Buat Sendiri Sup Dumpling Bersama Mee Wantan Kicap, Resepi Dumpling Mudah Yang Boleh Dicuba!

Orang kita tidak ramai yang pandai memasak resepi dumpling ini namun anda jangan risau kerana kami dah jumpa resepi mudah dan sedap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sukar mencari sajian dumpling yang enak melainkan perlu pergi ke restoran cina muslim popular kerana orang kita tidak ramai yang pandai memasak resepi dumpling ini. Namun penggemar dumpling jangan risau kerana kami dah jumpa resepi dumpling yang lazat yang boleh anda cuba sendiri!

Buat yang tak tahu, dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, daun sup, halia, cendawan serta herba.

Dumpling merupakan masakan tradisional cina yang berkhasiat. Ini kerana ia dimasak secara rebus pada suhu yang perlahan berbanding memasak lauk-lauk yang lain.  Selain direbus, ia juga boleh dimasak dengan cara lain seperti digoreng dan dikukus.

Jom kami kongsi resepi daripada Aisyah Humaira daripada Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN) iaitu sup dumpling.

Bahan inti dumpling :

  • 1 keping isi ayam bahagian dada saiz besar
  • 10 ekor isi udang
  • Dumpling pastry (segera) secukupnya
  • 1/2 batang lobak merah disagat halus
  • 2 tangkai daun bawang dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Serbuk maggi cukup rasa
  • Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan inti dumpling :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Kisar tanpa air isi ayam dan isi udang atau cincang lumat.
  • Campurkan semua bahan di atas kecuali ‘Dumpling pastry’ dan kacau sebati.
  • Sudukan inti ditengah kulit dumpling dan sapu air dengan jari dikelilingnya supaya melekat. Lipat dua ,sapu lagi air keliling dan kelim setiap bucu wantan dengan kemas.

Bahan sup dumpling :

  • Bebola ikan
  • Tauhu telur lembut
  • 4 ulas bawang putih tak perlu hiris
  • 3 keping hirisan halia
  • 1 biji bawang besar dipotong 4
  • 1/2 batang hirisan lobak putih dihiris bulat
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • Garam & gula jika perlu
  • Air secukupnya mengikut banyak kuah yg disukai

Cara penyediaan sup dumpling :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Rebus semua bahan sup kecuali tauhu telur dan bebola ikan.
  • Bahan rebusan dah lembut bolehlah keluarkan semua bahan rebusan ambil kuah sahaja.
  • Masukkan dumpling yg dah siap dibuat awal tadi diikuti tauhu telur lembut dan bebola ikan. Kemudian tabur daun bawang. Dumpling timbul ke atas maknanya dah masak.

Cara penyediaan mee wantan :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Lerai-leraikan mee wantan. Celurkan sekejap mee wantan di dalam air panas menggelegak dgn sedikit minyak. Kacau dan toskan lalu bilas dengan air biasa ulang proses ni 3 kali untuk dapat hasil mee yang licin bersih. (Celur sekejap sahaja bukan rebus lama)

Cara penyediaan mee wantan kicap :

  • Tumis bawang putih setelah bwg garing keluarkan bawang. Masukkan kicap lemak manis, Beberapa titik minyak bijan, Sedikit kicap pekat dan sedikit kuh sup dumpling.
  • Masak sekejap semua bahan ni dan gaul bersama mee wantan siap.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 10 Jenis Makanan Yang Tak Elok Disimpan Dalam Peti Sejuk, Ini Sebabnya

Baca juga : Resepi Kuey Teow Goreng Chinese Style Yang Sedap, Ini Char Kuey Teow Sebenar Yang Boleh Anda Cuba!

Baca juga : Tiada Idea Nak Masak Apa Yang Simple Dan Sedap? Ini Resepi Nasi Goreng Cina Yang Pasti Anak Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi