Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Yang Mudah & Berkhasiat, Si Manja Mesti Akan Suka!

Resepi makanan bayi 1 tahun tanpa garam atau perasa tambahan adalah selamat untuk ibu-ibu cuba kerana ia menggunakan bahan bernutrisi tinggi.

Resepi makanan bayi 1 tahun sebenarnya tak sukar pun untuk dibuat oleh para ibu. Semakin anak membesar, semakin banyak jenis makanan yang mereka boleh cuba.

Jadi mulalah ibu-ibu akan mencari resepi untuk menu makanan bayi 1 tahun yang penuh menyelerakan kan? Masa inilah nak beri mereka rasa itu ini. Nak hias-hias sikit supaya mereka lebih seronok dan ‘excited’ untuk makan.

Resepi makanan bayi 1 tahun

Nampaklah warna-warni sedikit makanan bayi 1 tahun ini. Kena pula ibunya yang masak, seronoklah anak!

Namun yang penting, penyediaan makanan bayi 1 tahun haruslah mudah, cepat dan tidak terlalu lama untuk disediakan agar tidak membuang masa ibu lagi-lagi yang perlu bekerja di pejabat.

Janganlah nak ‘prep’ sahaja, ambil masa hampir 2-3 jam. Simple sahaja untuk si kecil ini okay?

#1.Makanan Bayi 1 Tahun: Nasi Goreng Telur Hancur

Makanan bayi 1 tahun ini juga sesuai sekali untuk ibu-ibu yang semakin kekeringan idea untuk mencari hidangan yang dapat membekalkan nutrisi baik untuk si kecil mereka.

Bahan-bahan untuk makanan bayi 1 tahun:

  • 1 sudu kecil mentega tanpa garam
  • Seulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji telur
  • Sedikit sayur bayam atau sawi yang dicincang halus
  • Nasi yang secukupnya

Langkah-langkah:

  1. Tumis bawang putih dengan mentega.
  2. Masukkan telur, sayur yang dicincang halus dan nasi, kemudian kacaukan sehingga masak.
  3. Apabila disuap, berikan nasi bersama kuah/sup daging.

#2. Kuih Cara Manis Inti Kurma

Bahan-bahan untuk makanan bayi 1 tahun:

  • Sedikit air dan daun pandan 
  • Santan
  • Tepung atta
  • 1 biji telur
  • Puri kurma

Langkah-langkah:

  1. Kisar daun pandan dengan sedikit air dan tapiskan airnya. 
  2. Campurkan air pandan, santan, tepung atta, telur kemudian gaul seperti biasa.
  3. Sudukan adunan ke dalam bekas kuih cara, kemudian masukkan puri kurma.

#3. Bihun Sup Ayam

Bahan-bahan makanan bayi 1 tahun:

  • Bihun beras perang 
  • Stok ayam
  • Daun sup
  • Bawang goreng yang dibuat di rumah

Langkah-langkah:

  1. Celur bihun beras perang sehingga lembut. 
  2. Renehkan stok ayam kemudian masukkan bihun selama 2 minit.
  3. Akhirnya taburkan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidang
  4. Kalau nak, ibu boleh tambahkan lobak merah dan kentang ketika merenehkan stok ayam.

#4. Menu makanan sihat: Bubur Nasi Ayam

Bubur nasi menjadi salah satu menu makanan sihat untuk bayi 1 tahun. Hal ini kerana ia sesuai dihidangkan ketika si manja kurang sihat dan mampu membekalkan tenaga buat mereka.

Bahan-bahan menu makanan sihat:

  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Halia yang dicincang halus
  • Minyak zaitun
  • Isi ayam yang dicincang 
  • Beras 
  • Stok ayam
  • Lobak yang telah disagat
  • Bunga kobis yang telah disagat

Langkah-langkah:

  1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan sedikit minyak zaitun sehingga naik bau. 
  2. Masukkan isi ayam dan gaulkan.
  3. Masukkan stok ayam ataupun air kalau tak ada stok ayam, kemudian masukkan beras, lobak dan bunga kobis.
  4. Masak sehingga semuanya lembut dan senang dimakan.

#5. Resepi Makanan Bayi 1 Tahun: Sup Telur

Bahan-bahan menu bayi 1 tahun:

  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Minyak zaitun
  • Stok ayam / air
  • Lobak yang telah di potong kecil/hiris
  • Sebji telur
  • Daun sup

Langkah-langkah memasak menu bayi 1 tahun:

  1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak zaitun sehingga naik bau. 
  2. Masukkan stok ayam ataupun air kalau tak ada stok ayam, kemudian masukkan lobak dan masak sehingga lembut.
  3. Pecahkan sebiji telur dan didihkan sehingga masak kemudian taburkan daun sup sebelum dihidangkan.

