X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Mee Goreng Mamak Paling Ringkas & Sedap Ikut Cara Che Nom, Confirm Jadi!

4 min bacaan
Resepi Mee Goreng Mamak Paling Ringkas & Sedap Ikut Cara Che Nom, Confirm Jadi!

Resepi mee goreng mamak cara Che Nom ini sangat mudah disediakan. Bolehkah jadi menu potluck raya sama ada di pejabat atau sekolah anak.

Kali ini kami kongsikan resepi mee goreng mamak versi sempoi atau express ikut cara Che Nom. Cara masaknya yang ringkas tapi confirm sedap.

Resepi Mee Goreng Mamak Cara Che Nom

Menurut Che Nom daging antara ramuan penting untuk memastikan mee goreng mamak yang disediakan sedap dan memikat selera.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 -7 tangkai cili kering atau 2 sudu besar cili kisar (**kurangkan cili jika mahu kurang pedas)
  • 1 sudu besar udang geragau
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk kacang goreng:

  • 2 sudu besar kacang tanah
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan lain:

  • ¼ cawan minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • ½ cawan air rebusan daging
  • Sayur sawi
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 2-3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 2 biji tomato
  • 1 biji kentang rebus
  • Garam, secukup rasa
  • 1 paket /450g mee kuning
  • 1-2 sudu besar kicap pekat karamel
  • 2 biji telur
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Sayur taugeh
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Limau nipis
  • Bawang goreng

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk mee goreng mamak:

resepi mee goreng mamak

  1. Kisar halus hirisan bawang merah, bawang putih, udang geragau, cili kisar dan sedikit air.
  2. Rebus kentang dan daging sehingga lembut. Simpan air rebusan daging.
  3. Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus.
  4. Masukkan serbuk kari daging dan air rebusan daging lalu kacau sehingga bahan masak dan pecah minyak.
  5. Masukkan batang sawi, sos cili, kicap manis, kicap cair, sos tiram, serbuk lada sulah dan hirisan daging.
  6. Masukkan potongan tomato, serbuk kacang tanah dan tambah sedikit air rebusan daging.
  7. Tambah garam secukup rasa lalu masukkan daun sawi, mee kuning yang telah dibilas dan kicap pekat caramel.
  8. Kemudian tolak mee ketepi lalu masukkan telur dan perah sedikit jus limau nipis diatas mee.
  9. Setelah telur separuh masak, gaul kesemuanya sekali dan goreng sekejap sehingga bahan-bahan bergaul sekata.
  10. Masukkan taugeh dan ubi kentang rebus.
  11. Hidangkan dengan hiasan taburan daun bawang, cili merah, bawang goreng, serbuk kacang tanah dan hirisan limau nipis.

Cara-cara untuk kacang goreng:

  1. Panaskan sedikit minyak, goreng kacang tanah sehingga masak dan kulit kacang berubah menjadi gelap lalu angkat dan toskan minyak.
  2. Selepas kacang sudah agak sejuk, tumbuk halus kacang sehingga menjadi serbuk.

Tips:

  1. Jika tiada udang geragau, boleh digantikan dengan udang kering sahaja.
  2. Selepas potong batang sawi, tekan atau ketuk sedikit batang sawi supaya mudah lembut dan mudah meresap rencah tumis apabila dimasak.
  3. Selain daripada merebus kentang, ubi kentang juga boleh digoreng namun tekstur kentang akan lebih keras dan susah untuk hancur ketika digoreng berbanding dengan rebus.
  4. Rebus daging dalam anggaran masa jam.
  5. Tambah air rebusan daging jika mahu mee yang lebih basah atau berkuah.
  6. Cucur udang juga sesuai untuk dijadikan tambahan hidangan bersama mee goreng ala mamak.

Makan panas-panas, gaul pulak dengan perahan limau nipis. Memang sedap!

Che Nom

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Variasi Resepi Mee Goreng Mamak, Yang Penting Simple Dan Lazat!

Baca juga: Jenis Jenis Mee Yang Selamat & Berkhasiat Untuk Ibu Hamil Makan, Lagi-Lagi Jika Selalu Mengidam!

Baca juga: 3 Variasi Resepi Mee Kari Terbaik Mesra Kanak-Kanak, Tengok Je Pun Dah Terliur!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Mee Goreng Mamak Paling Ringkas & Sedap Ikut Cara Che Nom, Confirm Jadi!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham