini mesti anda biasa denganr bukan? Silap-silap anda pun ada satu. Ini biasa terjadi tiga bulan selepas anda bersalin. Perut anda akan kelihatan seperti anda masih mengandung!

Puncanya: Ketika hamil, otot abdominal akan terpisah untuk memberi laluan rahim dan perut anda mengembang.

Cara mengatasinya 
Selepas anda bersalin, bahagian perut yang buncit itu kemungkinan dapat dihilangkan, tapi jika ia masih ada, anda mungkin memerlukan senaman bagi menghilangkannya. Bengkung juga dapat membantu!

Lakukan plank atau senaman sit up untuk memberi sedikit tekanan pada perut anda. Lakukan setiap hari dalam hanya 5-10 minit sahaja asalkan konsisten. Anda akan dapati hasilnya cukup berkesan!

Penyebab perut buncit

Masalah perut buncit sentiasa membuatkan ramai orang tidak senang hati. Ia juga secara tidak langsung akan mengurangkan keyakinan pada diri.

Berikut adalah punca perut buncit yang perlu anda tahu:

1) Mengamalkan makanan yang tidak sihat

Pengambilan makanan yang salah dengan makan makanan yang manis seperti kek, gula-gula, minuman berkabonat boleh menyebabkan perut buncit ia juga salah satu punca berat badan naik kerana memperlahankan metabolisma badan.

2) Tidak cukup tidur

Satu kajian menunjukkan kurang tidur juga salah satu penyebab perut buncit. Malahan, tidak cukup tidur juga boleh membuatkan anda akan makan pada waktu malam. Makan pada waktu malam akan menyebabkan anda cenderung mengidap diabetes dan perut buncit.

3) Kurang melakukan senanam

Amalan gaya hidup sihat adalah sangat penting. Antara contoh amalan gaya hidup sihat adalah bersenam. Dengan bersenam anda dapat membakar lemak di dalam tubuh. Bersenam adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah perut buncit.

4) Tekanan

Kenapa perut buncit disebabkan tekanan? Ini kerana kebanyakkan orang mereka akan makan apabila stress. Pastinya anda akan mengambil makanan yang tidak berkhasiat yang mungkin mengandungi kalori yang tinggi dan boleh menyebabkan pengumpulan lemak di dalam perut.

5) Angin atau gas berlebihan

Angin atau gas berlebihan dalam perut juga menyebab perut buncit. Angin terhasil daripada makanan yang tidak dicerna dengan betul. Namun begitu, perut buncit yang disebabkan angin adalah bersihat sementara dan tidak kekal.

Cara mengecilkan perut buncit seperti hamil

Bersenam 

Lakukan senaman ringan setiap hari sekurangnya 15-30 minit. Seperti bermain tali pinggang atau mengikat kain di pinggang dan buat 'mini crunches' untuk menguat dan mengetatkan otot. Antara senaman lain yang boleh anda lakukan ialah Teknik Tupler akan membantu menguatkan transverse abdominis yang bertindak sebagai 'korset' untuk abdomen anda. Nak tahu otot yang mana? Jika anda menyebut shhh dengan kuat, anda boleh rasa otot ni. Senaman harian yang diselit bersama aktiviti harian anda, seperti mengangkat bakul atau senam duduk.

 Diet 

Penjagaan pemakanan turut memainkan peranan untuk memastikan anda mendapatkan semula bentuk badan idaman. Pastikan anda sudah mengamalkan diet yang betul. Amalkan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijian sebagai makanan diet anda. Pastikan anda kurangkan gula dan pengambilan makanan lemak yang tidak sihat daripada menganggu pemakanan seimbang anda.

Minum minuman detox 

Buat air minuman detox untuk mengempiskan perut selain menjaga pemakanan. Amalan minum detox ini akan mempercepatkan proses pencernaan. Anda boleh cuba buat sendiri dirumah bahan yang diperlukan teh hijau dan limau nipis. Campurkan bahan tersebut ke dalam gelas. Rendamkan beberapa minit minit ketika suam atau sejuk. Ia dapat bantu proses pembakaran lemak dan lancarkan proses pencernaan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: DailyMailUK

Baca juga: 7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Jenis-Jenis Perut Wanita, Ada Perut Mummy & Perut Stres! Anda Yang Mana Satu?
Kongsikan:
  • Resipi Berkhasiat Fluffly Egg Rice, Sesuai Untuk Si Manja Yang Tak Suka Makan Nasi!

    Resipi Berkhasiat Fluffly Egg Rice, Sesuai Untuk Si Manja Yang Tak Suka Makan Nasi!

  • Cara Terbaik Menyusu Badan Bayi, Antara Posisi & Perkara Yang Perlu Ibu-Ibu Tahu

    Cara Terbaik Menyusu Badan Bayi, Antara Posisi & Perkara Yang Perlu Ibu-Ibu Tahu

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Resipi Berkhasiat Fluffly Egg Rice, Sesuai Untuk Si Manja Yang Tak Suka Makan Nasi!

    Resipi Berkhasiat Fluffly Egg Rice, Sesuai Untuk Si Manja Yang Tak Suka Makan Nasi!

  • Cara Terbaik Menyusu Badan Bayi, Antara Posisi & Perkara Yang Perlu Ibu-Ibu Tahu

    Cara Terbaik Menyusu Badan Bayi, Antara Posisi & Perkara Yang Perlu Ibu-Ibu Tahu

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.