Resepi Ikan Tenggiri Mesra Kanak-Kanak, Penuh Khasiat Untuk Sokong Tumbesaran Anak Anda

Resepi ikan tenggiri yang kami kongsikan ikan memang mesra kanak-kanak dan sangat berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikan tenggiri terkenal dengan khasiatnya dan ia sesuai dijadikan makanan untuk kanak-kanak kerana tidak banyak tulang. Jadi kami kongsikan resepi ikan tenggiri untuk untuk penyediaan makanan kanak-kanak.

Resepi Ikan Tenggiri Untuk Kanak-Kanak

Berikut adalah beberapa resepi ikan tenggiri yang boleh anda cuba sebagai juadah untuk anak-anak.

1.Bubur

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan beras (cuci bersih)
  • 1 ketul ikan tenggiri (ambil isi)
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit daun bawang
  • sedikit bawang goreng
  • 1 kiub pati ayam @ bilis
  • 1.5 liter air

Cara Penyediaan:

  1. Masak nasi sehingga lembut,kemudian masukkan halia dan isi ikan
  2. Gaul sebati dan biarkan mendidih sehingga ikan betul-betul masak
  3. Bila dah hampir masak masukkan kiub pati ayam (tidak perlu tambah garam lagi) dan masukkan minyak bijan
  4. Taburkan daun bawang dan bawang goreng, siap untuk di hidang(boleh letak black pepper & white pepper juga)

2.Sup

Bahan-Bahan:

  • Unsalted butter*
  • Bawang holland*
  • Ikan bilis*
  • Halia*
  • 4 sekawan*
  • Baby carrot
  • Kentang
  • Mix herbs / Italiano herbs
  • Air
  • Isi ikan tenggiri
  • Batang saderi
  • Sawi
  • Daun sup

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan bertanda * sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan kentang dan baby carrot dan taburkan sikit mix herbs/italiano herbs dalam bahan tumis tadi.
  2. Masukkan air dalam bahan tumisan. Apabila sudah mendidih, boleh masukkan isi ikan tenggiri, batang saderi, sayur sawi dan daun sup.

3.Singgang Ikan Tenggiri

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul ikan tinggiri
  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci lengkuas (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 inci kunyit (dihiris)
  • 4 biji cili kecil dengan tangkai
  • 2 keping asam gelugor
  • 1/4 sudu teh belacan
  • 1/2 sudu besar gila melaka 
  • 1-2 sudu teh garam (sesuai rasa)

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Rebus ikan bersama semua bahan dengan air separas ikan sehingga mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih tambahkan lagi air secukupnya sebagai kuah. Masak lagi sehingga mendidih dan ikan masak.

4.Ikan Tenggiri Masak Kicap

Bahan-Bahan:

  • 6 ketul ikan tenggiri digoreng kunyit

Kuah kicap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 6 biji bawang merah kecil hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih hiris nipis
  • 2 inci halia hiris nipis
  • secukupnya kicap
  • 3 sb sos tiram
  • 3 sb sos cili
  • Sedikit cuka
  • Daun limau purut
  • Bawang holland hiris nipis
  • 5 biji tomato ceri belah 2
  • 1 biji cili merah hiris nipis
  • 1 biji cili hijau hiris nipis
  • Gula garam secukup rasa jika perlu

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan sehingga masak ketepikan. Tumis bahan hiris sehingga wangi dan masukkan kicap,sos tiram dan sos cili kacau-kacau sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan semua sayur dan masukkan ikan yang digoreng tadi kacau rata siapp dan perasakan.

5.Asam Pedas Ikan Tenggiri Mesra Kanak-Kanak

Bahan-Bahan:

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 ulas bawang besar*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci kunyit*
  • 2 tangkai lada merah*
  • 1 sudu kecil belacan*
  • 1 sudu makan lada kisar
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 jug air
  • 2 biji tomato
  • 5-7 biji bendi
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu makan gula

Cara Penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kisar sekaligus bahan yang bertanda * dan tumiskan di dalam periuk bersama lada kisar, kicap dan gula sehingga garing. Minyak perlu lebih sedikit supaya mudah garing dan kena selalu kacau supaya tidak hangit di bawah.
  2. Setelah garing, masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam. Siap untuk dihidangkan.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Resepi Ikan Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak & Naikkan Selera Makan

Baca juga: 7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

Baca juga: 5 Resepi Berasaskan Ikan Tenggiri Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas, Tinggi Vitamin & Zat Besi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar