Resepi Cencaru Sumbat Kelapa Dan Air Asam Kerisik Ikut Resepi Che Nom, Memang Mudah

Resepi cencaru sumbat kelapa ikut resepi Chenom ini sangat mudah disediakan, simple dan pasti membuka selera anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikan cencaru sumbat kelapa antara hidangan paling simple yang boleh anda cuba. Walaupun simple ia mampu membuka selera sesiapa saja kerana gabungan rasanya yang enak. Kali ini kami kongsikan resepi ikan cencaru sumbat kelapa daripada Chenom untuk anda cuba.

Resepi Cencaru Sumbat Kelapa

Bahan-Bahan Untuk Ikan Cencaru

  • 4 ekor ikan cencaru
  • 8 helai daun pandan
  • Sedikit tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan-Bahan Untuk Sambal Kelapa

  • 1 tangkai cili merah
  • 4-5 tangkai cili kering
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ketul kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa
  • Sedikit gula
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 sudu besar air asam jawa

Bahan-Bahan Untuk Air Asam Kerisik

  • 1/2 -1 biji bawang holland
  • 1 biji tomato
  • 1-2 sudu besar kerisik
  • 4-5 tangkai cili padi
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 inci belacan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Jus limau nipis
  • Sedikit air

Cara Penyediaan Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Cara-Cara Untuk Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

  1. Ikan belah dari belakang dan bersihkan (jangan belah bahagian perut).
  2. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit.

Cara-Cara Untuk Sambal Kelapa

  1. Potong kasar cili merah atau cili kering (rebus dulu).
  2. Potong kasar kunyit hidup, bawang merah, bawang putih (boleh ganti dengan halia) dan serai.
  3. Tumbuk bahan potong kasar. Tambah garam, serbuk perasa, gula dan kelapa parut kemudian tumbuk sampai bergaul sebati.
  4. Tambah sikit air asam jawa, boleh ganti jus limau purut.
  5. Sumbat sambal kelapa dalam ikan. Tabur sikit tepung gandum atau telur supaya inti kelapa tak terkeluar.
  6. Balut dengan daun pandan dan cucuk atau selit dengan lidi.
  7. Goreng sampai ikan keperanggan.
  8. Cara-cara untuk air asam kerisik
  9. Hiris kasar bawang holland atau bawang merah besar, tomato dan limau nipis.
  10. Potong halus cili padi dan cili merah.
  11. Bakar belacan sampai naik bau.
  12. Dalam mangkuk yang berasingan masukkan bawang tomato, belacan bakar, air pati asam jawa, garam, gula dan kerisik. Gaul sampai bergaul sebati.
  13. Masuk cili padi, kicap manis, air sikit untuk berkuah, perah limau nipis dan gaul sebati.

Chenom

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Resepi Ikan Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak & Naikkan Selera Makan

Baca juga: 7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

Baca juga: Anak ‘Picky Eaters’ Sebab Genetik, Ibu Bapa Perlu Beri Vitamin Yang Cukup Untuk Anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar