Lempeng antara makanan popular masyarakat Melayu yang sangat mudah disediakan. Ada pelbagai jenis resepi lempeng boleh anda cuba namun kali ini kami kongsikan resepi lempeng lembut yang sangat sesuai disediakan untuk sarapan pagi.
Isi Kandungan
Resepi Lempeng Lembut
Kalau anda betul-betul ikut resepi ini pasti tidak gagal. Resepi ini dikongsikan seorang pengguna Facebook di laman Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Bahan-Bahan Resepi Lempeng Lembut
Bahan A:
- 1 biji telur
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
Bahan B:
- 250gm Tepung Gandum (2 cawan tepung)
- 500ml air
- 1 sudu kecil baking powder
Cara-Cara
Cara penyediaan:
- Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam pengisar. Kisar hingga telur kembang.
- Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dgn air, kisar hingga tepung sebati.
- Tuang adunan dalam jag, biarkan selama 1 jam supaya baking powder bertindak balas untuk dapatkan lempeng yang lembut dan gebu.
- Boleh gunakan pan saiz 18. Satu adunan boleh mendapat kira-kira 12 keping lempeng ikut.
- Panaskan non-stick pan.
- Tuang adunan ikut saiz pan. Tdak perlu lenggang pan.
- Tunggu sehingga lempeng timbul buih-buih halus, kemudian baru balikkan.
- Bila sudah masak, angkat dan letak dalam pinggan. Teruskan proses masak lempeng hingga habis adunan.
Selamat mencuba!
Rasa
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Lempeng Kelapa Paling Simple & Lembut, Sesuai Untuk Sarapan Atau High Tea
Baca juga: Roti Jala Cicah Kari Atau Serawa, Ini Resepi & Cara Buat Roti Jala Lembut Hingga Ke Petang
Baca juga: Resepi Mee Goreng Mamak Paling Ringkas & Sedap Ikut Cara Che Nom, Confirm Jadi!