#6. Makanan bayi 1 tahun biar gemuk: Nasi Jagung Ikan Tenggiri Bakar

Bahan-bahan untuk makanan bayi 1 tahun biar gemuk:

  • 1 keping ikan tenggiri
  • Kunyit hidup
  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Minyak zaitun
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
  • Sedikit mentega
  • Air secukupnya untuk memasak nasi
  • Beras
  • Jagung

Langkah-langkah memasak makanan bayi 1 tahun biar gemuk:

  1. Perapkan ikan tenggiri dengan kunyit hidup dan minyak zaitun kemudian bakar dalam ketuhar ataupun air fryer sehingga masak. 
  2. Tumiskan 4 sekawan dan bawang putih dengan sedikit mentega, kemudian masukkan air, beras dan jagung. Buat seperti masak nasi biasa. Kalau nak senang, tumis terus dalam periuk nasi.

#7. Nasi Lobak Merah dan Sup Ayam

Nasi lobak merah dan sup ayam juga menjadi antara cadangan makanan bayi 1 tahun biar gemuk. Hal ini kerana hidangan sebegini mengandungi khasiat yang baik buat si manja.

Bahan-bahan makanan bayi 1 tahun biar gemuk:

  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
  • Mentega
  • Lobak yang telah disagat
  • Kismis
  • Air secukupnya untuk memasak nasi
  • Beras
  • Dada ayam dan air 

Langkah-langkah:

  1. Tumiskan 4 sekawan dan bawang putih dengan sedikit mentega, kemudian masukkan air, beras dan lobak. Masak seperti masak nasi biasa. 
  2. Apabila hampir masak, taburkan kismis
  3. Sup ayam masak seperti biasa, kemudian racikkan isi daging ayam yang sudah masak.

#8. Pasta Dengan Sos Tomato

Pasta dengan sos tomato sering menjadi kegemaran ramai kanak-kanak. Menu hidangan barat ini memiliki rasa yang unik dan boleh memikat selera si manja anda.

Bahan-bahan makanan bayi 1 tahun biar gemuk:

  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 ulas bawang putih, dihiris
  • 200g (1 cawan) sos tomato atau passata
  • 100g (2 cawan) pasta pilihan

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dengan api sederhana.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato atau passata dan masak sehingga merenih.
  4. Kurangkan api dan masak sos tomato selama 5 minit lagi, apabila sos menjadi pekat.
  5. Masak pasta mengikut arahan paket.
  6. Tuangkan sos ke atas pasta dan hidangkan.

#9. Sandwic Turkey & Krim Keju

Bahan-bahan menu bayi 1 tahun:

  • 4 keping roti
  • 40g (1/4 cawan) mentega
  • 4 keping ham turkey
  • 100g (1/2 cawan) cream cheese

Langkah-langkah:

  1. Buang bahagian luar roti dan lenyekkan menggunakan penggelek.
  2. Sapu mentega di atas satu bahagian roti.
  3. Kemudian letak sedikit krim keju dan ham turkey. Tutupkan isi dengan sekeping roti.

#10. Menu bayi 1 tahun: Bebola Daging Minis

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti sandwic dibuang kerak, dikoyak menjadi kepingan 1 inci
  • ¼ cawan susu penuh
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang kecil, dihiris halus
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 sudu kecil oregano kering
  • 1/2 cawan keju Parmesan, diparut
  • 1 biji telur besar, dipukul sedikit
  • 2 sudu besar pasli segar, dicincang
  • 0.5kg daging lembu kisar tanpa lemak

Langkah-langkah:

  1. Hancurkan roti dengan susu dalam mangkuk besar sehingga adunan membentuk pes licin, dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang kecil.
  3. Masukkan bawang putih dan oregano. Goreng sehingga naik bau.
  4. Campur bahan tumis tadi dengan adunan roti dan susu.
  5. Masukkan keju parmesan, telur, dan pasli. Gaul rata.
  6. Masukkan daging lembu dan gaul perlahan.
  7. Bahagikan adunan kepada 24 biji bola kecil.
  8. Bakar bebola daging dalam ketuhar dengan suhu 220 darjah Celcius selama 20 minit.

Semua resepi makanan bayi 1 tahun di atas sangat berkhasiat kerana tidak ditambah dengan garam, gula ataupun perisa tiruan.

Selamat mencuba, ibu-ibu! 🙂

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resipi Lauk Ayam Mudah Untuk Anak-Anak Memilih Makan, Sedap Tak Terkata!

Baca juga:  Doktor Kongsi Cara Naikkan Berat Badan Anak Dengan Mudah, Ibu Kena Beri Makanan Ini!

Baca juga: Bila Anak Batuk Elakkan Beri 5 Jenis Makanan Ini, Boleh Buat Jadi Lebih Berkahak & Batuk Lambat Pulih