X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Resepi Koktail Buah Viral Yang Mudah & Sedap, Minuman Penyejuk Tekak Paling Meriah!

5 min bacaan
5 Resepi Koktail Buah Viral Yang Mudah & Sedap, Minuman Penyejuk Tekak Paling Meriah!

Resepi koktail buah menjadi hidangan pencuci mulut yang sihat buat keluarga. Bila buat sendiri memang puas hati sebab boleh makan banyak

Setiap kali buka Tik Tok atau Facebook, pasti ada yang berkongsi video air koktail susu yang kelihatan begitu sedap dengan potongan buah-buahan segar. Justeru apa kata anda cuba beberapa variasi resepi koktail buah untuk dihidangkan kepada keluarga atau tetamu yang datang ke rumah.

Sekali sekala buat air koktail buah mesti anak-anak pun suka. Ia juga menjadi hidangan penyejuk tekak dan paling penting minuman ini juga amat baik untuk kesihatan.

Resepi koktail buah viral dan simple

#1. Resepi koktail buah sihat menggunakan susu segar 

resepi koktail buah viral
Bahan-bahan:

  • 1 botol susu segar. Saya guna jenama Farm Fresh (pure fresh milk) 700ml.
  • *1 cawan strawberry
  • *1 cawan mempelam
  • *1 cawan buah naga
  • *1 cawan laici
  • *1 cawan nenas
  • *1 cawan anggur hijau
  • *1 cawan anggur merah
  • *1 cawan betik
  • *1 cawan kiwi
  • 1 bekas nata de coco
  • 1 paket sumi jelly (anak-anak yang request)
  • *Semua buah-buahan dipotong dadu. Boleh tukar guna buah-buahan lain ikut suka.

Cara penyediaan:

  1. Untuk kuah: Masukkan susu segar dalam satu balang. Kemudian masukkan 1 bekas nata de coco serta jelly.
  2. Sediakan buah:  Buah-buahan segar tadi yang mana perlu dikupas, buang kulitnya dan dadu sederhana besar, begitu juga buah-buah yang lain.Saya potong buah guna bentuk-bentuk menarik untuk tarik minat anak makan. Isikan ke dalam sebuah bekas untuk disejukkan.
  3. Sejukkan dalam peti ais bahan kuah dan buah-buahan.
  4. Hidang. Bila dah nak hidang, boleh isikan setiap jenis buah dalam 1 gelas. Kemudian, cedok kuah kedalam buah. Sedia untuk dinikmati.

#2. Resepi air cocktail buah simple

Resepi air cocktail buah simple

Bahan-bahan:

  • 2 tin susu cair
  • 1 tin laici / longan
  • 1 tin buah untuk koktail
  • Buah anggur & stawberry
  • Nata de coco
  • Sumi Jelly
  • sedikit bahan perasa (gula dan garam)
    *Nak tambah buah-buah lain pun boleh. Ikut selera anda.

Cara penyediaan air cocktail buah simple

  1. Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain)
  2. Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam untuk rasa lebih berlemak
  3. Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).
  4. Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.
  5. Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.

Nota: Untuk lebih sedap, sejukkan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu. Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.

#3. Resepi air buah koktail berkastard

resepi koktail buah mudah

Bahan-bahan:

  • 1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 cawan gula
  • secukupnya agar2 laici (dipotong dadu kecil) @ letak nata de coco
  • secukupnya ketulan ais
    ** tambah 1 sudu kecil esen vanila bagi rasa dan bau wangi 🙂

Cara-cara membuat air buah koktail berkastard

1. Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dgn hand whisk (memudahkan) supaya kastard tidak melekat pada dasar periuk. **jika ingin air kastard nampak menarik lagi, boleh masukkan sedikit pewarna kuning.
2. Apabila sebati, tutup api dan sejukkan dalam peti sejuk.
3. Apabila dah betul-betul sejuk, masukkan agar-agar laici dan buah-buahan koktail ke dalam adunan kastard.
4. Masukkan ketulan ais secukupnya dan siap untuk dihidangkan.

#4. Resepi koktail buah naga

resepi koktail buah viral

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu sejat
  • Setengah tin susu pekat
  • 1 tin buah laici
  • 1 biji buah naga
  • 2 biji buah mangga
  • Cincau
  • Air

Cara membuat air koktail buah naga:

  1. Bancuh susu pekat dengan dua cawa air panas. Biar sebati.
  2. Kemudian, tambah lagi dua cawan air.
  3. Campur semua bahan-bahan tadi, iaitu buah laici, buah naga, mangga dan juga lengkong atau cincau. Jangan lupa tambahkan ais untuk rasa yang lebih sedap!

#5. Koktail buah tanpa susu

koktail tanpa susu

Bagi anda yang ada alahan dengan susu, bolehlah cuba resepi koktail buah tanpa susu ini. Rasanya sedap dan menyenangkan perut.

Bahan-bahan koktail buah tanpa susu

  • 2 tin besar buah-buahan campur
  • 1 tin laici
  • 1 tin palm fruit
  • 1/2 jag air putih
  • Ais batu

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua buah-buahan dalam tin ke dalam bekas besar.
  2. Kemudian tambahkan sedikit air putih kerana buah-buahan dalam tin agak manis.
  3. Tambah ais. Sedia untuk dinikmati!

Nota:

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  • Ada yang suka susu, boleh tambahkan susu sejat dalam campuran ni. Paling sedap guna susu sejat Ideal. Rasa lemak-lemak kurang manis gitu.
  • Dan tambahkan sikit garam bagi perasa. Kalau ada budak kecik, letaklah sumi jelly dengan cincau ataupun nata de coco. Kuantiti lagi banyak.

Semoga bermanfaat!

Hasrul Hassan, Makanan Sedap Dan Kreatif, Nurul Shahira

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga: Resepi Waffle Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam, Berbaloi Buat Sendiri Lebih Puas & Sedap!

Baca juga:  Resepi Crab Rangoon Yang Rangup & Sedap, Kudapan Viral TikTok Kesukaan Anak-Anak!

Baca juga: Resepi Air Yogurt Homemade Yang Mudah & Sedap, Guna 4 Bahan Sahaja, Anak Mesti Suka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • 5 Resepi Koktail Buah Viral Yang Mudah & Sedap, Minuman Penyejuk Tekak Paling Meriah!
Kongsikan:
  • Resepi Ayam Percik Khairul Aming, Kelantan Style Tanpa Perlu Bakar Guna Arang

    Resepi Ayam Percik Khairul Aming, Kelantan Style Tanpa Perlu Bakar Guna Arang

  • 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

    8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

  • Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

    Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

  • Resepi Ayam Percik Khairul Aming, Kelantan Style Tanpa Perlu Bakar Guna Arang

    Resepi Ayam Percik Khairul Aming, Kelantan Style Tanpa Perlu Bakar Guna Arang

  • 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

    8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

  • Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

    Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.