Menyediakan makanan untuk bayi memang nampak mudah, tetapi ia sebenarnya jadi satu perkara yang mencabar juga jika anak itu picky eater. Boleh cuba resepi kentang untuk bayi ini, mungkin ia boleh buka selera anak yang cerewet makan.
Terdapat pelbagai jenis kentang di pasaran, tetapi tidak kisahlah, asalkan ia kentang banyak khasiat yang bayi akan dapat jika ibu ayah memberikan anak makan kentang.
Kadang kala kita ingat rasa kentang itu tidak sedap, tapi sebenarnya kentang juga sedap di makan begitu saja dan ia antara makanan yang paling mudah diterima bayi.
Resepi kentang untuk bayi, potato cheese ball!
Resepi potato cheese ball ini dikongsikan oleh seorang ibu, di laman Facebooknya, Makanan Baby Izzly. Jom kita tengok senang saja bahan-bahannya mungkin sudah ada di rumah pun.
Bahan-bahan:
- Kentang sebiji
- Bredcrumbs
- Slim cheese
- Telur
- Serbuk ayam
Cara menyediakannya:
- Lenyekkan kentang dan masukkan keju
- Taburkan serbuk ayam ke dalam telur
- Gaulkan kentang yang sudah dibentuk bulat bersama keju di dalamnya ke dalam bancuhan telur dan serbuk ayam
- Gaulkan potato ball dengan breadcrumbs
- Goreng dan siap untuk dihidangkan!
Makanan seperti ini juga boleh dijadikan sebagai finger food untuk bayi! Tahukah anda kenapa pentingya finger food untuk bayi?
Baca juga: Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!
Penggunaan finger foods penting kembangkan kemahiran anak
- Bantu anak kembangkan skill untuk pegang barang
- Bantu anak belajar fokus untuk menyuap makanan dalam mulut
- Bantu anak menarik minat dekat makanan depan mata (guna konsep play time waktu eating time)
- Bantu anak belajar gigit kuantiti yang sesuai (banyak sangat tak boleh kunyah nanti)
- Bantu mak ayah tentukan makanan apa yang anak suka
5 khasiat kentang untuk bayi
Selain cepat mengenyangkan, ini khasiat kentang untuk bayi:
#1. Kaya dengan pelbagai nutrien semulajadi
Kentang kaya dengan pelbagai sumber nutrien semulajadi. Menurut Healthline.com, 100gram kentang beserta kulitnya mengandungi nutrien berikut:
- Kalori: 161
- Lemak: 0.2 grams
- Protein: 4.3 grams
- Karbohidrat: 36.6 grams
- Serat: 3.8 grams
- Vitamin C: 28% daripada kadar pengambilan harian
- Vitamin B6: 27% daripada kadar pengambilan harian
- Potasium: 26% daripada kadar pengambilan harian
- Mangan: 19% daripada kadar pengambilan harian
- Magnesium: 12% daripada kadar pengambilan harian
- Fosforus: 12% daripada kadar pengambilan harian
- Niasin: 12% daripada kadar pengambilan harian
- Folat: 12% daripada kadar pengambilan harian
#2. Baik untuk pencernaan
Selain buah-buahan, mungkin ramai tak tahu bahawa kentang juga memiliki kandungan serat yang tinggi. Serat yang tinggi baik bagi bayi agar pencernaannya tetap lancar dan sihat.
Jika sistem pencernaan bayi sihat, mood bayi pun sentiasa baik dan tiada masalah sembelit yang sering menyebabkan perut bayi kembung dan tidak selesa sekaligus membuatkan mereka selalu merengek.
Anda perlu peka terhadap sebarang perubahan anak anda, bagi memastikan mereka selesa, barulah sentiasa baik moodnya!
#3. Membantu sistem imuniti badan
Kentang kaya dengan antioksidan, beta-karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan fosforus. Pelbagai jenis vitamin ini diperlukan tubuh untuk melindungi diri dari kuman penyebab penyakit. Selain itu, vitamin B juga baik bagi perkembangan saraf bayi.
Vitamin sangat penting untuk membantu perkembangan saraf bayi. Jadi pastikan anak anda diberikan makanan berkhasiat ya!
#4. Mengenyangkan dan memberi tenaga
Berdasarkan kajian, kentang adalah antara makanan yang paling mengenyangkan. Ia juga menyumbangkan sumber tenaga yang baik untuk bayi. Oleh sebab itu, ia sesuai untuk membantu bayi mencapai berat badan ideal.
#5. Bagus untuk kesihatan tulang
Zat besi, fosforus, kalsium magnesium dan zink yang terkandung dalam kentang membantu bayi untuk membina serta mengekalkan struktur tulang yang kuat. Selain itu, zat besi dan zink juga berperanan dalam memproduksikan dan mematangkan kolagen dalam tubuh.
Tulang yang kuat penting untuk bayi. Tidaklah mudah benar mengalami patah tulang jika berlaku sebarang kemalangan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: siraplimau, Makanan Baby Izzly
Baca juga: 7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam