Resepi Kek Batik Yang Mudah & Sedap, Menu Kudapan Petang Favourite Anak-Anak Di Rumah

Resepi kek batik simple ini boleh dibuat sendiri di rumah kerana bahan dan cara penyediaannya cukup mudah. Pasti anak-anak suka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekali-sekala tidak salah jika ibu ingin menghidangkan sesuatu kelainan untuk suami dan anak-anak di rumah. Antara yang boleh anda cuba adalah resepi kek batik indulgence kerana ia tidak renyah serta cara penyediaannya pun sangat mudah.

Jangan risau jika tiada ketuhar di rumah. Resepi kek batik ini hanya perlu dimasukkan ke bahagian peti sejuk bagi mendapatkan tekstur yang lembut.

Berbanding beli di kedai yang sesetengahnya kurang puas hati, lebih baik anda cuba buat sendiri. Paling best bila kita boleh guna bahan-bahan premium dan boleh mengawal kemanisan seperti yang diinginkan.

Resepi kek batik Indulgence yang mudah dan sedap, sesuai untuk kudapan di petang hari

Para ibu nak sediakan minum petang khas buat keluarga tercinta? Bolehlah cuba kek batik resepi ini. Mana tahu boleh buat bisnes, kalau menjadi dan sedap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan A:

  • Kek Batik
  • 800gm biskut marie
  • 250gm butter
  • 200gm milo
  • 2sb serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 1sk esen vanila

Bahan B:

  • Indulgence Cream
  • 250gm cream cheese
  • 2 cawan whipping cream

Bahan C:

  • Chocolate Ganache
  • 250gm dark chocolate
  • 2 cawan whipping cream
  • 2sb minyak

Cara-cara pembuatan resepi kek batik viral

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kek batik

  1. Cairkan butter.
  2. Masukkan susu segar, susu pekat, milo, serbuk koko, dan kacau.
  3. Masukkan telur yang telah dipukul manja bersama esen vanila.
  4. Bila sos coklat mula memekat, masukkan biskut marie yang telah dipatahkan. Kacau sehingga keseluruhan biskut disaluti dengan sos coklat.
  5. Alas loyang 10×10″ dengan baking paper. Lebihkan baking paper sebanyak 2″ pada setiap sudut loyang bagi memudahkan proses mengeluarkan kek batik nanti.
  6. Padatkan adunan biskut tadi dan sejukkan.

Indulgence Cream

  1. Putar cream cheese & whipping cream.
  2. Lapis indulgence cream atas kek batik dan sejukkan.

Chocolate Ganache

  1. Satukan whipping cream, dark chocolate dan minyak masak ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan ke dalam microwave selama 2 minit dan kacau sebati.
  3. Lapiskan chocolate ganache di atas indulgence cream. Sejukkan kek batik indulgence sekurang kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk di bahagian chiller.

Anda boleh keluarkan kek batik indulgence 10 minit awal sebelum proses memotong. Tapi sebelum itu, rendam pisau ke dalam air panas dan lap pisau sebelum potong untuk mendapatkan hasil potongan yang cantik/kemas.

Selamat mencuba resepi kek batik milo yang sedap dan mudah ini!

[tap-poll id=4067925]

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Cucur Durian Yang Sedap & Menjadi, Buat Minum Petang Mesti Anak-Anak Suka!

Baca juga: Resepi Cempedak Goreng Rangup & Sedap, Ini Tips Bancuh Tepung Agar Tidak Makan Minyak

Baca juga:  Resepi Rotiboy Homemade Yang Sedap & Lembut, Buat Minum Petang Anak Mesti Suka!

Penulis

Murns A.