Resepi Berasaskan Ikan Yang Mudah & Lazat, Ibu Jom Cuba Pasti Anak Akan Suka!

undefined

Resepi berasaskan ikan yang mudah ini patut para ibu cuba kerana ia kaya dengan kandungan Omega-3 yang baik untuk merangsang perkembangan si manja

Ingin anak makan lebih banyak ikan dan mendapat Omega-3 yang baik? Cubalah resepi berasaskan ikan untuk anak yang menjilat jari ini!

Sekiranya anak bukan peminat ikan, jangan risau. Dengan sedikit kreativiti dan resipi yang menyeronokkan dan lazat, anak akan menjadi peminat ikan dalam masa yang singkat!

10 resepi berasaskan ikan yang berkhasiat dan sedap untuk si manja

#1. Resepi berasaskan ikan- Fish finger yang ranggup

resepi ikan

Ini resepi ikan yang sangat mudah untuk dibuat ibu bapa!

Nampak macam nugget je bukan? Tapi ia sebenarnya ikan! Resepi ikan untuk anak ini senang saja dan tidak memerlukan banyak bahan-bahan. 

Antara bahan yang anda perlukan adalah:

  • 500g ikan kod atau ikan putih yang telah dibuang kulit dan tulang
  • 75g tepung serbaguna
  • 2 biji telur ayam
  • 200g serbuk roti
  • garam secukup rasa
  • minyak 

Bahan untuk sos:

  • 200ml Mayonis
  • 2 sudu besar capers
  • 2 sudu besar parsli dicincang
  • 1 lemon

Cara memasak

  1. Untuk membuat sos, campurkan mayonis dengan caper, parsli dan jus separuh lemon. Sebatikan
  2. Potong ikan menjadi kepingan bersaiz jari. Letakkan tepung di atas pinggan, tambah sedikit garam. Pukul telur dan letakkan serbuk roti di atas pinggan yang berasingan.
  3. Celupkan ikan terlebih dahulu ke dalam tepung serbaguna, kemudian telur dan akhirnya serbuk roti, pastikan ia dilapisi dengan baik.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga berwarna coklat. Sedikit untuk dihidangkan.

#2. Resepi berasaskan ikan- Pasta tuna bakar

resepi ikan

Resipi kegemaran sekeluarga ini mempunyai cebisan tuna dan jagung yang dihiasi dengan lapisan keju yang sedap! 

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar minyak
  • 1 biji bawang merah kecil dicincang halus
  • 5 cendawan bersaiz sederhana, dicincang
  • 150g jagung manis
  • 400g tomato cincang
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 300g penne pasta
  • 185 gram tin ikan tuna 
  • 25g keropok masin
  • 100g keju Cheddar 

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang dan masak selama 5 minit dengan api sederhana, kemudian masukkan cendawan. Tambah jagung manis, tomato dan puri tomato dan reneh selama beberapa minit.
  2. Sementara itu, masak pasta ke dalam air yang mendidih sehingga lembut. 
  3. Kacau pasta ke dalam sos, kemudian gaulkan tuna menjadi kepingan kecil dan campurkan ke dalam pasta. Sudu ke dalam pinggan. Hancurkan keropok dan taburkan keju.
  4. Letakkan di atas dulang pembakar dan bakar selama kira-kira 5 minit sehingga keju cair dan berubah menjadi coklat keemasan.

#3. Burger ikan

resepi ikan

Anak gemar makan burger? Cuba resepi ikan untuk anak ini pula! Daging ikan akan dikisar sehingga menjadi cebis-cebisan ikan yang kecil dan dibentuk sehingga menjadi bentuk burger.

Bahan-bahan:

  • 400g (14oz) fillet ikan putih
  • 5 sudu besar parsli segar cincang
  • 1 sudu capers
  • Sebiji lemon
  • Garam dan serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Sedikit tepung
  • Roti burger, daun salad, timun yang dihiris, sos atau mayonis

Cara memasak

  1. Cincang isi ikan sehingga halus. Masukkan parsli, caper, sedikit perahan lemon dan perasa sehingga sebati.
  2. Kemudian bentukkan adunan menjadi petak atau bulat seperti daging burger.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, taburkan sedikit tepung ke atas burger. Masak dengan api kecil hingga keperangan
  4. Hidangkan bersama roti, salad dan sos kegemaran anak.

#4. Ikan taco

resepi ikan

Resipi ikan untuk anak ini mungkin memerlukan penyediaan yang paling banyak. Tetapi anak boleh memilih sendiri, inti untuk dimasukkan ke dalam roti taco mereka.

Bahan-bahan

  • 1 biji mangga masak, dikupas dan dicincang halus
  • 1 biji bawang merah, cincang halus
  • ½ timun, dikupas, dipotong dan dicincang
  • 1 biji lada merah dicincang halus
  • Sedikit ketumbar
  • Garam dan lada hitam 
  • 8 bungkus tortilla wrap
  • 4 fillet salmon segar
  • Sedikit salad segar
  • Krim masam (sour cream) 100ml

Cara memasak

  1. Untuk membuat salsa: Dalam mangkuk campurkan buah mangga, bawang, timun, lada, ketumbar dan perasakan.
  2. Panaskan kuali dan letakkan kulit salmon di bahagian bawah hingga garing. Balikkan selepas 2-3 minit.
  3. Kemudian, pindahkan ke pinggan dan sejukkan. Buang kulitnya dari isi ikan menggunakan garfu.
  4. Panaskan tortilla wrap.
  5. Untuk membuat taco, ambil satu tortilla wrap, letakkan daun salad, sesudu salmon, diikuti dengan salsa dan krim masam. Lipat dan sedia dihidangkan.

#5. Pai ikan dan kentang

resepi ikan

Bahan-bahan

  • 1.8kg kentang dipotong dadu
  • 75g sapuan rendah lemak
  • 50g tepung gandum
  • 575ml susu
  • 1 daun salam
  • 6 biji lada sudah
  • ½ bawang kecil
  • 450g isi ikan putih
  • 225g ikan kod

Cara memasak

  1. Masukkan kentang ke dalam kuali dan tutup dengan air. Didihkan selama 15 minit. Kemudian, hancurkan kentang bersama 25gsapuan rendah lemak.
  2. Masukkan susu ke dalam kuali besar dengan daun salam, lada sulah dan bawang. Perlahankan api dan masak hingga mendidih. Keluarkan dan buang daun salam, lada sulah dan bawang.
  3. Masukkan baki 50g sapuan lemak rendah ke dalam kuali besar dan panaskan hingga cair.
  4. Masukkan 50g tepung kacau selalu hingga masak. Tambahkan susu sehingga pekat.
  5. Masukkan isi ikan yang dipotong menjadi kepingan besar.
  6. Letakkan dalam bekas kalis ketuhar, tuangkan sos dan kentang hancur. Bakar pada suhu 190°C selama 25 minit sehingga kentang berwarna keemasan. Siap!

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

Baca juga: Resepi Bekal Makanan Bayi Untuk Ke Rumah Pengasuh, Ibu Bekerja Pun Sempat Buat!

Baca juga: Resepi Jajan Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!