Resepi Kek Batik Khairul Aming, Mudah Dan Paling Sedap

Resepi kek batik Khairul Aming antara resepi paling simple dan tidak memerlukan banyak bahan untuk membuatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kek batik antara desert atau pencuci mulut popular kerana cara penyediannya yang sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Kali ini kami kongsikan resepi kek batik Khairul Aming yang boleh anda cuba di rumah.

Resepi Kek Batik Khairul Aming

Bahan-bahan:

  • 3/4 buku butter/mentega
  • 1/2 tin susu pekat
  • 2 cawan milo
  • 3 sudu serbuk koko or choc sauce
  • 1 paket biskut marie (25 keping)

Cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega di atas api. Apabila sudah cair, masukkan susu pekat dan dua cawan milo. Apabila kedua-dua bahan itu sudah sebati masukkan serbuk koko atau choc sauce. Kacau sehingga sebati dan tutup api.
  2. Patah-patahkan biskut marie kepada kepingan kecil ke dalam bekas. Tuangkan sos tadi dan ratakan biskut bersama sos. (tekan menggunakan tangan sehingga kek padat.
  3. Apabila sudah padat, masukkan ke dalam peti ais selama satu malam. 
  4. Potong kek batik dalam bentuk empat segi. 
  5. Sedia untuk dihidang.

Penyediaan kek batik ini mudah saja, anak-anak remaja pun boleh buat. Mungkin ini boleh jadi aktiviti hujung minggu anda bersama anak-anak. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Adakah Kek Dan Gula Penyebab Kanser Yang Kita Tak Tahu Selama Ini?

Baca juga: Bestnya Jadi VIP Mum, Ibu & Anak Boleh Belajar Buat Kek Cawan Di Collins Kitchen Lab!

Baca juga: Variasi Kek Sedap & Mudah Untuk Santapan Di Hari Raya, Buat Last Minute Pun Sempat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar