Resepi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan

lead image

Resepi kurma daging air tangan Neelofa untuk suaminya ini membuatkan ramai peminat terliur dan teruja melihat pasangan bahagia ini di dapur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada orang kata salah satu cara memikat hati suami adalah dengan masakan. Di sini kami sertakan resepi kurma daging yang sedap dan mudah disediakan di rumah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Resepi kurma daging air tangan Neelofa untuk suami

Resepi masakan ini adalah air tangan Neelofa untuk Haris Ismail serta dikongsikan oleh suaminya menerusi video pada laman Instagram beliau.

Semoga ia bermanfaat untuk ibu-ibu dan para isteri mencuba di rumah. Paling seronok apabila suami turut bantu isteri memasak di dapur, eratkan hubungan dengan aktiviti memasak.

Resepi kurma daging air tangan Neelofa untuk suami

Bahan-bahan:

  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • bawang goreng
  • daging
  • kentang
  • rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)
  • asam keping
  • tomato
  • bawang besar
  • cili padi
  • cili besar
  • santan
  • serbuk kurma
  • garam
  • minyak masak (tumis)

Cara-cara:

1- Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang goreng serta sedikit air menggunakan pengisar basah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2- Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga serta bahan yang telah dikisar (bawang merah, bawang putih, halia
dan bawang goreng).

3- Selepas warna berubah dan bau bahan yang ditumis naik, masukkan daging dan kacau. Proses akan mengambil masa lama sedikit untuk memastikan rempah yang ditumis meresap masuk ke dalam daging.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4- Kira-kira 10 minit kemudian, masukkan kentang, asam keping dan tambah sedikit air.

5- Seterusnya masukkan serbuk kurma (ikut anggaran anda) dan kacau.

6- Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dipotong dua serta tambah sedikit air dan kacau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7- Tambah santan (ikut anggaran anda) dan kacau. Perasakan dengan garam. Masukkan cili padi, cili besar dan tomato.

8- Kecilkan api dan biarkan untuk memastikan daging empuk lagi. Selepas itu, bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senang dan mudah, selamat mencuba ibu-ibu dan para isteri di rumah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Open House Berasaskan Ayam Yang Rare & Sedap, Buat Tetamu Makan Hingga Licin Pinggan

Baca juga: 7 Resepi Air Sedap & Segar Untuk Dihidangkan Ketika Hari Raya, Tetamu Mesti Suka!

Baca juga: Resepi Cha Bang Ang Atau Aroikah Yang Mudah & Sedap, Minuman Viral Dari Thailand

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan