Resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Enak, Nak Kukus Pakai Kuali Pun Boleh

Kombinasi rasa pedas, masam dan masinnya memang sekata dan sempurna menjadikan resepi ikan siakap stim ini digemari oleh sesiapa sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila sebut sahaja masakan stim pasti terbayang ikan siakap yang sangat sinonim dengan masakan stim atau kukus. Kombinasi rasa pedas, masam dan masinnya memang sekata dan sempurna membuatkan sesiapa sahaja menggemari resepi ikan siakap stim.

Malah resepi ikan siakap masak stim ini adalah hidangan yang sihat dan boleh disediakan dalam masa yang cepat. Caranya sangat mudah dan rasanya sama macam kita makan di restoran Thailand!

Bahan-bahan :

  • Seekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis
  • 1 batang serai
  • 5 hirisan halia
  • 3 tangkai cili kecil merah
  • 3 tangkai cili kecil hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang daun ketumbar
  • Setengah kiub pati ayam
  • Sos ikan

Cara-cara penyediaan :

1. Kukus ikan. Mula-mula, kukus ikan mengikut langkah ini:

  • Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
  • Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
  • Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
  • Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

2. Dalam sebuah periuk lain, kita masak pula kuahnya. Caranya seperti di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Cincang bawang putih secara kasar
  • Gorengkan bawang putih yang telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
  • Padamkan api kuali dan langsung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
  • Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
  • Kacau kuah sehingga sebati.

3. Kukus ikan bersama kuah

  • Bila kuah dan ikan dan masak, tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  • Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit supaya kuah, bahan-bahan masakan dan perasa meresap dan sebati dengan ikan siakap.
  • Siap dan sedia dihidang.

Tips Kukus Guna Kuali

Kebanyakan orang bujang biasanya mempunyai peralatan memasak yang ringkas sahaja seperti kuali dan tidak mempunyai periuk pengukus. Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana nak kukus resepi ikan siakap stim menggunakan kuali. Kami kongsikan caranya ya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Mula-mula letak air dalam kuali, kemudian letak mangkuk kaca berisi air di dalamnya.

2. Kemudian isi pinggan besi yang nak letak ikan stim nanti.

3. Selepas itu, guna penutup yang muat dengan kuali tu. Kalau nak guna mangkuk kecil pun boleh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekejap sahaja dah siap resepi ikan siakap stim ini. Ada yang nak lagi senang, terus masukkan semua bahan bersama macam masak ikan singgang, cuma ditutup periuknya. Boleh juga ikut kreativiti, bahan yang ada dan selera masing-masing.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Tiada Idea Nak Masak Apa Yang Simple Dan Sedap? Ini Resepi Nasi Goreng Cina Yang Pasti Anak Suka!

Baca juga : Ini Resepi Ayam Buttermilk Yang Rasa Sama Macam Di Restoran, Kuah Tak Pekat Dan Tak Cair Sangat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Ayam Goreng Kunyit Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia! Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Macam Makan Di Kedai

Penulis

Nursyamimi