Resepi Ikan Singgang Versi Baby, Bagus Untuk Meredakan Demam & Batuk Si Manja

Resepi ikan singgang boleh dicuba para ibu untuk redakan demam anak. Bahan-bahan yang digunakan juga cukup mudah dan pasti si manja suka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali bayi kurang sihat, kaum ibulah yang paling susah hati sekali. Mana tidaknya perlu berjaga siang malam kerana anak merengek tidak sedap badan. Jika si manja anda sudah memasuki usia 6 bulan dan ke atas, apa kata cuba resepi ikan singgang versi bayi ini.

Bahan-bahan yang digunakan mampu mengurangkan masalah demam, selesema dan batuk si manja secara semula jadi. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Resepi ikan singgang versi baby yang mudah dan berkhasiat
  • Kebaikan bahan-bahan dalam menu ikan singgang

Resepi ikan singgang versi baby yang mudah dan berkhasiat

Apabila anak demam pastinya akan membuatkan ibu menggelabah. Kesian melihat anak terpaksa menahan batuk dan selesema. Apatah lagi suhu badan juga meningkat. Ini akan membuatkan si manja menjadi tidak selesa.

Anak juga akan menangis dan mula meragam tak tentu masa. Ada kalanya merengek ketika diberikan ubat. Kalau bernasib baik habis sukatan ubat ditelan, tapi jika tidak pastinya tiada langsung titisan yang berjaya memasuki tubuh anak.

Penyediaan menu masakan adalah salah satu cara terbaik. Bukan sahaja ia membantu anak untuk kenyang, dalam masa yang sama akan meredakan demam. Dua dalam satu adalah hasil yang terbaik untuk ibu gunakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Nuyu Cuma, ikan singgang merupakan resepi yang baik untuk anak yang sedang sakit. Penyediaan bahan juga tidaklah rumit, boleh didapati di rumah atau kedai berhampiran.

Resepi bila anak sedang sakit.

Nuyu share ni senang je mummy pon dah selalu masak di rumah kan.

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 3 ulas
  • Lengkuas
  • Bendi untuk emaknya
  • Ikan boleh je pape pon
  • Serbuk ikan bilis
  • Asam keping

Cara penyediaan:

  1. Masukkan je semua bahan-bahan
  2. Masak dalam 10-15 minit

Kebaikan bahan-bahan dalam menu ikan singgang

Dia turut berkongsi kebaikan ikan singgang untuk anak. Setiap bahan digunakan dalam ikan singgang mempunyai kebaikan tersendiri.

Kenapa cakap singgang ni baik untuk baby yang tengah demam, selsema, batuk. Jom Nuyu share.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Bahan-bahan yang digunakan ni semua bahan yang tinggi antioxidant dan jugak antibacteria bagus untuk jangkitan.
  2. Asam keping tinggi dengan Vitamin C. Selain itu, tinggi dengan mineral-mineral yang sangat penting yang kita panggil sebagai micromineral. Contoh, potassium.
  3. Lengkuas ni baik untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
  4. Bendi tinggi dengan Vitamin C dan tinggi jugak dengan serat. Maksud serat kat sini dia kurangkan penyerapan gula dan kolesterol dalam darah.

 

Melalui video Nuyu Cuma campurkan kuah ikan singgang ke dalam bubur untuk disuapkan kepada anak. Dia juga memberitahu resepi ini sesuai untuk anak berumur 7 bulan ke atas. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!

Baca juga: Resepi Sup Singo Pear, Terbukti Berkesan Meredakan Anak Batuk Berkahak & Demam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:  5 Resepi Berasaskan Ikan Tenggiri Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas, Tinggi Vitamin & Zat Besi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ain Yusof