Resipi Coleslaw Ala KFC Ikut Cara Che Nom, Anak Mesti Suka!

Resepi coleslaw ikut cara Che Nom bukan sahaja mudah dan sedap, malah penuh berkhasiat dijadikan sebagai hidangan sampingan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi Coleslaw ala KFC, terpaling senang dan cepat untuk disediakan ikut cara Che Nom. Kalau makan sejuk-sejuk lagi bertambah sedap. Nak makan begitu sahaja pun sedap apatah lagi kalau dhidangkan bersama ayam goreng. Tentu anak-anaklah yang paling suka!

Resepi Coleslaw Ala KFC Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/4 bahagian sayur kobis, dihiris atau cincang kasar
  • 4-5 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 batang lobak merah, parut kasar
  • 1/4 cawan susu
  • 1 sudu besar gula putih
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Di dalam mangkuk, campurkan jus lemon, mayonis, garam, gula dan susu. Kacau sebati.
  2. Masukkan kobis yang dicincang kasar dan juga parutan lobak.
  3. Taburkan serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga semua bahan sekata.
  4. Jika coleslaw masih kering tambahkan sedikit mayonis.
  5. Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang.

Jangan guna terlalu banyak mayonis kerana nanti coleslaw bila direhatkan akan mengeluarkan sedikit air dari sayuran.

Resepi Salad Sayur Untuk Diet

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Bahan-bahan :
  • Salad jepun
  • Timun jepun
  • Tomato ceri
  • Lobak
  • Lada benggala
  • Kobis ungu
  • Kekacang seperti badam atau gajus
  • Mayonis
  • Sos lada hitam
  • Kismis
Cara penyediaan :
  1. Rendam & basuh sayur-sayuran tadi dalam air garam atau cuka supaya hilang segala kotoran. Jangan potong sayur dulu nanti khasiat sayur hilang,
  2. Potong sayur nipis-nipis mengikut selera masing-masing.
  3. Campur semua sayur ke dalam satu mangkuk besar.
  4. Gaulkan sayur bersama mayonis & sos blackpepper.
  5. Masukkan sesudu kecil minyak zaitun.
  6. Tabur badam atau gajus dan kismis.
  7. Siap. 

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Chicken Buttermilk Untuk Bayi 7 Bulan, Rasa Penuh Berkrim & Menyelerakan

Baca juga: Bekal Anak Ke Sekolah Yang Simple Dan Sedap? Ini Resepi Nasi Goreng Cina Makan Tanpa Rasa Jemu

Baca juga: Resepi Bihun Goreng Singapore, Tak Pedas Sesuai Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak!

Penulis

Noorhidayah