Resepi Kangkung Goreng Belacan Yang Mudah & Sedap

Resepi kangkung goreng belacan antara hidangan sayur yang paling ringkas dan mudah untuk disediakan. Tak sampai 5 minit dah siap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau sebut kangkung, pasti kita sudah terbayangkan resepi sayur kangkung goreng belacan. Hidangan sayur ini bukan sahaja mudah disediakan tapi boleh buat orang yang makan bertambah-tambah nasi! Kali ini kami kongsikan resepi kangkung belacan untuk anda cuba di rumah!

Resepi Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan: 

  • sayur kangkung, 1 ikat
  • 1 sudu kecil tepung jagung (jadikan pes)
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • Sedikit kicap
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan kisar kasar:

  • 4-5 tangkai cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 cm belacan
  • sedikit ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:

  1. Pertama sekali, bersihkan kangkung dan potong kasar.
  2. Asingkan bahagian batang dan daunnya.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan kangkung bahagian batang dan goreng sehingga sedikit layu.
  5. Kemudian, masukkan pula bahagian daun.
  6. Masukkan sedikit air, kicap, garam, gula dan pes tepung jagung.
  7. Kacau seketika, jangan sampai sayur terlebih masak.
  8. Angkat dan hidangkan.

Pastikan bahan-bahan sudah disiapkan terlebih dahulu supaya proses masak sayur tidak terlalu lama nanti sayur jadi lembik dan tak sedap lagi.

Walaupun resepi sayur kangkung goreng belacan ini paling mudah untuk dimasak tetapi jika kena cara masakannya semua orang suka. Lebih-lebih lagi dengan gabungan cili yang pedas, rasa masin ikan bilis dan bawang yang membuatkan hidangan ini menjadi lazat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Variasi Resepi Sambal Belacan Yang Boleh Anda Cuba, Yang Pasti Kick Dan Mudah Dibuat!

Baca juga: Resepi Sayur Sawi Tumis Air Yang Sedap, Tinggi Serat Bantu Elak Sembelit Ketika Pantang

Baca juga: Tak Suka Taugeh? Jangan Begitu, Banyak Khasiat Taugeh Ni & Cuba Dulu Resipi Ini Baru Anda Jatuh Cinta!

Penulis

Noorhidayah