Sudah mengandung sembilan bulan, bersalin pun sudah, kini tiba masa pula untuk berpantang, Nak berpantang pun perlulah ada perancangan kan? Antara yang perlu dimasukkan adalah mengenai pemakanan ketika berpantang. Sebut mengenai pemakanan, sudah pasti teringat resepi ibu berpantang kan?
Sudahlah kalut nak jaga anak, mesti nak cari resepi ibu berpantang yang mudah-mudah saja kan? Lebih-lebih lagi zaman ini ramai ibu-ibu yang berpantang sendiri.
Tambahan pula, musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini, ramai yang takut untuk membuat perjalanan jauh selain ada yang kesedihan kerana tidak dapat berpantang di kampung.
Resepi ibu berpantang, senang je!
Ada juga banyak dijual di pasaran makanan yang boleh dibuat sebagai kudap-kudapan ibu berpantang seperti halia yang sudah digoreng garing serta bawang putih goreng yang amat baik untuk kesihatan dalaman ibu berpantang.
Tidak perlu lagi ambil masa lama untuk menyediakan makanan yang boleh dimakan sebagai kudap-kudapan ketika berpantang. Lebih mudah dan cepat!
7 resepi ibu berpantang paling mudah untuk di masak, 5 langkah je!
Menu ini dikongsikan di laman facebook Resepi Makanan Pantang yang boleh dimasak suami anda walaupun dia tak pernah masuk ke dapur pun selama ini!
Cuba beri saja resepi ini pada mereka, sekurang-kurangnya sudah ada lapan resepi yang boleh digunakan untuk seminggu.
Dalam keadaan tertentu, ada di kalangan ibu bersalin dan suaminya lebih selesa memilih berpantang sendiri di rumah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
Di sini Resepi Makanan Pantang ingin kongsikan resepi-resipi yang boleh para suami sediakan. Langkah penyediaannya mudah sahaja. Pasti selepas ini suami boleh dipanggil papa chef!
#1. Ikan panggang
1. Basuh bersih ikan pilihan. Ikan yang sesuai semasa berpantang ialah ikan berisi seperti merah, tenggiri dan lain-lain.
2. Lumurkan garam, kunyit dan lada hitam pada badan ikan.
3. Balut ikan dengan daun kunyit atau daun pisang.
4. Panggang menggunakan pemanggang ajaib.
5. Setelah masak, buang daun pembalut ikan. Sedia untuk dihidangkan.
#2. Singgang ikan
2. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia bersama kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan air secukupnya.
4. Setelah mendidih, masukkan ikan, lada hitam dan sedikit garam.
5. Taburkan daun sup dan siap dihidang
2. Goreng dengan sedikit minyak.
3. Baki minyak gorengan ikan digunakan untuk menumis hirisan halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkan sedikit air ke dalam bahan tumisan.
5. Kemudian satukan ikan yang sudah digoreng tadi ke dalam tumisan ini.