Resepi Durian Crepe Yang Mudah, Creamy Dan Sedap! Lagi Lazat Bila Hidang Sejuk

Musim durian kembali. Mungkin boleh cuba buat resepi durian crepe ini jika ada lebihan durian di rumah. Mudah dan sedap pula tu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan kini telah tibanya musim durian, apa kata ibu-ibu cuba buat resepi durian crepe yang sedap dan rasanya lemak berkrim seperti aiskrim.

Meskipun ada banyak dijual di kedai-kedai, namun sesetengahnya tidak menepati citarasa kerana kurang isi durian atau kulit crepe yang begitu kering.

Jika ibu buat sendiri di rumah, anda boleh letak berapa banyak isi durian yang mahu. Durian crepe ini lebih sedap jika isi durian lebih banyak dari whipping cream, dan paling penting sekali buat dapat banyak!

Resepi durian crepe gemuk dan penuh isi durian

Jika anda dan anak-anak penggemar durian, ini merupakan antara hidangan yang wajib dinikmati sebagai pencuci mulut.

Perlu diingatkan, pastikan anda tahu kuantiti yang ingin dikeluarkan. Jangan main buat je adunan tanpa tahu berapa kuantiti yang ingin dihidangkan. Untuk resepi crepe durian kali ini, kami akan membuat adunan yang boleh mendapatkan lebih kurang 6 hingga 8 keping crepe, bergantung kepada saiz.

Part paling sukar adalah nak buat kulitnya. Takut terkoyak dan terlalu nipis. Tak apa, kena cuba dahulu, baru tahu hasilnya bagaimana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 40ml susu segar
  • 150ml air
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Masukkan gula, telur, minyak, susu segar, air, esen vanila dan juga pewarna ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
  2. Ayakkan kesemua tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau lagi sehingga sebati.
  3. Tapiskan adunan supaya tiada ketulan tepung.
  4. Panaskan kuali (non-stick pan), tuangkan 1 senduk adunan ke dalam pan dan seterusnya ratakan.
  5. Biarkan sehingga permukaan crepe itu kering, kemudian boleh terus angkat dan tak perlu diterbalikkan.

Untuk bahan-bahan inti durian pula, anda perlukan:

  • 200ml susu segar
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 100gm isi durian
  • 100ml krim putar bukan tenusu

Cara-caranya:

  1. Kacau susu segar bersama gula dan tepung kastard di dalam periuk sehingga tepung berkenaan hancur.
  2. Letakkan periuk tadi di atas dapur dan masak sehingga pekat dengan api perlahan.
  3. Masukkan isi durian dan kacau sebentar sehingga sebati. Kemudian, angkat dan ketepikan.
  4. Pukul whipping cream sehingga kental.

Nota: Pastikan whipping cream tadi dipukul semasa sejuk supaya ianya lebih senang untuk menjadi kental.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara untuk lipat durian crepe jadi bentuk seperti bantal

  1. Sediakan kulit, letak whipping cream dulu kemudian letak pula filling kastard + durian. Letak semula whipping atas kastard tadi.
  2. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.. haaa dah siap masukkan dalam freezer kejap.
  3. Dalam sejam dua supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru keluar dari freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat) dan boleh dimakan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mudah sahaja, bukan? Kalau ada teringin nak buat sendiri Durian Crepe ini di rumah, boleh gunakan resepi di atas. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Donut Susu Homemade Yang Gebu Ikut Cara Azlina Ina, Jadi Kesukaan Anak-Anak

Baca juga:  Resepi Cucur Durian Yang Sedap & Menjadi, Buat Minum Petang Mesti Anak-Anak Suka!

Baca juga: Resepi Cempedak Goreng Rangup & Sedap, Ini Tips Bancuh Tepung Agar Tidak Makan Minyak

Penulis

Murns A.