Ibu, amalkan 5 resepi jamu ini untuk tampil slim, suami pasti tak akan cari lain!

lead image

Jom kita cuba 5 resepi jamu ini kerana badan akan rasa segar dan kembali bertenaga selepas proses bersalin

Selepas mengandung selama sembilan bulan, kemudian melalui pula proses bersalin, tentunya ibu sedikit penat dan tubuh alami perubahan. Sebab itu, anda perlu cuba 5 resepi jamu selepas bersalin ini untuk dapatkan kembali kesegaran tubuh.

Jangan risau, kami takkan kongsi resepi jamu yang bukan-bukan. Tapi sebelum ibu mencuba mana-mana resepi, ibu perlu tahu bahan yang digunakan dalam resepi jamu selepas bersalin itu elok atau sebaliknya kerana ibu perlu menyusukan bayi.

Sebab itu jamu yang dibuat sendiri dengan guna bahan semula jadi lebih bagus dan terbaik. 

Apa lagi tunggu, jom cuba 5 resepi jamu selepas bersalin ini. Mana tahu tubuh anda kembali langsing seperti anak dara dahulu, suami pun pasti tak cari lain! 

5 resepi jamu selepas bersalin 

1. Resepi jamu selepas bersalin –  Pil jamu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/pharmacy 2055130 640.jpg Ibu, amalkan 5 resepi jamu ini untuk tampil slim, suami pasti tak akan cari lain!

Resepi jamu selepas bersalin pertama yang boleh diamalkan ialah pil jamu. Pil jamu ini boleh dapatkan di pasaran berhampiran.

Apapun, baca dahulu kandungan bahan yang dibuat, pastikan ia guna bahan alami dan tidak ada bahan kimia yang berbahaya. Itu bukan jamu itu ubat namanya! 

Kebaikan pil jamu: 

  • Menguatkan otot
  • Luka jahitan cepat sembuh 
  • Mengecutkan rahim 
  • Melancarkan susu ibu
  • Mengembalikan stamina yang hilang 
  • Melancarkan darah nifas keluar dengan cepat 

2. Jamu air kunyit

Bahan-bahan: 

4 biji kunyit hidup

3 gelas air asam jawa 

Gula 

Cara membuat: 

1. Campurkan semua bahan dan kisar halus. 

2. Kemudian rebus semua bahan tadi hingga mendidih 

3. Jamu siap untuk diminum. Lebih sedap jika diminum suam dan amalkan setiap hari. 

Kelebihan: 

  • Bantu mempercepatkan pemulihan tubuh ibu selepas bersalin
  • Mengembalikan ketegangan otot selepas hamil 
  • Otot vagina kembali rapat 
  • Tubuh jadi lebih bertenaga 

3. Resepi jamu selepas bersalin – Jamu beras dan halia 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/persalinan pasca melahirkan normal minum 5 jamu ini agar badan singset 3 5a8e86d2e4a129a5cd376b6248b1f6c5 800x420.jpg Ibu, amalkan 5 resepi jamu ini untuk tampil slim, suami pasti tak akan cari lain!

Bahan-bahan: 

200 gram beras

3 biji halia 

1 biji kunyit hidup 

6 gelas air 

Gula 

Daun pandan 

Garam secukupnya 

Cara-cara membuat: 

1. Cuci dan rendam beras selama 3 jam 

2. Rebus semua bahan dan didihkan. Setelah itu angkat dan tapis. 

3. Tumbuk beras hingga halus dan masukkan bahan yang direbus tadi. 

4. Jamu siap untuk diminum 

Kelebihan: 

  • Memulihkan kesihatan ibu selepas melahirkan 
  • Badan kembali segar 
  • Kurangkan rasa lenguh-lenguh badan
  • Melancarkan susu ibu 

4. Resepi jamu selepas bersalin – Jamu daun betik 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/persalinan pasca melahirkan normal minum 5 jamu ini agar badan singset 4 d58f4c66d23d9287ddc1402c9bd1b1d1 800x420.jpg Ibu, amalkan 5 resepi jamu ini untuk tampil slim, suami pasti tak akan cari lain!

Bahan-bahan 

7 gram daun betik 

7 gram asam jawa 

Jintan secukupnya 

10 gram kayu rapet

2 gelas air 

Cara-cara membuat: 

1.Cuci dan haluskan semua bahan, kemudian tumbuk sampai halus.

2. Rebus air hingga mendidih dan masukkan semua bahan tadi. 

3. Angkat dan tapiskan. Boleh diminum dua kali sehari 

Kelebihan: 

  • Daun betik bantu mengembalikan bentuk tubuh 
  • Mencegah demam ketika nifas 
  • Melancarkan susu ibu 
  • Menghilangkan jerawat 
  • Mengatasi keputihan 

5. Resepi jamu selepas bersalin –  Jamu kayu manis dan halia

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/persalinan pasca melahirkan normal minum 5 jamu ini agar badan singset 5 1b72de0213c6c8d5149b7ad2ddd8db3e 800x420.jpg Ibu, amalkan 5 resepi jamu ini untuk tampil slim, suami pasti tak akan cari lain!

Bahan-bahan

Beras 

Kayu manis 

Halia

Asam jawa 

Cara-cara membuat

Mudah saja, rebus kesemua bahan dan terus boleh diminum suam 

Kelebihan 

  • Memulihkan stamina dan meningkatkan sistem imum pada tubuh supaya kembali segar 

Amaran: Resepi ini hanya boleh diamalkan ibu yang bersalin secara normal kerana bimbang jika bersalin secara czer dan amalkan jamu takut kalau ada komplikasi. Selamat mencuba! 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Pedava

Baca juga:

Jamu selepas bersalin: 5 bahan asas dan khasiat yang para ibu perlu tahu